Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Telur Dadar Cendawan Mayo ini kiriman Puan MY1981. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Telur Dadar Cendawan Mayo:
= 2 biji telur grade A
= 1 sudu besar mayonis
= 1 labu bawang besar (saiz kecil-potong dadu)
= 1 tangkai cili merah – (buang biji-hiris nipis)
= 1 tangkai daun bawang – (hiris halus/ikut suka)
= 2 kuntum cendawan shitake – (rendam,hiris)
= garam dan serbuk lada putih – (secukup rasa)
= sedikit minyak
Cara Membuat Resepi Telur Dadar Cendawan Mayo:
1) panaskan sedikit minyak,tumis cendawan seketika.angkat dan ketepikan.
2) pukul sebati telur bersama mayonis,garam dan serbuk lada putih..
3) tambahkan bawang besar,cili merah,daun bawang.
4) panaskan kuali leper dgn sedikit minyak.masukkan campuran telur.sebelum terbalikkan telur,tambahkan cendawan(pastikan telur msh basah)
5) terbalikkan dan masak sehingga kuning keemasan.
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan My1981 kerana sudi berkongsi resipi Telur Dadar Cendawan Mayo
Leave a Reply