Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Pancake dengan Sos Coklat ini kiriman Cik Aina Eira. Jom kita pelajarinya:
Bahan-Bahan Resepi Pancake:
100gm (1 cawan rata) tepung kek atau tepung gandum
½ sudu kecil baking soda
60gm gula halus
2 biji telur
½ sudu kecil esen vanilla
½ cawan air
Cara Membuat Resepi Pancake:
1. Dalam mangkuk besar, pukul telur bersama gula sehingga kembang. Bancuh baking soda dan air.
2. Masukkan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan bancuhan baking soda dan tepung yg telah diayak ke dalam campuran tadi. Kacau adunan secara kaup balik atau perlahan-lahan. Boleh tambah sedikit susu segar/cair jika adunan terlalu pekat.
4. Panaskan kuali yg tidak melekat (non-stick pan) dengan api kecil, masukkan 1/4 cawan adunan buat bulatan bersaiz 4″.
5. Masakkan sebelah bawah sehingga berwarna perang, masak sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak. Ulang sampai habis.
Bahan-Bahan Resepi Sos Coklat:
50gm coklat masakan
1 sudu kecil butter
1 sudu kecil shortening
Cara Membuat Resepi Sos Coklat:
1. Cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler.
2. Masukkan butter dan shortening. Kacau hingga rata.
3. Tuangkan sos coklat ni atas pancake yang masih panas. Sedia dimakan begitu saja.
Selamat mencuba! 🙂
Hairul.com: Terima kasih kepada Kerana sudi berkongsi resepi pancake dan sos coklat