Teringat lagi saya semasa menjual keychain sulaman benang di pejabat. Pada mulanya dibeli rakan di pejabat. Seorang-seorang mula membeli. Lama kelamaan, saudara mara mereka yang tertarik dengan keychain mula menempah. Tak cukup tangan saya dibuatnya. Dan kebetulan pula isteri rakan di pejabat merupakan seorang guru. Beratus-ratus dia tempah untuk hari perpisahan anak muridnya.
Mungkin ramai tidak menyedari potensi perniagaan di pejabat. Inilah tempat yang terbaik untuk melatih anda menjadi usahawan terbilang di samping menjana pendapatan yang lumayan daripadanya. Yelah, kalau kita nak jual di luar, mungkin segan silu sikit kan. Tapi di pejabat dengan member-member, jual beli menjadi lebih seronok. “Hai mat, kau nak beli tak keychain nama nie, ala bagi la kat adik kau. Bertambah-tambah sayang kat abangnya nanti” he.he.he. Ya memang seronok berniaga di pejabat. Sambil kerja dapat juga hilangkan tension atau tekanan kerja.
Daripada pengalaman saya, apabila kita menjual beli dengan rakan-rakan kita. Perniagaan kita akan mudah berkembang. Rakan-rakan kita akan mula membantu. Diaorang akan mula rekomen produk kita kepada saudara mara mereka. Dan memberi pelbagai idea dan semangat untuk kita terus mengembangkan perniagaan kita. Disinilah tapak permulaan perniagaan yang terbaik untuk anda.
Disini saya ingin berkongsi dengan anda sebuah ebook yang dihasilkan oleh saudara Amirul Hafiz melalui syarikatnya Mirlme Enterprise. Ebook Usahawan Kerajaan ini mendedahkan kisah-kisah sahabat kepada Amirul Hafiz yang merupakan kakitangan kerajaan yang berjaya menjana pendapatan sampingan di pejabat. Ia dapat dijadikan panduan kepada anda untuk untuk memulakan perniagaan sendiri di pejabat. Tidak inginkah anda menambah pendapatan sampingan sambil bekerja di pejabat.
Di dalam ebook ini, anda bakal didedahkan dengan kisah kejayaan usahawan dari kakitangan kerajaan seperti dibawah:
1. Bisnes Batik – Md Nazri (Kelantan)
2. Bisnes Tudung – Puan Jaja (Terengganu)
3. Bisnes Kerepek – Puan Tromi (Sarawak)
4. Bisnes Ikan – Tuan Haji Ajmain (Pahang)
5. Bisnes Ikan Bakar – Pak Tam (Pahang)
6. Bisnes Reload – En. Ludin (Pahang)
7. Bisnes Kek – En. Hasbul (Sarawak)
8. Bisnes Karipap Instant & Samosa – En. Naziman (Pahang)
9. Bisnes Popiah Sambal Udang – Puan Zainab (Sarawak)
10. Bisnes Nasi Lemak – Puan Isma (Pahang)
11. Bisnes Ayam & Daging Kerisik – Puan Radiah (Sarawak)
12. Bisnes Jahit – Puan Sajlan (Sarawak)
13. Bisnes Sticker – En. Rizal (Sarawak)
14. Bisnes Kraftangan – En. Wahab (Terengganu)
Usahawan Kerajaan ini datang dari pelbagai latar belakang & tempat yang berbeza namun mereka mempunyai satu rahsia yang sama iaitu….. Nak taw, jom ke laman webnya. Kilk disini>>>>>>> .
Nasihat saya untuk anda memulakan apa jua jenis perniagaan. Pastikan anda mulakan dengan perniagaan yang anda benar-benar minat. Dengan minat datangnya kesungguhan, displin, semangat, kecekalan dan ketabahan. Dan jangan melakukan perniagaan hanya sekadar inginkan keuntungan. Bila anda hanya memikirkan keuntungan, anda akan cepat putus asa. Kerana setiap perniagaan memerlukan masa sebelum anda menikmati sepotong kek pasaran anda.
Ruangan komen dibawah ditutup kerana sekiranya anda mempunyai pertanyaan sila hubungi pemilik produk iaitu En Amirul Hafiz melalui laman web beliau dengan klik banner dibawah. Jom kita melawat laman web nya. Sila klik link banner dibawah atau klik disini >>>>>>>>>>
~