Program ijazah palsu. Cara mudah dapat kerja?

ijazah palsu

Nak cara mudah dapat kerja. Dengan hanya RM240.00, anda mampu memliki Ijazah Sarjana atau Phd dalam masa seminggu. Boleh pilih Universiti dalam atau luar negara. Nak jadi doktor, penguam, jurutera atau akauntan, tiada masalah. Kami mempunyai berpengalaman. Berminat, hubungi segera hairul.com. Cepat, tawaran harga diskaun 50% nie. Jangan risau hairul.com turut membimbing anda menjawab soalan temuduga…..

Gerenti sama-sama masuk lokap. hu.hu.hu.hu….Tak de kerja la hairul.com nak buat service nie. Lebih baik hairul.com sambung projek produk seterusnya untuk bisnes makanan kedua ini. Entah bila agaknya siap. Ok, kali ini hairul.com ingin berkongsi keratan akhbar dari harian metro. Keratan ini, Hairul.com ambil gambar guna kamera sendiri ya :D.

Senario ini amat membimbang. Sijil Ijazah dan PHD kini boleh dibeli dengan mudah menerusi internet atau laman web. Ini sangat memudahkan mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab mendapatkan sijil palsu. Seterusnya menipu majikan untuk mendapat kerja atau kenaikkan pangkat. Lebih membimbangkan sekiranya melibatkan bidang perubatan yang boleh merbahayakan nyawa pesakit.

Menurut Pakar Kriminology dan Presiden Persatuan Pemeriksa Penipuan Bertauliah (ACFE) Malaysia Datuk Akhbar Satar, 40-50 kes Ijazah dan PHD diragui dilaporkan semenjak tahun 2004. Kebanyakkannya dilaporkan oleh syarikat asing yang mendapat khidmat ACFE untuk menyiasat latar belakang pekerja.

Malangnya syarikat tempatan hanya memeriksa rekod jenayah pekerja sahaja. Dan lebih bergantung kepada sesi temuduga sahaja. JIka calon temuduga petah bercakap dan telah dibimbing menjawab soalan penemuduga. Memang mudah untuk mendapat kerja tersebut. Lebih-lebih lagi bagi mereka mempunyai pengalaman dalam bidang berkenaan tetapi tidak memiliki Ijazah. Mereka boleh menjadikan sijil palsu ini sebagai alat mendapat kerja dengan gaji yang lebih lumayan.

Hairul.com melihat ini suatu yang merugikan siswazah yang bertungkus lumus menghabiskan 3-5 tahun memiliki ijazah. Sebagai contoh dalam bidang perakaunan. Daripada masuk Universiti. Lebih baik lepas SPM terus kerja sebagai kerani akaun. Dah mahir, dapatkan sijil atau program ijazah palsu dan mohon eksekutif akaun. Tidak hairanlah puluhan ribuan siswazah kini mengganggur. Walaupun ini bukan punca utamanya, namun ia tetap menyumbangkan kepada masalah ini.

Hairul.com menggesa pihak kerajaan lebih serious membenteras masalah ini. Kenapa ya tidak disediakan satu database online untuk pihak majikan memeriksa status pendidikan pekerja. Universiti tempatan juga boleh berkerjasama menyediakan database ini untuk memudahkan pihak majikan. Inipun demi untuk kebaikkan siswazah mereka. Tidak mustahil jika masalah ini terus berleluasa, tiada siapa berminat untuk melanjutkan pelajaran di menara gading.

Tindakan undang-undang juga perlu dikenakan. Mungkin juga calon temuduga yang didapati menipu dan memiliki sijil palsu, boleh terus dimasukkan ke dalam lokap. Sebagai satu pengajaran untuk semua calon atau pekerja. Ini sekadar pandangan hairul.com.



Email Rakan Email Rakan   
Anda Di Alu-Alukan

1. Jika anda suka artikel ini, klik button LIKE. Baru saya tahu anda sukakannya.
2. Anda boleh kongsi artikel dgn klik button share di atas atau share url link
3. Untuk button "Email Rakan", anda boleh email kepada diri sendiri terlebih dahulu dan kemudian forward kepada rakan anda.
4. Kalau nak Print, tekan pada keyboard anda: Ctrl dan P serentak.


Jom Sertai Fanpage Blog Ini
Anda akan dapat resepi percuma dan artikel terbaru.
Hanya klik button Like Page dibawah:


Nak TAMBAH INCOME Dgn BISNES MAKANAN???
Persediaan Terbaik Jika Anda Dibuang Kerja



Jom Belajar Bisnes Bun, Pau Dan Pizza, Klik Disini >>>>



Jom Belajar Bisnes Kek & Deco, Klik Disini >>>>



Jom Belajar Bisnes Putu Piring, Bambu dan Mayam. Klik Disini >>>



Jom Belajar Bisnes Air, Dadih dan Dessert Hotel. Klik Disini >>>



Jom Belajar Bisnes Roti Canai Dan Murtabak. Klik Disini >>>



Jom Belajar Bisnes Aneka Cakoi dan Donut. Klik Disini >>>



Jom Belajar Bisnes Aneka Taufufah dan Air soya. Klik Disini >>>



Jom Belajar Bisnes Buat Website dan Grafik. Klik Disini >>>




1. Ebook Kek Batik Coklat Special
2. Ebook Mee Goreng Mamak Restoran
3. Ebook Potong Buah Style Hotel
4. Tips Memulakan Bisnes Makanan

Sila isikan nama pangilan dan alamat email anda.
Utk Ebook ini dihantar ke email anda pada hari ini juga

Artikel Menarik Blog Ini:
Artikel Gempak Blog Ini:
Ruangan Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!