Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Idli ini kiriman Puan Sumi. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Idli
2 cawan beras – direndam selama 6jam
1 cawan kacang dal putih – direndam selama 6jam
1 kepal nasi
sedikit garam
Cara-Cara Membuat Resepi Idli:
1. Kisar kacang dal putih dan nasi secara halus. Beras pula dikisar secara kasar sikit.
2. Masukkan sedikit air semasa mengisar. Adunannya mesti pekat yer.
3. Masukkan garam dan kacau rata.
4. Peram adunan ini selama 8 jam supaya adunan naik.
5. Tuangkan campuran ke dalam bekas idli atau acuan kecil dan kukus sehingga masak anggaran 15 minit.
6. Sedia untuk dihidangkan bersama kuah kari ayam atau chutney.
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan Sumi kerana sudi berkongsi resipi idli ini
Leave a Reply