Kiriman Puan my1981 (Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com)
Resepi Ayam Masak Kicap ini merupakan kiriman Puan my1981. Memang sedap resepi ayam masak kicap dengan serbuk kari nie. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Ayam Masak Kari Kicap
setengah ekor ayam
1 labu bawang besar (hiris nipis)
2 ulas bawang putih (hiris/tumbuk)
1 cm halia (hiris/tumbuk)
rempah 4 sekawan (kayu manis,bunga lawang,cengkih & buah pelaga)= secukup kegunaan
2 biji cili merah (belah 2,buang biji)
2 sudu besar serbuk kari + 1 sudu besar rempah briyani(gaul dgn sedikit air,jadikan pes)
kicap pekat (secukup kegunaan)
1/2 sudu kecil five spice powder (optional)
garam secukup rasa @ serbuk pati ayam
sedikit air
Cara-Cara Membuat Ayam Masak Kicap:
1. Sebelum mula membuat resepi ayam masak kicap, potong dulu ayam dan bersihkan. Gaul dengan garam dan serbuk kunyit. Seterusnya goreng separuh masak dan angkat.
2. Tumis bawang besar, bawang putih, halia, rempah 4 sekawan dan cili merah.
Tumis sehingga naik bau.
3. Masukan pes kari dan five spice powder. Tumis seketika,
masukkan ayam dan kicap pekat. Gaul sebati. Boleh tambah kicap agar resepi ayam masak kicap anda lebih gelap.
4. Masukkan sedikit air(ikut suka, kalau nak kuah banyak, lebihkan air.
Kalau nak ala kadar cukup 50-60ml air).
5. Masukkan garam/pati ayam.sesuaikan rasa dan matikan api bila masakan dah pecah minyak.
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan my1981 Kerana sudi berkongsi resepi ayam masak kicap
Bali Tour says
Terima kasih atas recipenya
saya nak coba masak nanti 🙂
Hairul Hissam says
selamat mencuba dan semoga berjaya…
cikyah says
menarik… nak try utk berbuka petang ni.. tq for the recipe
Hairul Hissam says
selemat mencuba resepi ayam masak kicap nie….