Kiriman Cik Fifah (Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com)
Resepi kuey teow goreng ini adalah kiriman dari Cik Fifah. Memang nampak menyelerakan. Tentu sedap. Jom kita pelajarinya:
Bahan bahan Resepi Kuey Teow Goreng Basah
100gm isi ayam(potong kecil)
5 ekor udang
Kubis (hiris halus)
Sawi(hiris halus)
3 sudu teh kicap pekat
2 susu teh sos tiram
1 paket kuew teow
1 batang cili merah
4 batang cili padi (dikisar)
1 labu bawang merah
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu Minyak masak
3 batang fishcake
Cara Membuat Resepi Kuey Teow Goreng Basah :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
2. Masukkan fishcake, udang dan ayam. Kacau rata.
3. Lepas itu masukkan sos tiram dan kicap dan kacau hingga rata.
4. Masukkan sawi dan kubis. Masak sehingga kubis dan sawi layu.
5. Perasakan dengan garam dan gula.
6. Akhir sekali masukkan kuew teow dan kacau hingga masak .
7. Sedia dihidangkan.
Hairul.com: Terima kasih kepada Cik Fifah Kerana sudi berkongsi resepi kuey teow goreng