Resepi kuih bunga ros manis ini adalah kiriman dari Puan My1981. Memang cantik biskut bunga ros manisnya. Tentu sedapkan. Jom kita belajar cara membuatnya:
Bahan-Bahan Resepi Kuih Bunga Ros Manis
500gm tepung beras
1 cawan gula (terpulang,kalau nk lg manis boleh tambah sukatan)
5 cawan santan (bergantung pd kecairan adunan.kalau pekat boleh tambah,kalau cair boleh kurangkan)
1 biji telur
sedikit air kapur
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh esen ros (xbubuh pun xpe)
minyak untuk menggoreng
Cara-cara membuat Resepi Biskut Bung Ros Manis
1) Gaul semua bahan,KECUALI tepung beras- gaul sehingga gula larut.
2) Masukkan tepung beras,gaul hingga sebati dan tapis.
3) Pastikan kecairan adunan lebih kurang seperti membuat adunan kuih lapis.
4) Panaskan minyak.celup acuan dlm minyak.kemudian,celup acuan dlm adunan dan celup semula acuan ke dlm minyak panas. (pastikan celup acuan 3/4 je dr aduan.jgn celup smpai tenggelam sb adunan akan melekat dan susah utk tanggal dr acuan.)
5) Goyang2kan acuan supaya adunan mudah tanggal.
6) Goreng sehingga kuning keemasan.
www.hairul.com: Terima kasih kepada Kak Raja Kerana sudi berkongsi resepi.