Cara menangani stress di tempat kerja di dalam Islam

happy

.
Memang tidak mudah menangani stress atau tekanan terutamanya di tempat kerja. Kena pula dengan bos yang cerewet. Semuanya nak cepat. Pantang silap sikit, mulalah bising. Ada juga tempat kerja yang bosnya baik, tapi pekerja pula buat perangai. Semua nak jadik bos. Yang tak sedar macam bossy pun ramai. Dah macam-macam perangai ada. he.he.he…

Sebenarnya stress di tempat kerja banyak disebabkan orang-orang disekelilingnya. Jika anda berjaya menyesuaikan diri dengan perangai staff dan bos anda. Ia sangat membantu mengurangkan stress kerja anda. Namun di sini saya ingin berkongsi satu sahaja tips di dalam islam yang mampu membantu mengurangkan stress. Bukan sahaja stress ditempat kerja, malah apa jua stress atau tekanan di dalam kehidupan kita.

Tips ini selalu kita dengar di dalam kelas atau ceramah agama. Namun tidak ramai yang mempraktikkan. Mudah sahaja tipsnya iaitu redha akan ketentuan Ilahi. Redha ini bermaksud kita menerima segala hasil usaha kita samada baik atau buruk dengan hati yang berlapang dada atau dengan hati yang ceria. Ia merupakan salah satu rukun Iman di dalam Islam. Iaitu Beriman kepada Qada dan Qadar.
.

happy

.
Namun kunci disebalik redha ialah anda perlu redha dari awal lagi. Sebagai contoh, semasa berusaha menyiapkan projek atau kerja, anda telah setkan dalam minda anda. Apa sahaja hasilnya samada baik atau buruk, anda akan redha atau terima. Anda telah setkan awal-awal yang anda akan terima dengan hati terbuka apa sahaja hasilnya. Kerana anda tahu, kehidupan ini bukan milik anda. Ia milik Pencipta kita. Oleh itu terpulanglah kepada Pencipta untuk menentukan apa sahaja untuk kita. Yang pasti ketentuan Ilahi adalah yang terbaik untuk kita.

Tahukah anda, kebanyakkan stress berpunca dari keinginan di dalam diri kita. Dan keinginan ini dibina dari awal lagi. Contohnya semasa menduduki SPM. Dari awal, kita sudah setkan dapat 9A. Hari-hari kita belajar dengan keinginan dan keazaman kuat mendapat 9A. Hari-hari kita membina keinginan ini untuk dapat 9A. Dan apabila keputusan keluar, dapat pula 9E. Itulah yang sampai menangis dan kesedihan. Jika diluar negara, ada yang sampai membunuh diri. Punca utamanya ialah keinginan yang dibina bertahun-tahun tidak kesampaian. Sama konsepnya dengan mereka yang putus cinta.

Sebenarnya kita telah dididik semenjak kecil untuk berazam kuat mendapatkan sesuatu. Inilah salah satu punca ramai menghadapi stress atau tekanan dalam kehidupan apabila dewasa. Oleh itu kita perlu mengubah kepada garis panduan yang diajar di dalam Islam. Islam mengajar kita untuk berusaha, bertawakal dan redha. Ini konsep berusaha yang sebenar. Sentiasa terus berusaha. Sentiasa berserah kepada Ilahi. Dan sentiasa menerima ketentuannya dengan hati yang berlapang dada. Ini sangat membantu anda meneruskan kehidupan dan setiasa ceria. Mulakan dengan mempraktikkannya. Semoga tips ini bermanfaat.

P/s: Untuk detail konsep usaha, doa dan tawakal, bacalah satu lagi artikel menarik tentang cara menghilangkan stress


Email Rakan Email Rakan   

Anda Di Alu-Alukan

1. Jika anda suka artikel ini, klik button LIKE. Baru saya tahu anda sukakannya.
2. Anda boleh kongsi artikel dgn klik button share di atas atau share url link
3. Untuk button "Email Rakan", anda boleh email kepada diri sendiri terlebih dahulu dan kemudian forward kepada rakan anda.
4. Kalau nak Print, tekan pada keyboard anda: Ctrl dan P serentak.

Jom Sertai Fanpage Blog Ini
Anda akan dapat resepi percuma dan artikel terbaru.
Hanya klik button Like Page dibawah:




1. Ebook Kek Batik Coklat Special
2. Ebook Mee Goreng Mamak Restoran
3. Ebook Potong Buah Style Hotel
4. Tips Memulakan Bisnes Makanan

Sila isikan nama pangilan dan alamat email anda.
Utk Ebook ini dihantar ke email anda pada hari ini juga
Artikel Special Blog Ini:

KOLEKSI TESTIMONIAL BISNES MAKANAN
(Klik Arrow Kanan Utk Testimonial Seterusnya)


Artikel Menarik Blog Ini:

Nak TAMBAH INCOME Dgn BISNES MAKANAN???
Persediaan Terbaik Jika Anda Dibuang Kerja


Belajar Bisnes Bun, Pau & Pizza (Klik Sini)


Belajar Bisnes Kek Harijadi (Klik Sini)


Bisnes Putu Piring, Bambu & Mayam (Klik Sini)


Bisnes Air, Dadih & Dessert (Klik Sini)


Bisnes Roti Canai & Murtabak (Klik Sini)


Bisnes Aneka Taufufah & Air soya (Klik Sini)


Bisnes Buat Website & Grafik (Klik Sini)


Artikel Gempak Blog Ini:

Comments

  1. says

    Terima kasih di atas panduan yang diberikan. Melihat kepada panduan yang diberikan ianya ringkas sahaja tetapi amat berkesan kalau kita amalkan.terima kasih daun keladi

    • Hairul Hissam says

      Tq kembali en. tarmizi. Semoga artikel ini menjadikan hidup en. Tarmizi dan pembaca lebih ceria. tq ya 😀

  2. says

    tips n mmg bnr2 mbantu sy kerna sy mmg tgh stress!!!!!!!!!pokok pangkal back to the basic….tq en hairul…

    • Hairul Hissam says

      tima kasih kembali cik Haidar..
      benar tu .. back to the basic…
      basic dalam ajaran Islam adalah yg terbaik.. tq cik Haidar..

  3. amin says

    slm En Hairol, memang awak tak kenal putus asa,apapun tahniah!walaupum awak masih muda tapi awak ada banyak idea, teruskan…

    • Hairul Hissam says

      Wsalam En. Amin. tima kasih atas kata2 semangat tu…
      InsyaAllah akan terus berusaha…. tq ya 😀

  4. says

    Salam. Artikel ini memang bagus. Stess akan ada di mana-mana selagi kita bernyawa. Apa saja yang dihadapi itu adalah ketentuan Ilahi. Manusia diberi akal, gunakanlah sepenuhnya ke jalan yang diredhai. Bagi saya apabila mendapat dugaan dalam hidup, pertama yang saya ingat ialah ALLAH. Mengadulah kepada ALLAH. Amalkan amalan yang dibawa oleh Nabi Mohammad SAW. Zikir, istiqfar, tahajud, bersangkabaik dan banyak lagi yang boleh kita amalkan.

    • Hairul Hissam says

      Wsalam, tima kasih cik latiffah atas tips yg sungguh bagus tu..
      Sebenarnya Islam telah memberi panduan yg cukup baik,
      cuma kita je nak mengamalkan atau tidak.. tq ya 😀

  5. says

    sllu stress kena tarik nafas…cuba berselawat byk2..mana tahu kita blh kwal tekanana dlm cara yg baik :)

    • Hairul Hissam says

      tima kasih cik suri atas tips tu.. mmg bagus ..:D
      apabila stress pernafasan dan perjalanan darah kita akan berlaku lebih cepat..
      tarik nafas perlahan2 dan dalam2 dapat membantu mengurangkannya.. tq ya

  6. says

    Bukan setakat org yg bekerja di pejabat saje mengalami stress, malah seorg surirumah juga ada stress nya.Kita kena pandai kawal diri. krn stress yg melampau juga tidak bagus utk kesihatan diri

    • Hairul Hissam says

      Memang benar tu cik mekar…. selagi kita manusia dan selagi kita mempunyai emosi.. selagi itulah kita tidak terlepas dari stress… mcm kata cik mekar kena bijak mengawal diri.. tq ya 😀

  7. says

    Mungkin boleh diberikan contoh cara islam menangani stress. Banyak buku-buku ilmiah barat diterbit berbanding penulis islam.

    • Hairul Hissam says

      tq atas cadangan tu bro :D… sebenarnya byk panduan dari alquran dan sunnah.. cuma Ajaran Islam ini lebih banyak menyuruh kita berfikir dan tidak memberi secara direct….

  8. says

    Yang penting sentiasa berfikiran positif, berusaha dan tawakal 😉

    • Hairul Hissam says

      benar tu cik luvleey..
      fikiran positif akan menceriakan hidup kita.. 😀

  9. says

    memang bagus artikel ni. stress dalam kerja boleh menyebabkan pelbagai penyakit. moga artikel ni dapat membantu mereka yang stress di luar sana.

    • Hairul Hissam says

      tima kasih En. Afzal kerna sudi membaca :D…
      Stress menyebabkan sistem imun kita lemah dan menyebabkan kita terdedah kpd pelbagai jenis penyakit… tq ya..

  10. says

    ingat dulu zaman keje makan gaji memang selalu jugak alami situasi stress kat tmpt keje. stress bukan sbb bos tp sbb rakan sekerja yg cuba nak jadi bos & bodek bos. alhamdulillah, skrg ni dah bebas. apa2 pun, tips hairul bg ni mmg menarik :) tahniah.

    • Hairul Hissam says

      Wah.. hebat en. shukairi.. dah bebas ye sekarang ngan bisnes :D. tahniah.
      p/s: betul tu, ramai sangat nak jadik bos kat tmpt kerja. tu yg pening kepala 😛

      • Norzi says

        terima kasih…di atas tips2 yang sangat berguna..

        • Hairul Hissam says

          tima kasih kembali cik norzi.
          semoga bermanfaat.. tq 😀

  11. says

    Stress ni kalau tak kawal boleh sebabkan penyakit kronik. Dari Dia kita datang, kepada Dia kita mohon perlindungan. Asasnya kembali pada ajaran, pasti selamat

    • Hairul Hissam says

      Benar tu En. Zaini, mohon petunjuk dan pertolongan Ilahi adalah yg terbaik… tq

  12. salmah says

    terima kasih atas tips menangani stress. mohon dikongsikan bersama rakan fb untuk dimanfaatkan semua

    • Hairul Hissam says

      tima kasih kembali cik salmah..
      yap boleh dikongsi link artikel.. tq ya.. 😀

  13. Farah Natasha says

    Terima kasih krn berkongsi.Sy setuju sgt dgn cara tu.Sblm nie sy tak pernah nk praktik kan cara tu, bile berlaku suatu situasi yg betul2 buat sy jatuh, barulah sy benar2 bljr redha, tawakal.tak lupakan usahakn ape yg tertggl sblm2 nie..

    TQ en.hairul krn berkongsi dan mengingatkan kite sume :)

    • Hairul Hissam says

      Mmg bagus diamalkan cara dalam islam ini.. insyaAllah lebih tenang… semoga bermanfaat.. 😀

  14. nik izan says

    ‘like’ u’re comment….skrg tgh stress ni sampai tak sihat….

    • Hairul Hissam says

      Semoga cepat sembuh dari stress tu ya…. tenangkan fikiran ya.. 😀

  15. amal says

    salam, alhamdulillah, dapat jumpa dan baca artikel nie..2 hari lepas baru je kena tengking dengan pensyarah dekat tempat keje. Mujur saya tak melawan dia…mujur lah, masih dapat bersabar, agaknya, Allah nak saya sabar dengan dia..tq hairul untuk panduan yang diberikan.

    • Hairul Hissam says

      Wsalam, tidak kasih kembali. Islam sememangnya mengalakkan kita bersabar. InsyaAllah ada ganjaran disebaliknya. Dan percayalah, mereka akan dapat balik apa yg mereka buat. 😀

  16. riza says

    Hala tuju kita akhirnya kepada Allah S.W.T. Kita bekerja, berusaha, bertawakal, kerana Allah S.W.T, bukan kerana makhluk yang diciptakanNya. ‘Stress’ tidak timbul sekiranya kita sedar hasil kerja kita hanya untuk mendapat pengiktirafan daripadaNya kelak.

    • Hairul Hissam says

      Setuju dengan cik riza. Jika niat kerana Allah.. InsyaAllah hati akan lebih tenang dan bahagia.. tima kasih di atas nasihat tersebut…

  17. says

    sedang cuba meredakan stress sedikit demi sedikit dengan menguatkan istilah redha pada setiap ketentuan Illahi pada diri sendiri.. terima kasih atas perkongsiannya

    • Hairul Hissam says

      Semoga artikel nie membantu wana menangani stress. Cara lain ialah kurangkan berfikir ttg masalah dan rilekkan badan..

  18. As says

    Dalam banyak2 artikel atasi stress, ni yg paling ringkas tp sangat2 betul, stress sbnrnya sbb individual tu sendiri tlalu nk capai yg telah disetkan dlm minda, kmdian takut utk terima keputusan, kesan atau respon pihak lain…sdgkan Islam ajar, usaha,tawakal, redha…
    Terima kasih Allah
    Terima kasih penulis

    • Hairul Hissam says

      Bersama2 kita amalkan untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat. insyaAllah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *