Punca kanser dari microwave dan kanser payudara


microwave

.
Bila mendengar kanser sahaja, tentu terbayang kesakitan dan kematian. Memang menakutkan. Lebih menakutkan lagi, menurut akhbar Utusan Malaysia, pada tahun 2002 sahaja seramai 10.9 juta penyakit kanser baru dan 6.7 juta org mati akibat penyakit kanser diseluruh dunia. Oleh itu saya ingin berkongsi satu buku kecil menarik dari Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP). Tajuk buku kecil ini ialah ketuhar gelombang mikro, resepi kanser.

Tahukah anda salah satu punca kanser ialah daripada ketuhar gelombang mikro atau lebih dikenali microwave. Menurut buku kecil CAP ini, ” Berdasarkan penyelidikan saintifik 10 tahun lalu, yang hanya baru-baru ini sahaja didedahkan. Memakan makanan yang dimasak di dalam ketuhar gelombang mikro boleh menyebabkan perubahan luar biasa di dalam darah dan sistem imun manusia dan menyebabkan kanser” Tambahan lagi bakteria merbahaya di dalam makanan tidak terbunuh.

Memang bijak untuk TIDAK memiliki microwave di rumah. Risikonya bukan sahaja dari makanan yang dipanaskan. Malah dari radiasi yang keluar dari peti microwave tersebut. Risikonya memang ada. Walaubagaimanapun banyak restoran menggunakan microwave dalam memanaskan masakan mereka. Dengan kata lain, sukar juga dielakkan. Pada saya penggunaan yang sedikit atau sekali sekala, tidaklah mengapa. Kerana tubuh kita mempunyai sistem untuk memulihkan tubuh kita. Dah order kat restoran, NGAP je la :P .

coli

Satu lagi tambahan dari saya berkenaan kanser payudara. Statistik menunjukkan kanser payudara adalah paling tinggi menyebabkan kematian. Salah satu punca kanser payudara ialah coli yang terlalu ketat yang dipakai oleh wanita. Coli yang ketat mengganggu peredaran darah pada bahagian payudara. Seterusnya menyukarkan kotoran dikeluarkan dari bahagian payudara melalui peredaran darah. Kotoran ini seterusnya terkumpul dan akhirnya menyebabkan kanser payudara. Langkah yang bijak ialah memakai coli yang longgar dan elakkan memakai coli ketika tidur. Tak silap saya info ini dari CAP juga.

Buku-buku persatuan pengguna ini memang bagus memberi maklumat yang betul dan berguna. Ia tidak dipengaruhi oleh desakan perniagaan atau pengiklanan yang bermotifkan keuntungan. Sekarang ini, buku kecil ini banyak dijual di kedai-kedai buku seperti Popular, Harris dan Badan. CAP banyak mendedahkan punca kanser sebenar yang menakutkan. Jom dapatkan buku ini di sana.

P/s: jangan lupa membaca artikel lama saya cara mencegah kanser dengan senyuman. Tapi sebelum itu, klik lah button LIKE, jika sukakan artikel ini. tqvm… :D



Email artikel ini pada rakan Email artikel ini pada rakan


Anda dialu-alukan :D
1. Jika anda suka artikel ini, boleh klik button LIKE. Barulah saya tahu anda sukakannya :D
2. Anda dialu-alukan berkongsi artikel ini dengan button disediakan atau share url link artikelnya.
3. Utk button "Email Artikel ini pada rakan", anda boleh juga email kpd diri sendiri sebelum forward kpd rakan. (Boleh letakkan ruangan Email Anda dan Email Rakan dgn email id yg sama)
4. Kalau nak Print, tekan pada keyboard anda: Ctrl dan P serentak.


Artikel Menarik Berkaitan:


Artikel Pilihan Blog Hairul.com:









Posted on 14 Dec 2011 - Visited 35606 times, 7 so far today    52 Comments » Hak Cipta Terpelihara @ HAIRUL.COM

Ada 2 ruangan komen iaitu Komen FB dan Komen Biasa.



Komen Menerusi Facebook (Baru Dibuka June 2012)

Ruangan Komen & Pertanyaan Biasa:

 

52 Responses to "Punca kanser dari microwave dan kanser payudara"

  1. super mak says:

    mencegah adalah lebih baik dr mengubati.

  2. latiffah says:

    Salam. Terimakasih dgn info tu tapi macamana ye kadang2 tu terfikirlah pulak zaman bebudak dulu, emak kita masak pakai dapur kayu, punyalah sedapnye..teringin nak pakai dapur kayu atau arang tapi duduk rumah flat, U ada ideake…

    • Hairul Hissam says:

      Wsalam, selain sedap, tentu banyak kelebihan dari sudut kesihatan menggunakan dapur kayu. Tapi mmg leceh la guna dapur kayu nie :D

  3. gloryatie says:

    terukla macam ni, hari2 saya sekeluarga guna mikrovave tuk panaskan makanan…

  4. de Vibratore Corpora Cavernosa says:

    nasib baek m/wave rumah aku dah rosak. cadang nak bli tapi bila baca info ni terus tak jadi. tq Role.

  5. ieza_beledza says:

    baru cadang nak beli..

  6. Sitie says:

    salam.. antara faktor penyumbang kanser yg tidak disedari…

  7. zainab_desah says:

    terima kasih atas info, blh cadangkan kalau nak panaskn mknn, kita kukus je..leh x?

  8. intan says:

    jarang guna microwave walaupun ada….selalunya masak balik kat dlm periuk/kuali kat atas dapur. Rasanya lg ok..Dengar info ni mmg xnk gunakan lgsg le..

  9. Miss EZ says:

    waaa…bgus la artikel ni…dapat info..berguna utk para wanita n jugak lelaki yer

    <(^^)V

  10. chii says:

    woo..bahayanya..nasib baik kat umah tade microwave…

    errr..penggunaan coli yg ketat..tp time tdo mmg org galakkan jgn pakai..ehehe

    • Hairul Hissam says:

      mmg bahaya woo…. ramai dah kena kanser.. woo….
      Cuma elakkan mana yg termampu utk kesihatan jangka panjang kita cik chii :D

  11. Juan says:

    kat rumah xda microwave, hehe

  12. Adif Fida says:

    Pernah tanye kat seseorang…antare microwave ngan oven, mane satu yg penting..org tu kate microwave lah..sbb ape2 hal tinggal panaskan jek..terpengaruh jap, sampaikan ade niat nak beli..tapi syukur alhamdulilah… Nampak gayenye kene lupekan lah niat tu…:)

    • Hairul Hissam says:

      Kalo ikut mudah.. mmg microwave memudahkan…
      namun kesan sampingannya amatlah bahaya pada kesihatan…
      lupakan je la niat tu cik fida.. :D

  13. zealazala says:

    en hairul sy nak tanya sy tak pernah masak pakai microwave tapi ngapa saya kena kanser jugak

    • Hairul Hissam says:

      Oh microwave hanya salah satu sebab.. byk lagi sebab lain… spt radiasi h/p, bahan dalam kosmetik, coli, tekanan, hitam2 pada daging yg dibakar dan byk lagi.. sebabnya benda2 nie mampu menukar sel dalam tubuh kita kpd sel abnormal yg menyebabkan kanser… namun sebab utama kanser ialah kegagalan kelenjar dalam tubuh kita menghasilkan T sell untuk menghapuskan sel abnormal ini… mungkin sel abnormal dalam tubuh dah overload disebabkan benda2 tu…

      • anis says:

        plus sebab genetik pun effect risiko ada kanser ni..bdw, hairul tumpang share promote page kmu at my fB =)….

        • Hairul Hissam says:

          Saya kurang pasti pasal faftor genetik tu. tapi ia bukanlah punca utama :D ..
          Sangat dialu-alu share url link artikel ini di FB cik anis….
          atau pun menggunakan button yg disediakan :D

  14. Mekar says:

    Salam Hairul,

    Sya lebih puas memanaskan makanan di atas dapur biasa walaupun ada mikrowve. Tapi kalu pegi restoran kat luar biasanya mereka panaskan guna mikrowve aje. Terpaksa telan ler..he

  15. ros says:

    adakah penggunaan oven elektrik dgn microwave mengakibatkan kesan yang sama. bagaimana pulak dgn periuk elektrik

    • Hairul Hissam says:

      Oven dan periuk nasi tidak merbahaya. Hanya microwave sahaja.
      Oven dan periuk nasi masih lagi menggunakan kepanasan haba. so tidak merbahaya.kesihatan :D

  16. titan says:

    emm..kat rumah aku ni pun ada. tapi jarang guna. kekadang aje..

  17. nizamghazi says:

    Salam Hairul. :)
    Sorry lama tak singgah sini sbb busy sgt.
    Oh microwave boleh buat kena kanser? alamak! sllu gunalah.
    Camne ye?

    Sy cukup takut kalau dpt istri yg kena kanser payudara.
    habis kecik sebelah ;P

    • Hairul Hissam says:

      Wsalam…
      yelah lama tak nampak bro nizam….
      perghhh.. nie mesti byk projek :D

      microwave nie akan meningkatkan sel abnormal dlm tubuh kita..
      kalo kalo kelenjar dlm tubuh bro masih kuat
      menghasilkan T cell yg cukup utk membunuh sel abnormal ini..
      masih ok lah…
      tapi kalo nanti dah tak kuat lagi…. bersiap sedialah :D
      Ulam2 pun bagus mengingkatkan ketahanan tubuh :D

      p/s: elok bro ingatkan bakal isteri awal2 sebelum terlambat…. :D

  18. cik tom says:

    ciktom mmg xsuka sgt guna microwave ni..

  19. Pinky Yell says:

    Assalamualaikum,

    Artikel ini memang baik dan berguna untuk kita sebagai pengguna. Sekiranya microwave telah ada di rumah gunakanlah bila perlu sahaja…iaitu untuk penjimatan masa. Sekiranya tidak lebih baik memasak secara dapur biasa. Lagi baik guna cara orang dulu-dulu..guna dapur arang atau dapur kayu. tetapi kenalah rajin untuk mencuci peralatan dapur yang cepat hitam akibat jelaga. Apa pun amalan yang diajarkan oleg Islam supaya kita bersederhana

    • Hairul Hissam says:

      Benar tu, sekali sekala digunakan tidaklah mengapa jika benar2 diperlukan. Namun sebaiknya gunakanlah dapur biasa :D

  20. Mariah bte Ramlan says:

    Assalamulaikum..Hairul Hisham….Tq…Tq..Tq…dengan info2 yang menafaatkan. Semuga Allah limpahkan rahmatnya dengan kerja2 murni Hairul..Teruskan.. ini pun satu ibadah….Insyallah…

    • Hairul Hissam says:

      wsalam…. baru je terfikir nak buat artikel ibadah dalam kehidupan.. satu motivasi terunggul .. chewahh… baru je terfikir :D .. tima kasih kerana sudi membaca artikel disini… :D

  21. sam75 says:

    En. Hairul betul ke org kata panaskan semula air dalam cerek elektrik dan menggunakan semula lebihan minyak masak pun akan menyebabkan kanser?

    • Hairul Hissam says:

      Kalo minyak yg digunakan semula tu ya la..
      sebenarnya ia akan menambahkan lagi sel abnormal di dalam tubuh kita….
      Sel abnormail ini yg menyebabkan kanser…

  22. ShashaCahaya says:

    Oh! Ye ke camni?
    Jadi elakkanlah penggunaan mikrowave oven tu.

  23. nora says:

    Breast Cancer-saya dah satu thn menjalani pembedahan BC nak tnya makanan ape yh tak bole di mkn coz saya tnya doc semua bolae makn escp.BBQ,Mayonise tak bole mkn betul ke thnk u..dan alhamdulillah semua rawatan cemo.radiotreaphy n herceptin dah hbis saya jalani n nor minta pandangan dri segi makanan dan lain2 yg saya bole avoid dri terkena BC lgi?thnk u

  24. kanser payu dara ni mmg pembunuh wanita yg utama..

    tq for info

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.