Jika anda mengalami masalah berat badan, tentunya tercari-cari tips menurunkan berat badan. Agar kelihatan lebih slim dan menawan. Tapi semua nak cara yang mudah tanpa bersenam kan. Yelah mana ada masa. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang berkerja. Balik kerja dah penat. Nak mengemas lagi, nak berfacebook lagi. Nak chatting lagi. Nak baca blog hairul lagi :D..
Ok disini saya ingin berkongsi beberapa cara bagi membantu anda menurunkan berat badan. Nanti boleh lah badan anda slim macam saya. Bagi perempuan mungkin nak kot. Tapi bagi lelaki.. ermm .. tak macho langsung..ha.ha.ha.. Caranya sebenarnya mudah iaitu mengamalkan cara hidup yang sihat melalui pemakanan dan aktiviti seharian.
.
1. Banyak minum air masak
Adalah amat menyihatkan meminum lebih banyak air masak. Tubuh kita memerlukan banyak air untuk memboleh organ-organ di dalam badan kita berfungsi dengan lebih baik. Elakkan dari meminum air bergas kerana mengandungi gula dan kalori yang amat tinggi. Ia juga boleh menjejaskan organ di dalam tubuh.
Saya sendiri lebih gemar meminum air masak di rumah. Memang jarang saya buat air milo ke atau sebagainya.. Kalau di kedai pula, saya hanya order air limau suam. Mungkin kot ini yang menjadikan badan saya sentiasa slim je. :D…
.
2. Tidur dengan cukup
Tahukah anda tidur yang cukup mampu membakar kalori di dalam tubuh anda. Tidur yang cukup mampu mengembalikan kesegaran tubuh dan organ di dalam badan dan berfungsi dengan lebih baik. Seterusnya membakar kalori dan meningkatkan sistem imun anda melawan penyakit. Oleh itu dapatkan tidur yang secukupnya dan berkualiti. Ini cara mudah untuk kuruskan badan anda.
.
3. Aktifkan diri anda dengan aktiviti yang menyeronokkan
Elakkan dari duduk seharian menonton TV atau menghadap komputer. Anda perlu aktif untuk membakar kalori dalam badan. Cuba lakukan banyak aktiviti yang memerlukan pergerakkan. Seperti memasak atau bermain dengan anak-anak anda di halaman rumah. Ini pun cara kuruskan badan yang menyeronokkan.
.
4. Gaya pemakanan yang sihat
Saya tertarik dengan buku kesihatan yang menyatakan “Breakfast like a king, Lunch like a Queen and Dinner like a Pauper”. Memang benar sepatutnya kita perlu memakan dengan kuantiti yang banyak pada waktu sarapan pagi. Kerana pada ketika itu, kita akan melakukan banyak aktiviti berat yang membakar kalori. Dan kurangkan pemakanan pada waktu malam. Kerana pada waktu malam tubuh kita perlu lebih banyak berehat.
.
5. Banyak makan buah-buahan, sayur-sayuran
Buah-buahan dan sayuran memang lebih mudah dihadamkan oleh tubuh badan kita. Ia mengandungi banyak vitamin yang baik untuk kesihatan. Tambahan lagi, ia diakui tidak mengandungi kolesterol. Terutamnya pada waktu malam, lebihkan makan buah-buahan dan sayuran.
Tips yang terakhir ialah konsisten melakukannya. Percayalah, jika anda mengamalkan kelima-lima tips diatas secara konsisten. InsyaAllah ia sangat membantu anda menurunkan berat badan. Semoga bermanfaat. Klik lah button like jika sukakan artikel ini ya… tq 😀
ohcikgu says
emm..memang selalu amal minum air banyak-banyak. Setakat ni ,memang tak gemuk guna cara ni dalam menurunkan berat badan hehe..
Hairul Hissam says
baguslah tips menurunkan berat badan dari bro.. tapi jgn byk minum semasa makan.. nanti buncit cikgu 😀
suri says
hurm..naik tangga turun tangga…jln kaki pun blh juga 🙂
Hairul Hissam says
bagus gak aktiviti tu dalam menurunkan berat badan.. :D…
adele says
org bekerja zaman skrg mmg takkan ada masa untuk bersenam..jalan terbaik adalah menjaga makan..insyaAllah, maintain sihat 😉
Hairul Hissam says
benar tu… cara yg lebih praktikal ialah pemakanan yg sihat..tq cik adele..
zuki says
betul tu kata u
Hairul Hissam says
semoga bermanfaat 😀
Ucu Nor says
Ucu selalu amalkan puasa sunat, takpun ambik heavy breakfast, then makan again at 7pm. Antara waktu tu just minum air je, my fevret air – jus epal asam boi…Alhamdulillah berat maintain till now sejak student lg….
Hairul Hissam says
Puasa nie bukan sahaja mengurangkan berat badan..
malah memberi kesihatan yg lebih baik pada tubuh dan organ dalam badan…
mmg bagus ucu amalkannya…..
zaida says
semua org sibuk nk kuruskan badan…. takde ke cara nk tambah berat badan???? sy nak tambah berat badan dengan cara yg sihat… any info???
Hairul Hissam says
sama la saya cik zaida.. teringin nak tambahkan berat badan…
tapi jarang dengar wanita nak tambahkan berat badan… semoga berjaya 😀
soleh says
Cuba beli labu dan letak air dalam labu tu. Selepas beberapa lama minum, air tu sejuk..saya gunanya di rumah
Hairul Hissam says
Tima kasih en soleh atas tips dan cara tradisional dalam menurunkan berat badan ini. tentu berkesan dalam menurunkan berat badan. Memang boleh cuba nie.. tima kasih sekali lagi en soleh.
mas says
stakat ni berat badan sy maintain lg…hari2 sy bsenam dgn bjalan kaki ke ofis…sy juge mengamalkan minum air masak…terima kasih krn mberi byk info yg bguna…
Hairul Hissam says
Memang bagus tu cik mas berjalan kaki ke office. Badan pun bertambah sihat dan cergas. Bertambah ramping lagi. Barulah suami bertambah sayang kan. kan. kan. 😀
lee says
tips yang baik untuk kesihatan, terutama bagi orang-orang yang agak comel. Like me.
Hairul Hissam says
Mesti comel cik lee nie.. kongsi laa petua nya.. 😀
maz says
Aslm.w.b.t hairul.tq kongsi tips brguna tu.sy pun suka limau suam,n alah minum ais.tp dlm kesibukkn kita kurang minum air putih,sekurang2nya 4ltr(jika umur 40).jika blh elak minum air paip yg dimasak.minumlah air tapis yg tlh dirawat.k wassalam.
Hairul Hissam says
Benar tu cik maz.. lebih2 lagi mereka yg bekerja dipejabat…. memikirkan kerja sampai kurang minum air..sebenarnya cara guna air nie bagus dalam menurunkan berat badan .. 😀
Mohd Shafiq Bin Sungep says
ingnkan info menambahkan berat bdan En.hairul ade infonye?
Hairul Hissam says
Saya sendiri slim dan kurus… 😀
salah satu punca ialah metabolisme badan yg tinggi…
so makan banyak pun tak guna…. dan…
bukan mudah nak menurunkan metabolisme badan nie.. 😀
Mohd Shafiq Bin Sungep says
hahahah tu la slalu mkn bnyak tpi ksnnye ttp jek sme 🙂
Hairul Hissam says
Makan banyak.. keluar pun banyak. 😀
Pinky Yell says
Assalamualaikum,
Petua yang En. Hairul beri macam petua-petua kesihatan yang telah dipeturunkan oleh pakar-pakar kesihatan dan pemakanan. Di sini saya ingin memberikan petua yang saya amalkan.
a) meminum segelas air masak setiap pagi dan sebelum masuk tidur
b) memakan buah mengkudu masak yang telah dikisar bersama bijinya sekali sebelum
tidur sekurang-kurangnya 2 sudu teh.
Kedua-duanya bukan sahaja boleh menjadikan anda slim tetapi melawaskan pembuangan air kecil dan besar. Hasilnya berat badan saya tidak pernah lebih dari 44 kg.
Hairul Hissam says
Terima kasih cik Pnky atas tips petua tambahan menurunkan berat badan menggunakan buah mengkudu. Mmg byk khasiat buah mengkudu nie 😀
Go Mei Mei says
Apa itu buah mengkudu, saya tak pernah lihat.
Hairul Hissam says
Buah mengkudu seperti di link dibawah:
sam75 says
Assalamualaikum, Perut buncit apa pulak masalahnya ye en hairul?
Hairul Hissam says
wsalam.. tu mesti suka minum air semasa dan selepas makan… 😀
fariza abdul karim says
saya ada dengar x bagus minum air limau selalu……..ape komen cik khairul……
Hairul Hissam says
dlm artikel di atas kan ada dibagitaw…. 😀
ishak bin yaakob says
Terima kasih cara internet banking cimb, saya akan ikut sati demi satu.
Hairul Hissam says
terima kasih kembali… semoga membantu…. 😀
muja says
this really helps,, saya selalu minum air masak,, tapi tula,, makan banyak,, haha
Hairul Hissam says
Berhenti makan sebelum kenyang.. itu petua yg sangat bagus diamalkan.. Ia juga cara menurunkan berat badan 😀
cik tom says
okay tgh usaha minum air byk2 & bersenam petang… huhu
Hairul Hissam says
jgn kembong perut ngan air sudah laa. heee
hayati yahaya says
emm. .mcm mne erk nk kecilkn lengan ngan paha nie. .
Hairul Hissam says
srmmm.. entahlah 😀
Adi Rafdi says
Info yang menarik..
Perkara paling penting untuk berjaya kuruskan badan iaitu Disiplin 🙂
Hairul Hissam says
Satu lagi tips menurunkan berat badan yg bagus iaitu displin. tq bro..
Qistina says
abg hairul..
saya masih mudew….jadi saya nk tahu selain nk maen dgn ank2 aktiviti ape lagy yg boleh dibuat??dan ade lagy petua utk kuruskan badan??
Hairul Hissam says
Byk makan ulam2 mcm org dulu2. Mungkin sebab tu org dulu2 slim-slim jeee 😀
Laila says
salam…
mmg betul..tp nk konsisten mmg susah sbb kje tak menentu, blom kenduri lg tuh..hehe….ape2 pon usaha tangga kejayaan…
Hairul Hissam says
wsalam, semoga tips menurunkan berat badan nie membantu… 😀
Badan says
Tips no 1 memang sangat tepat dan utama. Kesan mengamalkan minum air yang banyak dan konsisten dapat menyahkan toksik dan mengekalkan berat badan yang unggul.
Hairul Hissam says
mmg benar kata encik badan tu…. mmg byk khasiat minum air kosong nie.. 😀
hafizmd says
Penting utk minum air masak banyak2.
Hairul Hissam says
mmg benar kata bro.. air masak mmg bagus dalam menurunkan berat badan kita..
yaya says
kalau disiplin n berpantang mmg boleh nak kurus … tapi kalau pantang tengok makanan jawabnya haus lah…hihihi
Hairul Hissam says
Displin tu amat penting dalam menurunkan berat badan. Kalau tak de displin, tak guna juga apa juga petua dan ubat 😀
Nad says
Minum banyak air memang sangat membantu mengurangkan berat badan..i’ve tried…tq for sharing..
Hairul Hissam says
Mmg benar kata cik Nad tu.. 😀
suparzadotcom says
hai ..tips no 1 adalah penyumbang utama untuk turunkan berat . saya sgt bersetuju dengan artikel ini ..
Hairul Hissam says
Terima kasih di atas pandangan tersebut.. 😀
yudyn says
Tens utk tips ni .. Sy akn cuba amalkan . tpi sy musykil . bukan ke klau mnum air smasa mkn dpt elakkn dripada mkn berlebihan ? tpi btul le mnum air semasa mkn buat perut jdi buncit? trima kasih 🙂
Hairul Hissam says
Sebenarnya buncit disebabkan oleh makan berlebihan… Biasanya lepas kita makan nasi dan lauk, perut kita dah penuh. So bila ditambah lagi dgn air, perut dah tak dapat tampung dan terpaksa buncit. Tambah lagi dgn pernafasan, itulah punca perut puncit. So kena kurangkan nasi dan lauk mengikut size perut kita dan keperluan kita..
Idham Jorel says
banyakkan minum air masak, dan tips minum air limau suam tu betul 😀 minum yang asam2, saya suka minum lemon suam. sedap dan bagus untuk ‘detox’ badan 🙂
Hairul Hissam says
Lagi best tu minum tanpa gula. lagi menyihatkan. Biasanya mula2 je rasa masam semacam.. lama2 tentu ok dan sedap.. tqvm atas info tu..
zaty says
tq 4 sharing….air masak memang wajib minum setiap hari kan…untuk kulit cantik pun kena minum air masak..=)
zatytiey.blogspot.com
Hairul Hissam says
Mmg bagus minum air masak untuk kesegaran tubuh kita… tqvm..
hafizi says
Assalamualaikum.. terima kasih atas tips dan petua yang diberikan untuk kuruskan badan..
Hairul Hissam says
wsalam, semoga tips kuruskan badan ini membantu… tqvm
aurabp26 says
Terima kasih atas perkongsian
Hairul Hissam says
selamat mencuba dan maju jaya… tqvm
hafizi says
Assalamualaikum..
Terima kasih atas info yang sangat berguna yang dikongsikan..
Hairul Hissam says
wslm, semoga memberi manfaat bersama.. tqvm
Jeesha says
Dah macam-2 tips saya ikot . Tapi badan saya tetap sama dari dulu . Tak gemok sangat and tak kurus sangat . So , macam mana nak buat ?? Saya nak nampak slim .
Hairul Hissam says
Bersyukur apa yg ada adalah yg terbaik..
nurul says
Yup..kena makan banyak dan tinggi protein ketika sarapan untuk membuatkan kita rasa kenyang. So boleh la kita makan macam queen ketika lunch.
Hairul Hissam says
Itulah yg diperlukan oleh tubuh kita… Jika cukup dan sepatutnya yg diperlukan, tentulah kita tidak asyik rasa lapar kan…
Abg Hadi says
Assalamualaikum En hairul Dan semua..saya dlm proses menurunkan Berat badan seterusnya mengempiskan perut yg membulat ni..apa yg saya buat..yaa spt tips yg terdapat dlm artikel ni. Setiap pagi saya buat senaman ringan 2 Kali seminggu main badminton ..jaga pemakanan.
Selain itu saya ada ambil makanan kesihatan berasaskan fiber. Ini adalah utk mem bantu membuang lemak,kolesterol Dan toksin dlm badan kita. Ini sangat penting dlm proses menurunkan Berat badan Dan ia sangat berkesan.
Hairul Hissam says
wslm. Terima kasih kerana sudi berkongsi tips ini. Semoga dapat dimanfaatkan oleh pembaca blog ini.. tqvm..
Ruqayya says
Saya pernah diet 5 hari dengan high protein dan less carbo serta memastikan minum air hamper 3 liter sehari. Alhamdulillah turun lebih 2kg dalam tempoh tu. Lepas tu ofismate belanja nasi ayam. Terus rosak diet saya haha. Nak start diet balik memerlukan kekuatan mental.
Hairul Hissam says
Kalau banyak minum air masak mmg bagus utk kesihatan kita….
Natasya says
mcm mana nak kurang berat bdn sya nie…skrang berat sya 55 kg tp sya mahu kn berat bdn yg dulu…dh mcm2 tips sya ikut tp tk brkesan…baju2 yg lama tk muat lagi..apakah yg sya prlu lakukan
Hairul Hissam says
boleh amalkan tips menurunkan berat badan dlm artikel diatas.. tqvm..
Wennie says
Berat badan saya sudah terlalu obesiti. Menarik jua cara kuruskan badan dengan memakan buah kurma. Jadi agak-agak berapalah biji kita makan. Bolehkah saya sertakan degan meminum segelas minuman panas seperti milo, horlick atau dll. Terima kasih.
Hairul Hissam says
Terpulang kepada keperluan winnie.. Elakkan minum manis2 krn ia juga penyebab kpd obesiti. Jgn lupa baca artikel terbaru kuruskan badan dari pengalaman saya di link dibawah:
https://hairul.com/blog/cara-kuruskan-badan-dari-pengalaman/
rika says
Terima kasih tips yang dikongsikan, bila konsisten insy akan nampak hasil.
Hairul Hissam says
betul tu.. bila konsisten, baru menjadi..
Dragon says
Bagaimna plak untk menghilangkan lemak di bahagian perot dgn cepat en hairul?
Hairul Hissam says
kena banyak bersenam tu sembil membakar lemak sambil menurunkan lagi berat badan.
Wan Din says
Tips yang bagus untuk diamalkan. Terima kasih atas perkongsian
Hairul Hissam says
semoga berjaya menurunkan berat badan..
Kay says
Terima kasih kongsi ilmu pasal menurunkan berat badan. Anda perlu ingat serta makanan harian u all memainkan peranan untuk menurunkan berat badan anda. Kena ikuti diet harian dengan cara yang betul. Diet tanpa berlapar sebenarnya u all kena makan makanan yang mengandungi protein, hindarkan kaborhidrat dalam makanan harian. maknanya u all kena gatah lauk pauk serta minum air suam sebanyak 8 gelas ataupun lebih. Jangan lupa juga senaman ringan dapat membantu anda untuk mendapat bentuk badan yang di ingini.
Hairul Hissam says
Terima kasih atas tips tambahan tu.. semoga membantu pembaca blog nie utk menurunkan berat badan mereka..
umi nur aini bt hamzah says
Saye x lah selalu minum minuman bergas cume saye kurang makan sayur dan buah umur saye baru 17 thn….
Hairul Hissam says
elok pada waktu malam, elakkan makan nasi dan gantikan dengan buah-buahan.InsyaAllah turun berat badan tu nanti..