Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Ikan Siakap Stim Limau seafood ini kiriman Kak Raja. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Ikan Siakap Stim Limau Resepi Seafood
Seekor Ikan siakap
4 biji cili padi
Halia
4 ulas bawang putih
1 batang serai
2 bijij limau nipis
2-3 biji asam boi atau asam jawa
1 sudu besar Sos ikan
Daun ketumbar
Daun limau purut
Garam
Cara Membuat Resepi Ikan Siakap Stim Limau< Resepi Seafood /h2>
1. Sebelum kita buat resepi ikan siakap stim limau, Elok bersih ikan dan lumur dengan garam n halia. perap 30 min
2. Hiris cili padi hijau dan cili merah danBwh putih
4. Sediakan 1 sudu besar sos ikan + 1 sudu besar perahan limau
5. Masukkan ikan dalam pinggan dalam masuk dalam alat pengukus. Masukkan kesemua bahan iaitu halia, sos ikan, bwg putih, serai, daun limau purut, asam boi, bawang putih, cili, daun ketumbar. Seterusnya kukus dalam masa 20 minit untuk ikan siakap stim limau masak.
7. Semasa nak hidang letak dalam bekas yang bawah ada api baru nampak bergaya.
8. Letak cili ukir, salad, daun ketumbar, hirisan limau di atas ikan siakap stim limau.
Siap resepi ini.
Hairul.com: Terima kasih kepada Kak Raja kerana sudi berkongsi resipi ikan siakap stim limau resepi seafood ini.