Tentunya ramai pernah merasai menu KFC iaitu coleslaw yang lazat ini. Hidangan western salad appetizer ini memang sedap dimakan ketika sejuk. Tapi tahukah anda cara membuat resepi coleslaw ini amat mudah. Manakala bahan-bahan di dalam coleslaw recipe tidaklah banyak. Ditambah lagi dengan mix vege, menjadikan ia lebih berkhasiat.
Jika anda membuatnya sendiri, gerenti lebih sedapa dari KFC menu – Coleslaw. Secara ringkasnya bahan-bahan yang digunakan ialah Kobis, mix vege, mayonis, gula dan garam. Boleh tambah sedikit thousand island ke dalam coloslaw untuk menjadikan ia lebih sedap dan lazat. Tanpa membuang masa, jom belajar membuatnya..
Bahan – Bahannya

.
1. Kobis, 2. Mayonis, 3. Mix Vege, 4. Garam dan Gula
Sukatan mengikut citarasa.
.
Cara-cara Membuatnya
.

.
Langkah 1: Potong Kobis kepada 4 bahagian. Seterusnya potong dan buang bahagian keras seperti di gambar disebelah kanan.
.
.

.
Langkah 2: Kita mula potong atau hiris kobis dari bahagian bucunya. Dan hiris senipis yang boleh. Lebih nipis lebih cantik. Pastikan pisau benar-benar tajam.
.
.

.
Langkah 3: Masukkan hirisan kobis ke dalam mangkuk besar. Seterusnya masukkan mayonis, mix vege, gula dan garam secukup rasa. Kemudian gaul sehingga sebati dengan menggunakan garfu. Jika ada thousand island, boleh juga ditambah untuk menyedapkannya.
.
.

.
Langkah 4: Setelah siap gaul, bolehlah terus dihidangkan untuk dimakan. Resepi ini sangat sedap diletakkan ke dalam burger atau roti dengan coleslaw. Yummyyy
.
Selamat Mencuba.


















mixvege tu tak payah masak dulu ke?
Tak perlu cik nana… tapi kena basuh bersih2 la…
kobus pown sama gak.. tak perlu masak dulu..
selamat mencuba
mix vege tu yang ada dijual kat pasaraya mana2 kan?
Biasanya mmg ada dijual dimana2 pasaraya. cik nora.
sy suka mix vege brand wattie’s. lebih sedap berbanding brand lain.
Boleh saya cuba mix vege brand waffle nanti. tqvm ya Puan Sazha..
aiyokkkk bukan brand waffle. tp wattie’s. salah taip ea.
Oh tak mengapa…
Waaahhh….nmpak sedap…nmpak mcm senang je nk buat…..pasti boleh cuba
mmg senang watnya… tapi kobis kena potong halus2 .. baru sedap…. tq…
Resepi “KENTANG PUTAR KFC” ada tak…???
Kat hotel dulu.. tak pernah plak wat kentang putar..
so tak dapat la nak bagi resepi nya.. tq
tngat plak 1 ktika dl gara2 nk wat cslaw sndr,sy pkai kubis yg warna ungu 2…rs nyer ok,cm warna nyer agak ln mcm coz b4 this cslaw warna nyer putih,ttiba warna nyer jd ungu,seram gak nk mkn..hehehe…sy letak susu pekat ckit…now dh jd trademark sy..hehehe
memang meriah puan kalo coleslaw berwarna warni nie..
p/s: kalo letak susu pekat memang bertambah sedap dan lemak..
masa kat hotel dulu.. potong buah honey dew ngan buah2 yg lain..
gaul ngan mayonis ngan susu pekat.. memang kaw…
senang upanya….ciss…yeah…mlm ni try buat 4 bestday my moms thnx upload menu senang ni
slmt ari jadi untuk ibu cik meimei…
tentu lebih meriah dgn coleslaw..
cuma kena potong nipis2.. baru sedap dan cantikk..
pastikan pisaunya tajam.. ya.. tq..
Salam Hairul. Baru sya tahu cara nak potong kobis menyerong di tengah tu. Baru kelihatan halus kan. Tq sudi kongsi tipsnya.
Wsalam… benar tu cik mekar… cara tu lebih halus…
coleslaw nie kena buat halus .. baru sedap… tq cik mekar…
tengah buat ebook percuma mee goreng mamak… ntah.. boleh siap tak hari nie…
sagat pakai penyagat besi(yg mcm2 paten) tu pun halus juga kan! Tak perlu guna pisau
kalo guna pisau mmg leceh cik mekar… elok guna penyagat je..lagi senang
As salam, en hairul.
nak tanya resepi untuk cheesy wedges ada tak? saya teringin nak membuatnya sendiri. TK
wsalam.. maafkan saya. tak pernah pula saya membuat nya di hotel dulu :d
as salam…
thanks 4 d resepi…dah cuba dan memang sedap…cuma kadang2 bila buat saya tambah karot yg di parut halus dan penah juga campurkan hirisan nenas manis dan kismis memang menyelerakan walau dimakan begitu sahaja. thanks hairul berkongsi resepi.
nak tanya sikit…kalau buat salad buah-buahan boleh tak buat macam ni sahaja. sayang kekadang buah tak habis dimakan.
Wsalam.. Memang sedap cik suzimah.. Yg penting kena potong kobis halus2..
Wah bagus tu tambah hirisan nenas dan kismis.. tentu sedapkan…
Mmg sedap juga potong dadu buah-buahan dan gaul dgn mayonis.. kalo nak sedap lagi tambah susu pekat dan juga thousand island.. Masa kerja cold kitchen dulu mmg selalu gak sediakan salad buah simple mcm tu… Tapi masa saya kerja western restoran dulu.. ada resepi salad buah yg lebih sedap. Tapi entah letak mana resepinya…nak kena carik semula resepinya..hu.hu.hu..
coleslaw nie sebijik cam coleslaw kat mrybrown..hahaha
resepi coleslaw semua sama je.. cuma kena potong lebih halus.. lebih menarik
mix vege x perlu rebus dulu ke?
tak perlu cik humaira tapi kena basuh bersih2 la dulu
yup..mmg sedap & senang je nk wat..
tp sy tambah susu segar sikit, lemak2 gitu…hehehehe
tentu lebih sedap tambah susu segar atau susu pekat.. tq cik Shaznie…
huuhhhh sedap nye, nanti kak cuba .
semoga berjaya..
nal lg sedap, boleh tambah kobis purple 2… pas2 masukkan sekali popcorn chicken/daging burger yg dicincang dan digoreng. sebelum mkn, masukkan dalam peti sejuk. mmg sedap.. klU Nk kelainan, tambah sikit serbuk lada putih…
Memang sedap tu…
cubalah… bg rasa berbeza dari coslow KFC..
Nanti saya cuba.. tqvm ya cik azriey…
welcome
ni makanan kegemaran leh le buat tak payah le beli kat KFC lagi tima kasih banyak banyak bagi resepi ni.
Nanti, hari-hari boleh makan en zol