Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi kari kepala ikan ini kiriman Kak Raja. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Kari Kepala Ikan:
1 kepala ikan
2 paket kecil rempah kari ikan
10 biji cili kering kisar
1/2 sudu besar jintan putih
1/2 sudu besar ketumbar
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh serbuk kunyit
5 bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm halia (hiris lidi)
2 cawan santan
3 sudu besar air asam jawa
bendi, tomato , terung
1 biji bawang besar
3 cili hijau
Garam, gula, tumix
Cara-Cara Membuat Resepi Kari Kepala Ikan:
1. Kepala ikan yg dah dibasuh perlu direndam dlm air asam
2. Tumis bawang putih, bawang merah, halba, daun kari, lada hitam, halia, biji sawi, ketumbar dan jintan putih sampai naik bau wangi
3. Masukkan rempah kari ikan yang telah dibancuh dengan sedikit air dan gaul rata
4. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga naik minyak.
5. Bila nampak berminyak dan berkilat bahan tadi, masukkan kepala ikan dan air asam.
6. Masuk santan
7. Masuk garam, gula sikit, tumix
8. Bila dah mendidih, masukkan terung, bendi, cili hijau, tomato dan bwg besar
9. Masak 5 min sahaja, tutup api. Siap kari kepala ikan special ini.
Hairul.com: Terima kasih kepada Kak Raja kerana sudi berkongsi resepi kari kepala ikan
umiadam says
nala nya kari kepala ikan…
sedap!!! pekatnya
Hairul Hissam says
Pekat2 baru menyelerakan.. selamat mencuba resepi best nie..