Resepi Ayam Panggang Black Papper



.
Resepi ini kiriman pembaca blog ini iaitu Kak Raja. Nampak sedap dan menyelerakan resepi ayam panggang black papper ini. Jom kita belajar membuatnya:
.

Resepi Ayam Panggang Black Papper

Bahan-Bahannya
1 ekor ayam
Daun salad / tomato untuk hiasan
Serbuk black pepper kasar

Bahan Perap:
3 ulas Bawang putih ditumbuk halus
1 inci halia ditumbuk halus
4 camca besar sos lada hitam
1 camca besar madu
1 camca besar kicap cair

Cara Membuat Resepi Ayam Panggang Black Papper
1. Cucuk2 ayam dengan garfu dan lumur dengan bahan-bahan perap dan perap selama 5-6jam.
2. Kemudian Tabur serbuk black pepper
3. Panggang hingga ayam betul2 masak dan garing kulitnya. Jika guna oven bakar pada suhu 200 darjah selama 30-45 minit sehingga dalamnya masak… :D
4. Masa hidang, potong tomato dan atur salad. Letak ayam tadi bulat2 atau dipotong nipis

Hairul.Com: Terima kasih kak raja kerana sudi mengirimkan resepi ayam panggang black papper ini. Tentu ramai ingin mencubanya…



Email artikel ini pada rakan Email artikel ini pada rakan


Anda dialu-alukan :D
1. Jika anda suka artikel ini, boleh klik button LIKE. Barulah saya tahu anda sukakannya :D
2. Anda dialu-alukan berkongsi artikel ini dengan button disediakan atau share url link artikelnya.
3. Utk button "Email Artikel ini pada rakan", anda boleh juga email kpd diri sendiri sebelum forward kpd rakan. (Boleh letakkan ruangan Email Anda dan Email Rakan dgn email id yg sama)
4. Kalau nak Print, tekan pada keyboard anda: Ctrl dan P serentak.


Artikel Menarik Berkaitan:


Artikel Pilihan Blog Hairul.com:









Posted on 05 Mar 2013 - Visited 4654 times, 4 so far today    21 Comments » Hak Cipta Terpelihara @ HAIRUL.COM

Ada 2 ruangan komen iaitu Komen FB dan Komen Biasa.



Komen Menerusi Facebook (Baru Dibuka June 2012)

Ruangan Komen & Pertanyaan Biasa:

 

21 Responses to "Resepi Ayam Panggang Black Papper"

  1. riza says:

    Tengok gambar dah terliur…pandai kak Raja masak, kak Riza tak …Kebelakangan ni banyak masakan yang menggunakan ‘black pepper’/lada hitam. Sememangnya lada hitam dapat membantu sistem penghadaman kita. Satu lagi, kalau kita terluka,letak sikit serbuk lada hitam pada luka tu. Ia akan menahan pendarahan dan mematikan bakteria yang ada pada luka tu. Kena sentiasa ada botol kecil lada hitam di dapur kita. Rempah ratus pelbagai guna…

    • Hairul Hissam says:

      Lada hitam menjadikan makanan lebih sedap. Tak hairanlah dizaman dulu, negara luar sanggup datang dari jauh utk mendapatan rempah bernilai ini. Terima kasih atas info menahan pendarahan dengan lada hitam.. Mmg bagus menyimpannya di masa kecemasan… :D

  2. UmmiKami says:

    Salam rindu di angin lalu buat adik akak Hairul.. :D

    Seroi petai terlebih nyior,
    Nasi beriyani sedikit tairu;
    Amboi sampai meleleh air lior,
    Resepi ini yang kak Ummi tunggu. hehe..

    • Hairul Hissam says:

      Salam rindu kembali buat anak kak ummi .heee

      kalau buat masa puasa. confirm semua meleleh menunggu buka puasa .. heee

  3. puteri kasih says:

    bila masuk blog hairul je mesti lapar jadinya..hehe

  4. fiezaradzi says:

    senang nya resepi ni.. nanti nak cuba lah.. thanks hairul..

  5. Peja says:

    Tak pernah puas baca artikel2 tuan…
    mmg mantop :D

  6. Juan says:

    dengar perkataan ayam panggang dan juga black pepper pon dah dapat agak rasa dia yg best tuh

  7. idros says:

    nak tanya resepi putu bambo x siap lagi ke?

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.