Petua ubat demam panas tradisional dan cara menyejukkan badan. Khasiat buah kembang semangkuk.


demam

.
Kebetulan beberapa bulan lepas adik saya kena demam. Agak panas juga badannya. Dah beberapa hari, tak baik-baik demamnya. Ubat dah makan. Heran juga. Bila saya tanya “Nak abang picit kaki tak”. Dengan pantas dia kata “tak pe la”. Emak saya dah mula kerisauan. “Erol, kau beli buah kembang semangkuk”. Buah kembang semangkuk memang berkhasiat untuk ubat demam panas. Ia juga cara menyejukkan badan anda.

Saya pun belilah di pasaraya Midas. Ia dijual di bahagian rempah ratus seperti bunga lawang atau kulit kayu manis. Nak beli, kena cedok sendiri. Punyalah banyak saya cedok dan beli. Mau setengah kilo. Dah emak merungut “Buat ape la kau beli banyak-banyak ni”. he.he.he Buah kembang semangkuk ini ringan. Setengah kilo memang dah banyak. Sampai sekarang tak habis-habis biji kembang semangkuknya. he.he.he. Nasib baik la, ia tahan lama.

Antara khasiat buah kembang semangkuk ialah menyejukkan badan. Inilah petua ubat demam panas tradisional. Memang benar, adik saya sendiri mengakui khasiat buah kembang semangkuk ini. Panas badannya banyak berkurangan selepas minum air kembang semangkuk. Saya sendiri mencubanya. Badan saya rasa lebih sejuk dan kurang berpeluh seperti sebelum ini. Kalau anda cepat berpeluh, cubalah air kembang semangkuk ini. Banyak khasiatnya.

khasiat kembang semangkuk

Mungkin ada diantara anda tidak mengenali biji kembang semangkuk ini. Ia juga dipanggil buah selayar. Merupakan buah dari pokok balak di hutan yang digunakan untuk membuat perabot. Biji dari pokok hutan ini. Antara khasiat lainnya ialah mampu mengurangkan batuk. Dan buah ini biasanya ada di dalamnya air kegemaran anda iaitu lai chi kang. Memang sedap diminum bersama-sama pelbagai jenis bijian dan gula batu.

Cara menyediakan air kembang semangkuk ini mudah sahaja. Tetapi memakan masa. Anda hanya perlu meletakkan buah kembang semangkuk ke dalam gelas air dan tinggalkannya lebih 4 jam. Ia akan kembang dengan sendiri. Ada juga jenis yang cepat kembang. Ia akan kembang lebih besar dari saiz asalnya dan mengeluarkan jelly yang sangat enak dimakan. Tak perlu masak ya. Makan gitu je jellynya. Jangan lupa tambahkan sedikit gula batu ke dalam airnya untuk rasa yang lebih sedap.

khasiat kembang semangkuk

Tengok, besar kan bila dah kembang. Jika anda kena demam panas atau demam biasa. Jangan lupa petua ubat demam panas tradisional ini. Ia mudah disediakan. Yang penting ia mampu menyejukkan badan anda dan juga menstabilkan suhu badan anda. Atau ketika cuaca panas terik juga boleh minum air biji kembang semangkuk ini. Banyak khasiatnya. Buah ini juga boleh dibeli di kedai ubat cina. Semoga info ini bermanfaat. Jika anda ada petua untuk demam, kongsilah di dalam komen dibawah. tq :D

Untuk bayi yang demam pula, seorang pembaca Puan Aina berkongsi petuanya dalam komen dibawah. Katanya ramas daun bunga raya dengan air paip sahaja sehingga daun bunga raya hancur. Selepas itu, lap air tersebut pada kepala bayi. InsyaAllah reda demamnya.



Email artikel ini pada rakan Email artikel ini pada rakan


Anda dialu-alukan :D
1. Jika anda suka artikel ini, boleh klik button LIKE. Barulah saya tahu anda sukakannya :D
2. Anda dialu-alukan berkongsi artikel ini dengan button disediakan atau share url link artikelnya.
3. Utk button "Email Artikel ini pada rakan", anda boleh juga email kpd diri sendiri sebelum forward kpd rakan. (Boleh letakkan ruangan Email Anda dan Email Rakan dgn email id yg sama)
4. Kalau nak Print, tekan pada keyboard anda: Ctrl dan P serentak.


Artikel Menarik Berkaitan:


Artikel Pilihan Blog Hairul.com:









Posted on 14 Sep 2011 - Visited 59155 times, 30 so far today    81 Comments » Hak Cipta Terpelihara @ HAIRUL.COM

Ada 2 ruangan komen iaitu Komen FB dan Komen Biasa.



Komen Menerusi Facebook (Baru Dibuka June 2012)

Ruangan Komen & Pertanyaan Biasa:

 

81 Responses to "Petua ubat demam panas tradisional dan cara menyejukkan badan. Khasiat buah kembang semangkuk."

  1. fifi says:

    Salam hairul
    Dulu fi pnh minum air buah kembang semangkuk. Memang sedap.

  2. nahar says:

    Salam, petua yang menarik. Terima kasih.

    Nak tekan butang “LIKE” tapi butang tu tak jumpa. Kat mana yea…

    • Hairul Hissam says:

      Button like ada dibawah tajuk artikel dan dibawah artikel. Kalau tak de, cuba refresh semula laman web nie dengan tekan F5 kat keyboard. tima kasih ya en. nahar.

  3. Selalunya saya tambah buah getah anggur dan biji selasih selain dari gula batu. Yang eloknya diembunkan. Selain dari cara ini boleh guna daun bunga raya atau daun sirih yang di ramas-ramas. Gunakan tuala kecil dan dicelupkan ke dalam ramasan tersebut kemudian diletakkan di bahagian kepala / di dahi dan di bawah ketiak.Air ramasan dari buah durian belanda juga boleh digunakan untuk tujuan ini.

    • Hairul Hissam says:

      Terima kasih cik Ropidah kerna sudi kongsi tips yg sungguh bagus nie.. amat dihargai.:D. Tentu lebih sedap dengan getah anggur… tq ya

    • MONA says:

      maaf.. air buah durian belanda atau air daun buah durian belanda? dulu kecik2 mak guna air daunnya utk demam

      • Hairul Hissam says:

        taiping error tu.. sudah semestinya daun durian belanca… biasanya kita meramas daun bagi tujuan perubatan… :D

  4. Ijan says:

    Salam, bagus juga petua ni. kadang2 anak demam, selain ubat tak tahu nak buat apa. boleh try :)

  5. maz says:

    aslmkm w.b.t.selamat berhari raya.terima kasih info atasi demam panas td.sebenarnya buah kembng semankuk tu sering saya makan,yg terdpt dlm air lai ci kang,ingat tuk meredakn batuk aje.TQ hairul.

  6. Pn Hamiah says:

    mix dgn biji selasih dan getah anggur …lagi berkesan

    • Hairul Hissam says:

      Tima kasih Pn Hamiah atas tips tersebut :D .. tentu lebih mujarab dengan biji selasih dan getah anggur dengan IzinNya…

  7. hasmah says:

    bulan puasa lalu saya banyak gunakan buah kembang semangkok ini campur dgn biji selasi …enak..terima kasih atas maklumat

  8. nizamghazi says:

    1st time tahu nama buah kembang semangkuk ni
    nama buah selayar pun x pernah dgr. Nmpk sgt sy ni byk x thu nma buah2 ni
    Neway nice sharing bout dis :)

    • Hairul Hissam says:

      Mmg ramai yg tidak mengenali biji kembang semangkuk nie en nizam
      lebih2 lagi bagi golongan muda. Semoga artikel ini bermanfaat :D

  9. Juan says:

    mak saya dulu rajin buat minuman nih

  10. Makaji says:

    Selain dari kembang semangkuk, sirih dan daun durian belanda untuk menurunkan suhu panas ramas asam jawa dengan air basahkan kepala Insyaallah panas akan turun. Untuk pengetahuan anda daun durian belanda boleh digunakan dalam mengubat terkena sihir dan santau. Jin tidak suka dengan bau daun durian belanda tau……..!

    • Hairul Hissam says:

      Baru saya tahu khasiat daun durian belanda. Boleh berubat terkena sihir rupanya.
      Tima kasih cik Mekaji kerna sudi berkongsi petua yg bagus ini. :D

  11. mahani says:

    salam Hairul. Terima kasih untuk tips ini. Semoga dapat membantu jika perlu, insyaAllah….. Saya pernah gunakan buah kembang semangkok ni untuk buat minuman cingteng saja; tak tau pulak hasiatnya lebih dari hanya enak diminum. Terima kasih sekali lagi Hairul.

    • Hairul Hissam says:

      Wsalam cik mahani. Semoga perkongsian ini memberi manfaat bersama. Banyak juga petua yg bagus dari pembaca melalui komen mereka. tq ya :D

  12. che aini says:

    memang benar, buah kembang semangkuk ni memang sangat sangat berkesan untuk menurunkan panas badan. elok juga jika di amalkan sebulan sekali meminumnya bagi menstabil suhu badan. kalau nak sedap lagi boleh campur dengan getah anggur yang direndam sama seperti buah kembang semangkuk ni.
    ada satu lagi petua untuk mengurangkan panas badan ni. buah limau nipis.. kupas kulit buah limau nipis ni jangan sampai terkena bahagian berwarna putih. kupas lah lima atau lebih. rebuskan kulit limau ni. minumlah air rebusan limau nipis ini yang dicampur dengan air perahan limau nipis sendiri. saudara bukan saja dapat menurunkan panas badan malah jika diamalkan sekali seminggu saudara tidak mudah dijangkiti selsema. sekiranya panas badan masih tinggi air perahan limau nipis boleh digunakan untuk menjelum kepala anda. Insyaallah panas badan akan turun dengan cepat.
    selamat mencuba. insyaallah berkesan

    • Hairul Hissam says:

      Wah.. bertambah lagi ilmu perubatan saya :D .. tima kasih cik aini kerana sudi share… Saya memang suka minum air limau nipis.. nak cubalah minum air rebusan kulit limau nipis.. tentu banyak khasiatnya… tq ya :D

  13. suwaibah says:

    buah kembang??..zaman skrng lebih senang telan panadol..skrng ni saya tngh demam,biasanya di jual kat mana eak??

  14. nur says:

    salam, air kembang semangkok ni mmg sdp diminum,selain itu byk khasiat. saya juga nak kongsi cara mengubati demam panas d ape2 dmm pn blh..petua ni turun temurun keluarga saya iaitu menggunakan minyak bawang.

    Caranya ialah:
    Ambil bawang kecil beberapa biji, kemudian dicampurkan dengan minyak kelapa atau myk masak. ramas2kan bwg tersebut dgn myk td.pastu sapukan keseluruh tubuh d juga kepala.
    i’allah dengan izin allah pns demam anda akan berkurangan. klu demam campak lg cpt baik.
    selamat mencuba.

    *ada sesetengah org rimas dgn bau myk bwg ni d bdn agak melekit tapi petua ni amat mujarab..selamat mencuba..

    • Hairul Hissam says:

      Tima kasih cik nur kerana sudi berkongsi petua keluarga turun temurun nie.. Mmg susah nak jumpa petua keluarga mcm nie. Yg bagusnya ia boleh mengubat demam campak. Semoga boleh dimanfaatkan oleh pembaca blog ini.. tima kasih sekali lagi cik nur :D

  15. titan says:

    emm..panadol aje aku. Hoho..

  16. adele says:

    sy pun jenis badan panas juga..selalu kena ulser..agak2nya buah kembang semangkuk ni sesuai tak utk sy?huhu.. kalau nak cari bunga kekwa utk dibuat teh kt mna ye?

    • Hairul Hissam says:

      Boleh cuba cik adele air kembang semangkuk ini. Mmg membantu menurunkan suhu badan kita. Tentagn bunga kekwa tu, saya kurang pastilah :D

    • iansazha says:

      kalau membeli belah ke giant, tesco, c4 r mydin cuba cari kat bahagian rempah2 yg kena timbang. biasanya semua ada kat c tu. mcm2 ada. hentian setempat tuk membeli brg2 lai chi kang.

  17. cik tom says:

    first time tgk buah kembang ni…bagus jugak petua ni..boleh try cari pasni..tq!

  18. akubiomed says:

    Semasa kecil kalau demam panas ada ibu saya sediakan buah Kemabang Semangkuk untuk menyejukkan badan.

  19. MEKAR says:

    Salam Hairul.

    Buah ni selalu jumpa masa minum/makan lai chi kang. memang sedap bila tergigit. Sya jarang demam.alhamdulilah. Tapi kalu tak sihat nnti insyaAllah boleh cuba petua mudah ni. TQ

  20. che aini says:

    memang ada banyak petua untuk mengurangkan demam panas ni, selain buahkembang semangkuk, air limau nipis ada lagi petua yang bolehkita kongsi bersama. bagiorang dewasa macam kita bolehla minum air limau nipis,buahkembang semangkuk dan yang lain lain tapi bagi kanak kanak ada petua lainyang boleh di gunakan. baby,kanak-kanak yang belum mula makan makanan pepejal ni ada cara lain untuk mengurangkan demam panas ni. saya tak pasti samada saudara hairul tahu atau tidak tentang bedak batu genangsila (yang warna putih bukan pink). bedak ni sangat baik untuk mengubati kanak2 juga orang dewasa yang demam terutamanya demam selsema. selalunya kanak2 tak pandai nak hembus hingus mereka. jadi gunakan bedak ini yang dicampur dengan air asam jawa, sapukan keseluruh badan org yang demam tu kecuali kepalanya(jangan sapu dikepala)kemudian selimutkan.bagikanak kanak elok ditiarapkan mereka waktu tidur. saudara akan dapati hingusnya akan keluar termasuk kahak yang pekat. insyaallah demam selsema akan cepat sembuh dan hingusnya akan keluar, selamat mencuba

    • Hairul Hissam says:

      Tima kasih Che Aini. Mmg first time dengar tentang bedak batu genang sila. :D tanya mak tade.. katanya bedak sebuku nyonya… betul ke che aini….

      Petua yg bagus untuk bayi yang kena demam, selsema dan batuk. Cuma campur bedak ini dgn air asam jawa dan sapu ke seluruh badan bayi. Tima kasih sekali lagi che aini atas petua ini. Sungguh bermanfaat.. tq ya :D

  21. Kimmy says:

    Bagus jgk kalau ada buah ni kt rumah. Kebetulan anak selalu dpt demam..first time dengar psl petua ni. Thanks for sharing ;)

  22. Bolehkah buah kembang semangkuk menggugurkan kandungan

  23. Cikgu Hairul says:

    Saya ada cuba petua ni masa wife kena denggi baru2 ni. Malangnya suhunya tak turun pun. Rasanya kalau demam denggi atau demam panas yang berpanjangan kena juga masuk sepital. Dapatkan rawatan doktor.

  24. azrie amriey says:

    adaorg kata, kalau rasa nk demam, cpt2 minum air kopi… Tp memandangkan sy tak minum kopi, tak tau lah mujarab ke tak…

  25. Abd Zed says:

    Betui setuju, cara tradisional mmg bes. Nk nmbh sikit. Sblm bah kmbng smgkuk tu kembang tak muat gelas, ingin abe kongsikan petua mudahjer. Ambil air suam ku2 eloknya isikan dlm bekas jenis alumunium. Kmdian ambilah tuala kecikje o pa2 kain, jngn tuala lap mandi lak, nanti xder lak nak lap pas mndi. Caranyer mdah jer, celup tuala td, perah tinggaler basah2 skit, and then sapu dari paras lutut bawa ke kaki kaki tu kenaler dua sekali jngn sebelah jer lak. Pas tu lap tangan lak mulakan paras siku bawa ke ujung jari, supa ngan kaki juga dua belah. InsyAllah wat ulang2 kali, ia bransur sejuk. Smtara buah kembang smkuk td kembang bagiler mnum air tu. Selamat mencuba….

  26. saya dan ibu saya demam selsema, bagaimana hendak mengatasi masalah ini?

  27. ahmad says:

    salam.adk en.hairul umur brape?blh x diberi kepada baby 1thn?

  28. haninawawi says:

    Alhhamdulillah, saudara Hairul telah banyak menyampaikan petua yang berguna. Saya nak sentuh tentang demam dan cara menurunkan suhu badan. Insya Allah mujarab juga tapi kena sabarlah. Kalau anak saya demam saya campurkan gandum dengan asam jawa dan tampal pada dahi juga ubun-ubun. Tak perlulah beli cool fever. Cepat gak sejukknya.

    • Hairul Hissam says:

      Tima kasih Puan hani kerana sudi berkongsi petua keluarga tu. First time saya dengar. Tentu mujarab dengan IzinNya. Lepas nie kalo demam bolehlah cuba petua puan hani. tqvm ya…

  29. AD says:

    Selain dri itu.. Hmm.. Saya rase, cbe kalau try mnum 100+ or air kelapa.:-)

  30. kamalia says:

    stengah kilo bulih buat kenduri laicikang..hihihi tp sememangnya buah ni sgt mujarab.bru mggu lps kakak sy demam panas.2x ke hospital tp msih xkebas.pilihan terakhir,minum air kembang semangkuk n alhamdulillah,demam beransur pulih.memang buah ni AJAIB!

    • Hairul Hissam says:

      Buat kenduri pun belum tentu habis..he.he.he..
      Mmg mujarab kan cik kamalia…
      Memang ajaib dengan IzinNya… :D

  31. khairul says:

    bby leh gna ke cra ni?

  32. aina says:

    saya ada try petua ini tp demam saya xok gak..tp petua ini mmg bagus

  33. yana says:

    assalam. tq sharing. anak buah yana skrg tgh demam panas suhu hingga 44.merisaukn jgk. mntk2 dia cpt sembuh.rindu dgn gelagat aktif dia.. amin

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.