Ramai juga yang bertanya cara pembayaran dan kiriman wang dari luar negara untuk pembelian pakej saya. So elok saya terangkan disini cara pembayaran ke luar negara menggunakan Telegraphic Transfer (TT). Service ini disediakan oleh semua bank di seluruh negara. Yang bestnya, service ini membolehkan wang dihantar terus ke akaun bank penerima. Ini sangat memudahkan penerima atau penjual.
Caranya amat mudah. Anda tidak perlu mempunyai akaun bank di bank berkenaan. Anda hanya perlu pergi ke mana-mana cawangan bank berdekatan. Seterusnya meminta borang Telegraphic Transfer atau borang Remittance Application dan isi borang tersebut. Seterusnya membuat pembayaran. Mudah kan. Anda boleh membuat kiriman wang ke mana-mana bank diluar negara.
.

.
Langkah-Langkah Pembayaran Menggunakan Telegraphic Transfer
Langkah 1: Minta borang telegraphic Transfer dari bank dan isi borang Tersebut
Langkah 2: Hantar Borang ke kuanter bank dengan wang bayarannya. Untuk Maybank dikenakan charge bank RM10
Langkah 3: Maklumkan kepada penerima wang. Biasanya mengambil masa 1-3 hari bekerja bergantung pada bank.
Untuk maklumat anda, setiap bank borangnya berbeza. Namun maklumat atau ruangan perlu diisi lebih kurang sama sahaja. Dibawah ini merupakan maklumat yang wajib diisi.
1. Tick atau tandakan pada kotak Telegraphic Transfer
2. Matawang dibayar dan Jumlahnya: contoh MYR 60
3. Butiran Pemohon (Anda) iaitu Nama, IC dan Alamat Anda
4. Nama Penuh Penerima Wang (wajib)
5. I/C penerima wang optional sahaja. Tidak wajib diisi.
6. Nama Bank dan Nombor Akaun Bank Penerima Wang (Wajib)
7. Swift Code Bank Penerima (Wajib)
8. Alamat Bank Penerima Wang. Elok Isi
Sebagai Contoh, anda ingin membuat pembayaran ke akaun bank saya untuk pembelian Pakej saya. Dibawah ini merupakan maklumat tentang akaun bank negara saya.
MYR 60
Nama Penuh: Mohd Hairul Hissam
Nama Bank: Malayan Banking Berhad
No Akaun: 151128083293
Alamat Bank: 85-87, Jalan Dedap 6, Taman Johor Jaya, 81100 Johor Bahru Johor Malaysia
Swift Code: MBBEMYKL (Sama untuk semua maybank diMalaysia, jika tiada ruangan swift code, boleh masukkan di ruangan alamat bank. Ia sebenarnya maklumat tentang bank penerima)
Untuk pembelian pakej saya dari luar negara, email saya terlebih dahulu di kincin85@hotmail.com untuk mendapatkan kos penghantaran ke negara anda. Sebelum ini saya pernah menghantar ke Brunei, Indonesia, Singapore dan US. So far semuanya selamat sampai menggunakan pos berdaftar dari Pos Malaysia. Sebenarnya anda boleh buat Telegraphic Transfer melalui online banking. Tapi lebih elok anda ke cawangannya, mengisi borang dan mendapatkan bantuan pegawai jika diperlukan.

















first time aku dengar nih. hehe..
dulu saya kerja akaun bro.. mmg biasa guna TT transfer nie utk byr pembekal diluar negara…
bagusnya, pengalaman lama diguna utk kerja sekarang…mmg terbaik!
Alhamdulillah, segala pengalaman kerja akaun dan hotel tidak disia-siakan.. Penat dulu senang kemudian
bagus juga nih, cuma buat masa ini x perlukan saya bank in duit utk luar negara
Nanti bisnes en juan dah maju sampai ke luar negara.. mmg memerlukan tt transfer utk pembayaran ke luar negara..
Salam..
Address tu mesti guna bank address ke? Klu x sma addrss duit x smpai ke?..
Sebenarnya Swift code dah menunjukkan detail ttg bank berkenaan. Setahu saya mana-mana alamat bank dinegara berkenaan boleh digunakan. Apa-apa pun elok rujuk kepada pegawai bank berkenaan..
Kalau di negara tersebut ada bank yang sama dengan negara kita mcm mana?
Setahu saya tetap menggunakan TT transfer en Hafiz
Terima kasih berkongsi cara TT ni. Tak pernah tau, tp sekarang baru tau. hehe
Moga makin murah rezki bro. =)
tima kasih kembali bro. Syarikat2 mmg biasa guna TT nie utk pembayaran supplier di luar negara..
swift code ni lain2 ke tiap bank??awk ckp same
klu saya search kat mr.google, dia ckp ada lain2… http://www.theswiftcodes.com/malaysia/
so kene tanye ngan bank tu laa ape swift code dia?? ^____^ thanxss
Eh.. saya tulis no kod tu sama untuk semua maybank dimalaysia.. bukannya sama utk semua bank di malaysia…
salam…blh saya tahu nk menggunakan TT nih castemer yg di singapura kena convert dulu dari dolar singapura ke RM ke x perlu???terima kasih..
Wsalam, biasanya boleh suruh pihak di sana bayar dalam matawang RM… nanti kaunter bank disana akan convert pada singapore dollar. Apa2 pun elok check dgn pihak bank di sana.
saya tersalah hantar wang ke pekerja indonesia,salah account,jadi saya call orang yang dapat wang itu dia x nak mengaku n beri balik wang itu.Macam mana caranya saya nak dapatkan kembali wang itu,tolong laaaaa….saya kena marah denagn boss ni.
Elok contact pihak bank segera. Minta tolong dari pihak bank
sy nak mnta tlh..mcmna nak buat pengiraan pertukaran mata wang indonesia ke malaysia??
saya ada try..tpi tkt tak betul
Elok dapatkan nasihat dari pihak bank