Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Mee Goreng Basah ini kiriman Puan My1981. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Mee Goreng Basah:
=1 genggam mee kuning
=6 biji udang
=2 tangkai sayur sawi
=sedikit carrot (hiris nipis memanjang)
=1 sudu makan cili kisar
=1 sudu makan kicap pekat
=1 biji telur
=1 ulas bawang merah (tumbuk)
=2 ulas bawang putih (tumbuk)
=gula secukup rasa (optional)
=garam secukup rasa.
=minyak secukup kegunaan
Cara Membuat Resepi Mee Goreng Basah:
1) panaskan minyak,tumis bawang merah,bawang putih dan cili kisar hingga naik bau.
2) masukkan telur,kacau sekejap.kemudian masukkan udang.gaul sebati.
3) tambahkan mee kuning,carrot, air dan sayur sawi.perasakan secukupnya dgn kicap pekat,garam dan gula.
4) teruskan kacau sehingga semua bahan masak.
5) jika suka boleh perahkan limau sebelum dinikmati.
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan MY1981 kerana sudi berkongsi resipi mee goreng basah
anynomyous says
hrmm, tak masuk air pun. Macm mana mee nak basah?
Hairul Hissam says
so kenalah tambah air. susah juga masak kalau langsung tak tambah air.. heee