Petua ini kiriman Cik Sakeenah (Choco Nila) dalam Kuiz Kongsi Petua dapat hadiah
Kadang2 bosan jugak tengok rambut asyik kerinting je . Apa kata kita luruskan rambut. Cara nya amat mudah dan insyallah akan berhasil. Jom baca petua meluruskan rambut ini
.
Petua Cara Meluruskan Rambut
PETUA 1 >>Sediakan 2 biji telur dan sedikit tepung gandum. Bancuhkan kedua-duanya membentuk paste. Lembabkan rambut dengan air bersih dan lumurkan bancuhan tadi pada keseluruhan rambut. Sikat rambut menjadi lurus dan biarkan selama setengah jam. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan 2 kali seminggu.
PETUA 2 >> Ambil pati santan yang diperah dan campurkan dengan segelas air suam. Setelah itu masukkan air perahan sebiji limau nipis. Gunakan sebagai krim rambut sekali sehari.Kemudian, cuci rambut dengan air sejuk. Anda boleh membuat rawatan ini setiap hari ataupun 3 kali seminggu.
PETUA 3 >> Bagaimana meluruskan rambut. Perahkan sebiji limau nipis kedalam segelas santan kelapa. Simpan dalam peti sejuk semalaman sehingga bahagian atasnya menyerupai krim. Gunakan krim tersebut bagi manyapu rambut anda. Kemudian tutup rambut anda dengan tuala panas selama sejam. Basuh dan bilas. Lakukan tiga kali seminggu.
Semoga petua ini membantu anda meluruskan rambut..
Admin: Terima kasih Cik Sakeenah atas kiriman petua cara meluruskan rambut ini 😀
P/s: Jangan lupa membaca artikel sebelum ini iaitu Petua cara menghilangkan selsema. Tapi sebelum itu, kliklah button Like, jika sukakan artikel ini.
gloryatie says
selain tu boleh guna ramuan ni….
kupas kulit pinang tua dan goreng tanpa minyak hingga hangus.
kemudian tumbuk dengan 2 tangkai bunga raya yang baru kembang. campurkan dengan 3 sudu perahan limau nipis.
lumur di kepala seketika. dan bilas hingga bersih. mujarab untuk mengelakkan rambut gugur dan meluruskan rambut.
Mohd Rujhan says
boleh juga guna cara ini…basuh rambut anda dengan air nanas yang manis. Peram air nanas itu semalaman. Selepas itu lumurkan ke atas kepala dan biarkan selama 15 minit. Kemudian basuh dengan syampu sehingga bersih.sesuai bagi meluruskan rambut yang kerinting.
Adif Fida says
abis la…bau nenas nanti….
azrie amriey says
bagus petua ni.. xpayah buang duit nk buat teknik rebonding… mahal pulak 2…
azrie amriey says
Masukkan dua sudu besar susu tepung dalam cawan. Bancuh dengan air suam lebih kurang 60 celsius. Kacau dan perahkan air limau nipis. Kacau lagi dan simpan dalam peti sejuk lebih kurang 6 jam. Apabila pekat bolehlah dilumurkan pada rambut anda. Biarkan selama sejam dan bilas. Amalkan selalu, insyaAllah rambut akan semakin lembut dan mudah diurus.
tehr says
aku dah tak boleh nak buat ni
rambut dah jarang2 dah
huhu
Adif Fida says
wahh…suke…suke
Hafiz zul says
Bagus