Sempena bulan puasa ini saya mengadakan kuia yang menarik. Dengan hanya berkongsi 3 resepi, anda akan dihadiahkan keychain nama yang cukup menarik. Ditambah lagi hadiah keselurahan yang berupa wang tunai.
.
.
Inilah keychainnya. Keychain dari www.kincin.may.my. Ya, hantar tiga resepi je, dapat hadiah sebuah keychain cute. Yang bestnya, anda boleh pilih bentuk keychain, nama keychain dan warna keychain. Best kan. Bukan itu sahaja. Hadiah wang tunai untuk pemenang keseluruhan. Memang best la. Dapat keychain dan dapat duit raya. Jom baca caranya dengan lebih detail.
Kuiz ini akan dijalankan di dalam laman web www.kongsimasakan.blogspot.com. Tempoh kuiznya dari 21 Julai 2012 sehinga 14 August 2012. Dan ada dua kategori hadiah iaitu Hadiah Keychain dan Hadiah Wang Tunai.
.
Kategori 1: Hadiah Keychain
Syarat-Syaratnya:
1. Anda perlu hantar 3 resepi sahaja. Tak boleh lebih.
2. Sekurang-kurang satu resepi mestilah resepi kuih raya.
3. Penghantaran hadiah mestilah ke alamat dalam Malaysia.
5. Resepi Juadah berbuka puasa mestilah selain dari minuman dan masakan berat spt mee, nasi dan lauk pauk.
Macam mana nak dapatkan keychain ini?
Langkah Satu: Sebelum anda membuat kuih raya atau juadah berbuka puasa, anda perlu email saya cadangan nama resepi anda. Setelah saya approve, barulah anda buat resepi itu. Tujuan untuk menggelak resepi yang sama diberikan oleh peserta atau resepi tersebut ada dijual di internet. Anda boleh hantar satu per satu cadangan resepi atau hantar sekali tiga. Terpulang pada anda. Email ke kuihraya@hairul.com
Langkah Dua: Setelah resepi anda diapprove, barulah buat kuih raya atau juadah berbuka puasa. Gambar kuih raya anda mestilah ada gambar tangan anda. Sekurang-kurangnya tiga jari anda kelihatan. Kemudian email gambar resepi beserta text resepinya. Email Ke kuihraya@hairul.com. Barikan juga nama panggilan anda. (Hantar satu gambar je untuk setiap resepi)
Langkah Tiga: Resepi perlu dihantar dalam tempoh kuiz iaitu dari 21 Julai 2012 sehingga 14 August 2012. Tapi hanya 30 orang pertama yang cukup 3 resepi sahaja yang akan dapat hadiah keychain.
Langkah Empat: Setelah cukup 3 resepi dihantar. Email saya jenis keychain yang anda mahukan. Pilih salah satu samada 1. Keychain Nama Tebal 2.Keychain Nama Nipis Untuk Penanda Buku atau 3. Keychain Nama Bentuk Cincin. Berikan juga nama kecyhain anda (kurang dari 12huruf), warna nama keychain dan warna latar belakang keychain. Dan samada anda mahukan keychain mempunyai ekor atau tidak. Berikan juga nama penuh dan alamat penghantaran.
Langkah Lima: Keychain ini akan dibuat oleh pembeli pakej www.kincin.may.my saya, iaitu Cik Nurul Adliz. Cukup sahaja 3 resepi, saya akan terus minta Cik Nurul Adliz buatkan keychain anda dan poskan kepada anda. Lebih cepat anda hantar, lebih cepat anda dapat. Penghantaran menggunakan pos biasa.
.
Kategori 2: Hadiah Wang Tunai
Hadiah Wang Tunai diberikan kepada peserta yang mendapat jumlah like dan twitter terbanyak untuk tiga resepi yang dihantar. Contoh mudah. Katakan setiap resepi yang anda hantar dapat 30 like dan 30 twitter. So jumlahnya: (30 + 30) + (30 + 30) + (30 + 30) = 180 mata. Mata yang tertinggi dikira pemenang. Mata akan dikira pada 15hb August 2012.
Dan hadiahnya ialah:
Hadiah Pertama: RM200 + Keychain Putaran Dua Nama Untuk Digantung Di Kereta
Hadiah Kedua: RM100 + Keychain Putaran Dua Nama Untuk Digantung Di Kereta
Hadiah Ketiga: RM50 + Keychain Putaran Dua Nama Untuk Digantung Di Kereta
Pastikan anda hantar tiga respei terbaik untuk dapatkan jumlah like dan tweet terbanyak. Anda boleh mengajak kawan-kawan anda untuk like atau tweet artikel resepi anda. Pemenang akan diumumkan pada 15hb August 2012. Dan wang tunai akan diberikan pada 16hb August 2012. π Jom ke laman web kuiznya di www.kongsimasakan.blogspot.com
Jika ada pertanyaan boleh gunakan ruangan komen dibawah. JIka suka kuiz ini, klik LIKEEEE π
Mekar says
Menarik..menarik… Kalu sempat nak sertai juga…Kena fikir resepi lain drpda yg lain nih π
Hairul Hissam says
Resepi dari cik mekar tentu menarik nanti kan. Tima kasih di atas penyertaaan π
azriey amrie says
salam.. menarik ni… sy xkan lepaskan peluang terbaik ni….
Hairul Hissam says
Wsalam… kalo lepaskan mmg rugi. Thanks cik azriey.. π
azriey amrie says
rugi sgt…. hehehe…. sy mna pernah lepaskan peluang dri sertai kuiz anjuran En Hairul…
Hairul Hissam says
Ye la.. cik azriey mmg setia menyertai kuiz2 diblog hairul… tima kasih ya.. π
Jebeng Otaiβ’ says
resepi apa ek nk bg ni..hehe
Hairul Hissam says
Resepi Teknologi terkini.. orait gak… ha.ha.ha
murshidah says
resepi yg dah biasa org lain buat xboleh ke?
Hairul Hissam says
Resepi yg sama tu maksudnya resepi yg telah diberikan oleh peserta kuiz. So boleh berikan resepi yg biasa2 org buat.. π
Blog Asyraf says
Agak menarik ni.. insyaallah ada masa boleh join ehehe.
Hairul Hissam says
Ye kee nie.. he.he.he.. tima kasih bro Asyraf… π
tehr says
aku ni memang lemah bab resepi
hanya tahu makan je
hehe
Hairul Hissam says
Mmg syok kan en tehr.. hari2 ada org masakkan..
kita tunggu ngapppp je.. he.he.he
chii says
menarik ni..kena start fikir apa resepi yg jarang org ada π
Hairul Hissam says
Rasanya ramai salah paham, sebab saya tersalah tulis, tapi dah betulkan..
sebenarnya resepi yg tak sama dgn resepi peserta lain…
kalo nak cari yg lain dari yg kat internet. mmg la payah kan.. π
suri says
tak reti bt kuih raya hee… klu simple2 blh kot heee
Hairul Hissam says
Simple-simple lagi best… π
suri says
sy akan cuba tapi tka berni nk jangka. sb akaun twet sy tak der.. fb tak akrif sgr suuh nak mng ni heee apa blg ckp insyallah
Hairul Hissam says
Mana taw ada rezeki wang tunai tu cik suri… π
wazy says
Aduh,rasa-rasanya banyak juga resepi yang ada ni,hehe
Hairul Hissam says
Ada harapan tu membawa pulang wang tunai.. he.he.he
Zida says
Menariknyaaaaa! Nak join nak join!! π
tapi kalau resepi sama, in case, kena bagi resepi lain la ekk?
Hairul Hissam says
Terima kasih kerana sudi menyertai cik zida….
kalo cadangan resepi di tolak kerana dah ramai yg berikan sama, boleh bagi resepi yg lain… π
keyme says
kalau ketiga-tiga resipi tu kiuh raya boleh x?
Hairul Hissam says
Boleh. Lagi bagus π .. tima kasih cik keyme…