Sejarah hidup Hairul Hissam


Nama saya Mohd Hairul Bin Hissam. Lebih dikenali di dunia maya ini sebagai Hairul Hissam. Saya dilahirkan di Johor Bahru dan kini menetap di Johor Bahru. Di sini saya ingin mencoretkan sedikit sebanyak sejarah hidup saya.

Arwah ayah saya merupakan ketua tukang masak di kem tentera laut diraja Malaysia. Dari kecil, kami sekeluarga sering berpindah-randah dari sebuah kem tentera laut ke kem tentera laut yang lain. Sehinggalah arwah ayah saya bersara. Arwah ayah bersara lebih awal ketika umurnya 40 tahun.

Selepas bersara, kami kembali ke Johor Bahru dan berniaga pasar malam dengan menjual kuih muih dan air. Kami hanya berniaga 3 hari seminggu sahaja . Pada ketika itu abang dan kakak saya semuanya belajar jauh diperantauan. Jadi sayalah yang sering membantu menjual di pasar malam. Saya hanya membantu menjual sahaja. Memasak memang tak sentuh.

Kemudian saya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia di jurusan Perakaunan. Dan di kurniakan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan kepujian. Selepas tamat pengajian, saya bekerja di beberapa buah kilang di bahagian perakaunan. Saya kerap juga bertukar kerja sehinggalah saya bekerja di Gold Coin Specialities.

Saya seronok bekerja disini kerana Managernya sporting. Tambahan lagi saya bukan sahaja buat kerja akaun, malah menguruskan aspek I.T. Wah, kalo ada staff call, komputernya rosak. Memang seronok. “Mr Woon, computer Lab office ada masalah la, saya turun jap”. Bukan itu sahaja siap belikan batu gemstone dari internet untuk staff-staff disana. Siap dengan manager, berkerumun kat computer saya. Tapi time GM tak de la. Kalo GM ada senyap sunyi. :P . Akhirnya pada Ogos 2006, saya meletak jawatan.
.

Hairul Hissam

.
Inilah gambar saya semasa minggu terakhir di Gold Coin Specialities pada Ogos 2006. Saya sambung belajar dibidang masakan. Selepas belajar memasak, saya menimba pengalaman memasak di western restaurant, hotel – cold kitchen, hotel – pastry kitchen dan juga di tesco di bakery department.

Dan akhirnya saya memulakan perniagaan pasar malam bersama seorang sahabat. Saya berniaga jauh diperantauan. Banyak juga duit dihabiskan untuk membeli kelengkapan rumah dan kelengkapan berniaga. Dan setelah lebih kurang 6 bulan berniaga, saya mengambil keputusan untuk pulang ke Jb. Salah satu sebabnya Ayah saya meninggal dunia. Saya perlu kembali ke JB untuk membantu keluarga saya. Manakala perniagaan pasar malam diteruskan oleh sahabat saya.

Pada awal Disember 2008, saya kembali ke Jb. Kebetulan company lama saya kehilangan seorang pekerja dan memerlukan saya membantu. Bekerjalah saya semula di Gold Coin Specialities Sdn Bhd. Sehinggalah pada suatu hari, manager saya memanggil saya ke biliknya “Hairul, you jangan terkejut ya, dalam minggu ini , I akan hantar resignation letter” dengan pantas saya menjawab. “Kalo you resign Mr Woon, saya pun resign” .. Dah dia pulak yang terperanjat. Ha.ha.ha. Manager saya resign kerana memulakan bisnes accounting service nya sendiri.
.

Hairul Hissam

.
Inilah gambar minggu terakhir saya di Gold Coin Specialities Sdn Bhd pada Jun 2010. Sehingga kini saya masih lagi melakukan bisnes online ini secara fulltime. Inilah serba sedikit tentang sejarah hidup saya.

Setakat ini 3 produk saya masih terjual di internet iaitu Pakej Lengkap Belajar Buat Keychain Sulaman Benang, Pakej Lengkap Membuat Air Soya dan Aneka Taufufah dan Pakej Lengkap Belajar Membuat Laman Web. InsyaAllah saya akan terus menghasilkan produk berkualiti untuk manfaat bersama.



Email artikel ini pada rakan Email artikel ini pada rakan


Anda dialu-alukan :D
1. Jika anda suka artikel ini, boleh klik button LIKE. Barulah saya tahu anda sukakannya :D
2. Anda dialu-alukan berkongsi artikel ini dengan button disediakan atau share url link artikelnya.
3. Utk button "Email Artikel ini pada rakan", anda boleh juga email kpd diri sendiri sebelum forward kpd rakan. (Boleh letakkan ruangan Email Anda dan Email Rakan dgn email id yg sama)
4. Kalau nak Print, tekan pada keyboard anda: Ctrl dan P serentak.


Artikel Menarik Berkaitan:

    None Found

Artikel Pilihan Blog Hairul.com:









Posted on 16 Feb 2011 - Visited 51665 times, 60 so far today    97 Comments » Hak Cipta Terpelihara @ HAIRUL.COM

Ada 2 ruangan komen iaitu Komen FB dan Komen Biasa.



Komen Menerusi Facebook (Baru Dibuka June 2012)

Ruangan Komen & Pertanyaan Biasa:

 

97 Responses to "Sejarah hidup Hairul Hissam"

  1. Fauziah says:

    Hairul.. I like the story…hehehee… Di gambar pertama tu.. dari 13 orang semuanyer cuma tinggal 4 orang jer yang masih berkerja di GCSSB. Sedih ler tengok gambar lama. Rindu dengan member office yang dulu…

  2. latiffah says:

    Salam..seronok juga baca artikel u ni..boleh kita berkongsi pengalaman.

  3. lin says:

    As salam.. menarik cerita En.Hairul. Saya tabik dgn anak muda yg brwawasan tinggi mcm nie.Setiap saat itu brharga, dgn kelulusan dan bakat yg danugerahkan gunaknlah sebaik mungkin jgn dsia2kn dwaktu masih muda.

  4. nana says:

    suka baca cite en. hairul. banyak juga pengalaman u ye… pengalaman mematangkan kita, betul tak?
    semoga en. hairul berjaya dalam perniagaan.

  5. feera82 says:

    salam..seronok baca pengalaman orang yg byk perancangan dalam idup..boleh dijadikan motivasi utk orang yg lemah semangat macam saya..hehe..

    • Hairul Hissam says:

      Wsalam, InsyaAllah Cik Feera juga akan lebih berjaya nanti..
      yang penting jangan berputus asa dan terus berusaha. :D

  6. mimi says:

    Terima kasih di atas perkongsian pengalaman Hairul.
    Saya suka baca info dalam blog Hairul.
    Banyak yang boleh dikongsi bersama teman-teman.

  7. Hayati says:

    Salam, sy 1st time tgok blog org ni.. mcm sronok plak. sy sbenarnya tgh cari jln nak + pndapatn.. nak harap gaji faham2 jelah byk hutang dr tabungan.. Sy rasa blog ni dah bg sy harapan baru… Tmksih byk. will keep in touch.

    • Hairul Hissam says:

      Wsalam Cik Hayati, .
      InsyaAllah saya terus memberi info2 perniagaan yg sebenar untuk manfaat bersama…
      tq ya :D

  8. Johara says:

    I like your story. since your are bored at home why not start a seminar for entreprenuer. because majority of housewife do not know how to market and use internet. maybe we can meet up and discuss about it

  9. adele says:

    salam perkenalan dr sy :)

  10. johara says:

    hi hairul saya suka blog anda. dan lagi satu anda telah merekomendasi sahabat anda menajan pendapatan melalui blog> alhamdulilah saya tengah menunggu email dari beliau. saya mintak pandangan anda. ada satu sistem yang dikenali sebagai formula luar biasa. from mohd nizam. saya agak sangsi sedikit. can advise regarding these since byk portfolio yg menyatakan bagus.

    • Hairul Hissam says:

      Hi Cik Johara, tima kasih kerana masih sudi melawat blog ini :D .
      terus terang, saya kurang percaya ngan teknik luar biasa macam ini..
      dan rasernya dah ramai yg menjual benda2 mcm nie.. :D
      sebab menjual teknik lebih untung dari menggunakan teknik.. fikirkanlah

  11. Fauziah Mohd Sulahir says:

    Saya tinggal di johor bahru, dimanakah tempat boleh saya dapatkan utk membeli cara pembuatan tau fu fah.
    terima kasih.

  12. captain says:

    salam,

    Beginilah semangat anak muda melayu..semangat bisnes.

    Makan gaji sampai tua tak leh kaya…senang adalah…

    “Agi idup Agi Ngelaban”

    wasallam.

  13. minat nak belajar buat web sendiri tapi tak pandai komputer, kalau boleh ajar cal saya 010-2504004

  14. nizamghazi says:

    Slm kenal hairul.
    Sy tertarik dgn blog ni, nampak matang
    Selain tu, sejarah hidup hairul begitu unik lah :)

  15. cyn says:

    hai hairul..nak tau kat ne nak dpt layout blog yg cntik..hehhehe..

  16. Juan says:

    serius aku suker kisah ko ni, bisnes online fulltime, nak tau gak

    • Hairul Hissam says:

      Lebih setahun juga bro Juan bisnes online nie fulltime….
      tapi plan…. lepas raya nie nak kerja balik…
      sebab nak cari rumah sendiri dan start bisnes offline lah..
      itu pun kalo ada rezeki.. :D

  17. Juan says:

    baru aku tau yg ko ni perkerjaan memasak, ingatkan masak makanan tu hobi, aku akan add blog ni kat blog aku sebab ader ciri ciri bisnes yg aku nak, selamat berkenalan bro, nice to meet u

    • Hairul Hissam says:

      Tima kasih bro juan kerana sudi add blog saya, amat dihargai…..
      selamat berkenalan bro.. semoga kita bersama-sama terus maju… :D

  18. mazna says:

    assalamualaikum En Hisham,

    Suka saya baca artikel dan blog anda. Saya ingin berkongsi pengalaman dan perniagaan bersama En Hisham dan pembaca blog ini….jika di berikan kesempatan untuk saya introduce kepada En Hisham, i will be very grateful.

  19. fendy says:

    aslkum, saya nak tanya encik hairul, tahu tak bagaimana nak dapat wallpaper bergerak untuk laptop ? kalau encik tahu, saya berharap tunjukkan saya bagaimana caranya.
    saya dah cuba usaha cari cara-cara dalam internet. tetapi tak dapat jgk. amatlah saya muliakan pertolongan dari encik hairul..

    • Hairul Hissam says:

      wsalam.. kalo nak dapatkan wallpaper bergerak yg siap.. tak tahu plak saya.. sebab tak rajin cari benda2 nie … sory ya.. :D

  20. norzamri says:

    Salam, Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih kepada en.hairul membina laman web dan biz online yang berjaya,saya tertarik tentang kisah en. kerana saya telah ingin buat perniagaan online secara fulltime,saya telah cuba dan terus mencuba hinggakan saya menempah laman web,join mana-mana biz online tapi tidak berjaya hingga hari ini..saya cukup tertarik dengan kisah en hairul ini…

    • Hairul Hissam says:

      wsalam en Zamri, mmg ramai berminat dgn bisnes online ini. Elok en zamri buat secara partime terlebih dahulu dan lihat dulu potensinya pada diri en Zamri. Dalam apa jua bisnes, ada yg berjaya dan ada yg gagal. Antara sebab kegagalan bisnes online ialah kurang usaha membina kepercayaan pelangan. Bacalah artikel 5 tips strategi bisnes yg saya tulis di dalam blog ini. Semoga berjaya ya :D

  21. mogana@mona says:

    mona sini again,

    sebab utama saya cari pengetahuan adalah kerana saya sekarang ni buat bisnes secara team, jadi saya nak tahu cara cara yang betul untuk create web , jadi senanglah untuk saya buat bisnes secara on-line.

    KAlau senang nak belajar, senanglah saya buat bisnes, kan….
    memang semua senang, cuma perlukan azam untuk bejalar dan rajin . itu saja..

    from : mona

  22. ella says:

    bestnya dapat buat bisnes online. saya ni seorang guru tapi ingin berniaga memandangkan hidup di kl gaji guru memang tak mencukupi.buat coklat pun sasarannya hanya kawan2..minta pendpt HH apa agaknya bisnes yang menguntungkan..

    • Hairul Hissam says:

      saya ada tengok blog cik ella.. mmg menarik. Dlm apa juga bisnes online. Dua perkara penting ialah promosi dan membina kepercayaan pelangan. Pada saya tulisan di blog sangat membantu membina kepercayaan pelangan terhadap diri kita. Yang penting kita jujur dan ikhlas dalam tulisan kita :D

  23. yas says:

    Kemana tumpahnya kuah klau tidak ke nasi kan bro….semoga terus berjaya dgn kerjaya pilihan bro sendiri…insyaallah.

  24. siti ajar says:

    Salam, kak baru terjumpa blog ini, terima kasih kerana memaparkan tips/resepi/panduan/maklumat yang berguna.Banyak pengalaman yang telah ditimba sejajar dengan usia Hairul tentunya. Boleh dijadikan panduan dan motivasi,teruskan usaha. Apa-apa yang dibuat kerana Allah akan menjadi ibadah semuanya. Semoga maju jaya.

  25. Malik Zainal says:

    Encik Hairul, saya nak tanya bagaimana air disukat menggunakan “gram”? Terima kasih :-)

    • Hairul Hissam says:

      Sukatan dgn gram dengan menimbang di atas penimbang.
      Tetapi biasanya timbangan gm air dan sukatan ml air tidak jauh berbeza… :D

  26. fatin says:

    assalammualikum hairul,fatin berminat dgn teknik belajar cakoi tu,nnti jgn lupa remind fatin bila panduan tu dah keluar…add saya d mylittlekitchenkitchen@yahoo.com…tq

  27. Nazri Salleh says:

    Salam tuan Hairul, dah lama juga saya follow blog tuan, sbb saya minat sangat post-post tuan samada resepi atau pun info2 lain especially info bisnes.

  28. akubiomed says:

    Saya agak terkejut membaca kisah bro yang bijak merancang kehidupan. Tidak sia-sia ilmu yang dikutip sepanjang pengalaman membantu orang tua, bekerja makan gaji, terlibat didalam bidang industri dan sekarang ini berniaga online.

    Pengalaman sebenar dan hands on adalah guru terbaik berbanding baca buku dan teori semata-mata sebab itu pengkongsian produk-produk oleh bro adalah daripada pengalaman sebenar.

    Membuatkan saya ingin mengenali bro lebih dekat lagi. Insyallah bro tidak keberatan menjawab e-mial Q&A nanti.

    • Hairul Hissam says:

      Segan pula saya dibuatnya :D .Bisnes kecilan je bro.
      Benar tu bro, pengalaman adalah guru terbaik dalam kehidupan kita….
      pengalaman juga membuatkan kita lebih memahami…
      Saya dah reply email bro.. tqvm ya :D

  29. arnes says:

    hai… saya nak bertanya sekiranya saya ingin membeli produk2 anda bolehkah anda megirimnya ke england dan berapa kos penghantarannya? terima kasih

  30. zhamier says:

    Assalamualaikum & salam 1 Malaysia kepada saudara ku Khairul,

    Saya Zhamier dari Kota Kinabalu Sabah, Sebenarnya saya tidak la berapa mahir dalam menggunakan komputer ni.. tapi saya berminat nak buat bisnes online…
    Boleh tak saya tanya…? macam mana saya nak tau yang ini (ebook panduan bisnes online) bukan tipu…? dan macam mana cara nak bayar tu…? tak da caj lain ka…? (mameng harga bersih rm60).?

  31. riduan says:

    salam… saya nak tahu berapa harga kalau saya ambil ke empat2 produk, saya tak faham macam macam mana nak kira.

    • Hairul Hissam says:

      wsalam.. saya ada jual 5 produk.. So nak tahu dulu yg mana yg berminat.. boleh sms saya di 013-7757915 utk maklumbalas yg lebih pantas.. tqvm ya.. :D

  32. Terbelog says:

    salam2
    saya baca artikel dan komen satu persatu
    sampai habis
    :)
    apa perkembangan anda skrg? dah kerja tetap ke?

    • Hairul Hissam says:

      Wsalam… rajin ye baca… :D
      Skrg masih dirumah buat bisnes online nie…..
      Kalo ada rezeki.. teruskan je…. kalo tak de.. kerja la balikk..he.he.he

  33. hanim says:

    Salam,
    Kalau saya nak beli sekaligus semua 6 set CD termasuk rahsia bun berape harga ye?
    & boleh suggest tak oven yang paling bagus untuk digunakan dan mixer, kat mane saya boleh beli?

  34. samdaddycool says:

    Kisah hidup yang sangat menarik. Seronok membacanya.

  35. c.rizal says:

    Salam, ada ruangan iklan sewa di web awak x?

  36. Azlin says:

    Salam Hairul….terharu tgk org muda yg byk pengalaman mcm adik ni….semoga terus berjaya dan dicontohi oleh anak muda yg lain…akak ada juga ambil resepi dr blog adik ni….terima kasih yer….

    • Hairul Hissam says:

      Terima kasih kerana sudi membaca dan mencuba resepi disini. Semoga resepi di blog ini menceriakan keluarga Puan Azlin ya.. :D

  37. saidatul says:

    salam en hairul..atau sesiapa yg budiman tlg email kan sy quran explorer sesiapa yg terjumpa komen saya ini…terima kasih
    saidatulnatrah85@yahoo.com

    • Hairul Hissam says:

      Wsalam, Setahu saya hanya boleh dibuka secara online sahaja.
      Tak tahu pula saya kalo ada perisian seumpamanya yg boleh didownload..

  38. Noormazalina says:

    Assalammualaikum.. Encik Hairul.
    Saya Noormazalina dr Seremban, Negeri Sembilan. Saya nak tanya, e-book cakoi&donut dan e-book pau,bun & pizza masih dijual lagi ke? Saya ingin membeli kedua-dua e-book tersebut. Jika masih ada, harap En. Hairul dpt maklumkan segera supaya saya dpt membuat pembayaran.
    Terima kasih.

    • Hairul Hissam says:

      Wsalam. Ia masih dijual dan akan terus dijual selagi saya masih ada..
      Harga untuk pakej bun dan cakoi ialah rM60+60-10 = RM110 sahaja. tima kasih ya..

  39. shue lee atie says:

    Hai..salam perkenalan..tolong email saya coz,saya berminat dgn e-book yg anda jual…thanks..thats ol…

  40. Askm En Hairul saya tida produk yang betul saya ada joint mlm marketing level
    ada cara tak cara untuk promosi setakat ini saya ada masuk peroduk dalam fb boleh tak bagi idea saya minat juga nak beli ebook tuan tu saja Tk
    Nama Che Seman Che Mat Dari Kelantan

  41. Askm bagus juga idea tu saya ni jenis tak minat masak klu saya jual ubat barangan kesihatan ada idea tak saya ada produk kawan yang boleh di jual perlu tak saya beli buku buat website selain dari fb saya yang saya ada fb saya che seman che mat

  42. azida says:

    salam,saya nak tanya ada x artikel yg ajar nak watermark gambar yg kita post kat blog atau fb ( org lain xboleh edit gambar kita)..

  43. faiz says:

    ini terbaik……saya suka dengan perniagaan… :)

  44. Azizi says:

    Assalammualaikum En.Hairul,

    Saya ingin mendapatkan Pakej Aneka Cakoi dan Donut.Adakah pakej ini dihentikan?. Bagaimana sekiranya saya ingin mendapatkan pakej ini.

  45. rosli says:

    salam,

    nak tanya, selepas daftar SSM perniagaan milikan tunggal, perlu tak daftar tuk sijil kewangan selepas itu atau tidak perlu? tq :)

  46. Eja says:

    Saya baru terjumpa blog yg sangat awesome ini,puncanya saya tgk web rahsia taufufah tadi.
    Menarik blog anda,teruskan berkongsi tulisan2 anda di post2 seterusnya ya! All the best to you :)

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.