Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi kari ayam ini kiriman Puan Mekar. Memang nampak menyelerakan. Kari ayam memang kegemaran rakyat Malaysia. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Kari Ayam:
(utk 5 orang)
6 ketul ayam – dipotong kecil
1 biji ubi kentang
1 keping asam gelugor
2 cawan air
300 ml pati santan
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
Garam dan gula secukup rasa
2 Sudu Besar rempah kari ayam daging.
BAHAN KISAR HALUS :
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
3/4 inci kunyit hidup
2 biji cili merah
3 biji cili padi – boleh lebihkan kalau suka pedas
Cara Bembuat Resepi Kari Ayam:
1. Sebelum membuat resepi kari ayam ini, anda perlu cuci ayam sehingga bersih dan toskan. Kentang dibuang kulit dan dipotong kecil. Ketepikan.
2. Dalam periuk, panaskan minyak. Kemudian masukkan bahan kisar halus dan serai yang dititik. Tumis sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan rempah kari yang di bancuh dengan sedikit air. Tumis sehingga terbit minyak.
4. Kemudian tuangkan 50ml santan, air, kentang, ayam dan asam gelugor. Biarkan ia mendidih dan masak sehingga kentang empuk dan ayam masak.
4. Selepas kentang empuk, masukkan lebihan santan iaitu 250ml santan. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sehingga mendidih. Boleh mengantikan santan dengan susu untuk resepi kari ayam ini.
5. Masuk daun kunyit. Didihkan sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, sambal belacan dan lauk2 lain..
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan Mekar kerana sudi berkongsi resipi kari ayam ini yang sedap dan special ini. Jangan lupa cuba resepi kari kepala ikan di link: https://hairul.com/blog/resepi-kari-kepala-ikan-paling-sedap/
ismail says
resepi yang senang di buat dan rsa sedap
Hairul Hissam says
semoga resepi kari ayam nie menceriakan keluarga bro…