Petua ini kiriman Cik Rafidah Samidan (Adif Fida) dalam Kuiz Kongsi Petua dapat hadiah
Botol susu sememangnya memudahkan ibu-ibu menyusukan bayi. Tetapi, setelah beberapa lama digunakan, botol susu biasanya akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Bagi menghilangkan bau,
.
Petua Cara Hilangkan Bau Botol Susu
1) Mula-mula sekali basuh botol susu
2) Kemudian rendam dalam air sejuk selama 10-15 minit
3) Setelah itu masukkan air suam, sedikit serbuk sabun dan sedikit garam.
4) Goncang hingga berbuih, biarkan sebentar
5) Buang air sabun tadi, masukkan semula air suam dan garam. Berus rata-rata.
6) Akhir sekali bilas botol bersih-bersih dan keringkan
Semoga tips ini membantu.
Admin: Terima kasih Cik Rafidah di atas kiriman petua cara hilangkan bau botol sosu ini 😀
P/s: Jangan lupa membaca artikel sebelum ini iaitu Petua cara menghilangkan kutu rambut. Tapi sebelum itu, kliklah button Like, jika sukakan artikel ini.
tehr says
mudah juga nampaknya
hanya garam je
Petua Emak says
jimat pun jimat bro tehr… 😀
Mekar says
Masa jaga adik kecik kat kg dulu, sya ada juga tolong jerangkan air pastu masukkan botol adik dalam periuk tu. InsyaAllah segala bakteria dan bau pun bole hilang
Petua Emak says
confirm mati semua bakteria kan cik mekar…
suri says
uh dh cuba tapi tak lut asei..bila kita cuci puting dia botol akan hilang tiba kat pengasuh berdaki balik eiii mmg tak suka ..
Petua Emak says
cuba try air panas plak cik suri….. 😀
gloryatie says
kalau bekas plastik berbau, boleh gunakan arang atau kertas basah. tapi tak taulah boleh try kat botol susu tak. caranya, basuh bekas bersih2 keringkan. kemudian masukkan sedikit arang. tutup bekas tu then biarkan 2jam. pastu buka, memang takde bau da… atau gantikan arang dengan kertas. basahkan kertas dan masukkan dalam bekas tu. cubala try kat botol susu. tak sure jadi tak. kalau bekas memang hilang bau.
Petua Emak says
arang mmg bagus menyerap bau…. mungkin boleh cuba guna arang plak. tq cik yatie..
azrie amriey says
kaedah paling otai, rebus je botol susu 2 dlm 5 minit… tp kakak ipar sy, biasanya tukar botol susu anak2 3 bulan sekali… xelok pakai botol susu yg sama lama2…
azrie amriey says
kt pasaran pun ada produk utk membersihkan botol susu.. Jenama Pureen ada, Tollyjoy ada… Lebih memudahkan…