Petua ini kiriman Cik Norhayati (gloryatie) dalam Kuiz Kongsi Petua dapat hadiah
Apabila melihat bulu mata yang cantik, lentik dan lebat, terutamanya kaum wanita, timbul rasa cemburu dihati. Mata adalah aset bagi setiap individu, tetapi bulu mata memainkan peranan penting dalam menonjolkan imej mata. bab kata pepatah, “dari mata, turun ke hati”. tapi tak perlu gusar, kita boleh mengamalkan cara tradisional untuk mendapatkan bulu mata cantik. selain senang dan mudah diperolehi.
.
Petua Cara Mencantikkan Bulu Mata
1) rendam serbuk teh semalaman. biarkan pekat. kemudian lurutkan bulu mata secara ke atas berulang kali menggunakan jari telunjuk.
2) sapukan tangkai daun sireh dengan lendir daun lidah buaya. kemudian sapukan pada bulu mata.
3) urut bulu mata dengan minyak zaitun berulang kali
4) bakar buah keras hingga hitam. tumbuk hancur. kemudian campur satu sudu minyak zaitun. lurutkan pada bulu mata sebelum tidur
selamat mencuba. sesungguhnya setiap sesuatu itu berlaku dengan izin Allah. kita hanya mencuba tapi Allah yang menentukannya. 🙂
Admin: Terima kasih Cik Gloryatie atas kiriman Petua Cara Mencantikkan Bulu Mata ini 😀
P/s: Jangan lupa membaca artikel sebelum ini iaitu Petua cara menegangkan payudara. Tapi sebelum itu, kliklah button Like. Baru saya tahu anda sukakan artikel ini.
tehr says
dari mata turun ke hati
huh…
Adif Fida says
lendir lidah buaya tu mmg mujarab…hasilnya mmg lentik bulu mata saye… 🙂
gloryatie says
betul tu cik fida
saya pun pernah guna, memang lentik gituh bulu mate (*,~)
chii says
dulu slalu gak wat guna daun lidah buaya..tp karang ni xde da…daun tu da mati..tp mmg berkesan..bulu mata jadi lebat 🙂
choco nila says
Ambil sebiji bawang besar dan bunga tahi ayam..tumbukkan kedua-duanya sekali.selepas itu ambil airnya dan sapu pada kedua-dua bulu mata anda. insyallah lebat
azrie amriey says
klau anda nk bulu mata bayi anda cantik sejak kecil, apa kata cuba kaedah ni, setiap kali selepas menyusukan bayi anda, sapukan susu ibu ke bulu matanya. Anda akan dapati bulu mata bayi anda akan menjadi bertambah lebat, lentik dan cantik.