Bahaya Minuman Ringan Pada Kesihatan. Tak takut keeeeee…



.
Mula-mula ingat nak letak gambar putu piring coklat ferrero rocher. Special beb. Tapi bila fikir2 balik. Elok tunggu jee laa pakej dilancarkan. Baru gempak kan. heeee. Hmmmm, ramai betul nak pakej nie disiapkan cepat-cepat. Sorry laaa. Cara saya…. Slow and steady. Yang penting pakej dihasilkan berkualiti. Sabarrrr yeee.

Bahaya Minuman Ringan Pada Kesihatan.

Kembali kepada tajuk artikel blog ini iaitu bahaya minuman ringan pada kesihatan. Info ini dari Akhbar Utusan Persatuan Pengguna Pulau Pinang keluaran Sept-Oct 2012. Memang banyak keburukan minuman ringan ini. Tidak hairanlah ramai menghidapi pelbagai jenis penyakit diusia muda. Jom kita baca antara risikonya

1. Gula dan asid dalam minuman ringan boleh mereputkan gigi dan merosakkan saraf dibawah gigi.

2. Kola mengandungi paras asid fosforik yang tinggi dikaitkan dengan masalah ginjal seperti batu karang.

3. Pemanis di dalam minuman ringan dikaitkan dengan peningkatan risiko sindrom metabolik, diabetes dan penyakit jantung.

4.Asid fosforik dalam minuman ringan dikaitkan dengan risiko tulang patah atau osteoorosis.

5. Tin minuman dilapisi damar (resin) yang mengandugi BPA adalah bahan penyebab kanser dan boleh menganggu sistem endokrin.

6. Natrium benzoat yang ditemui di dalam soda boleh memberi tindakbalas pada badan seperti ruam, asma dan ekzema.

Jika anda sukakan minuman ringan. Elok kurangkan untuk kesihatan jangka panjang anda. Sekali sekala minum ok lah. Sebab badan kita mempunyai sistem pemulihan sendiri selagi pengambilan tidak berlebihan. Banyak lagi info kesihatan yang menarik dari Akhbar Utusan Pengguna Pulau Pinang. Di JB ada dijual di Kedai Buku Badan, Angsana Mall. Semoga bermanfaat.
.



Email artikel ini pada rakan Email artikel ini pada rakan


Anda dialu-alukan :D
1. Jika anda suka artikel ini, boleh klik button LIKE. Barulah saya tahu anda sukakannya :D
2. Anda dialu-alukan berkongsi artikel ini dengan button disediakan atau share url link artikelnya.
3. Utk button "Email Artikel ini pada rakan", anda boleh juga email kpd diri sendiri sebelum forward kpd rakan. (Boleh letakkan ruangan Email Anda dan Email Rakan dgn email id yg sama)
4. Kalau nak Print, tekan pada keyboard anda: Ctrl dan P serentak.


Artikel Menarik Berkaitan:


Artikel Pilihan Blog Hairul.com:









Posted on 14 Nov 2012 - Visited 9438 times, 129 so far today    79 Comments » Hak Cipta Terpelihara @ HAIRUL.COM

Ada 2 ruangan komen iaitu Komen FB dan Komen Biasa.



Komen Menerusi Facebook (Baru Dibuka June 2012)

Ruangan Komen & Pertanyaan Biasa:

 

79 Responses to "Bahaya Minuman Ringan Pada Kesihatan. Tak takut keeeeee…"

  1. Melatiqistyna says:

    Nasib baik kami org bkn peminat tegar minuman bergas… :)

  2. beckhrooy says:

    minuman ringan ni susah juga nak tinggalkan tapi ambil sikit tu ok kan bro

    • Hairul Hissam says:

      nie mesti dah ketagih minuman ringan nie :D
      Kalau tak berlebihan, insyaAllah badan masih boleh mengawalnya.
      Elok juga banyak exercise atau senaman utk organ dalam badan lebih kuat membersihkan kotoran dalam bdan.

  3. ciknor says:

    saya memang tak gemor minum nih. feveret saya teh kosong aje, boleh le tu kot…

  4. chef_faizul says:

    dah tak minum minuman segera nie.. air yg boleh buat sendri kt umah contohnya sirap, sunquick, etc pon dh tak minum.. Air kosong je rutin sekarang nie.. :D

  5. Memang banyak keburukan minuman ringan ni kepada kesihatan kita. Eloklah dikurangkan pengambilannya.

  6. Affan Ruslan says:

    Jarang beli minuman ringan mcm coke, pepsi dll.
    Kalau beli, mesti tak habis walaupun saiz tin tu kecik je. Hehe
    Tapi kalau ada org beli, minum jugak. Pada kuantiti yg sikit.

  7. akubiomed says:

    Ketika usia muda kita masih boleh menerima apabila berusia banyak sistem pertahanan kita semakin lemah dan macam-macam penyakit mula timbul. Elok dari usia muda mengawal tabiat suka minum minuman ringan.

  8. nurmisnan says:

    minum air gas terutama mcm COKE ni ibarat kita minum
    clorok.. cuci perut tuh…

    • Hairul Hissam says:

      Teringat plak video youtube yg bersihkan tandas jamban tu guna *************. Memang bersih berkilat kan cik nurmisnan. heeee :D

  9. Mmg bahaya sangat. Tapi tabiat manusia – selagi belum terhantuk…..

  10. Nadot says:

    tau tak sehat…tp susah tul la nak benti..tu yg obese ni.. huhuhu

    • Hairul Hissam says:

      Tak silap, dalam akhbar tu ada bgtaw kesannya pada obesity…Elok usahakan kurangkan pengambilannya utk kesihatan jangka panjang :D

  11. azriey amrie says:

    salam, sy kurg minat minuman bergas ni.. sbb sy xsuka sendawa bergas 2.. lg2 klau minum coke, sendawa smpai kehidung…

    • Hairul Hissam says:

      Kalau sekali sekala minum.. mmg sedawa nyee menusuk kalbu, saya pun kurang suka coke :D

      • azriey amrie says:

        dulu masa sy sekolah, ada budak2 pompuan cukup suka minum coke sambil mkn panadol.. xtaulah tujuannya utk apa, tp bunyi mcm xbaik utk kesihatan je…

        • Hairul Hissam says:

          Mmg ada yg buat utk hilangkan stress, cik azriey.. tapi ia bukan cara yg baik kerana banyak kesan sampingan kpd kesihatan.. :D

  12. cik tom says:

    dulu fevret..tp dh masuk alam pekerjaan ni ciktom kureng minuman ringan..

  13. donnyien says:

    lama juga tidak update blog ni, welcome back!..

    paling bagus minum air kosong suam.. kurangkan manis-manis dan minuman ringan ni.. tq bro

  14. amie says:

    Hai, hairol…lama saya xtgk e-mail… maaflah saya xsihat… saya baru jer 2 minggu keguguran. saya hilang baby yg baru umur 5 minggu, sedih rasanya sbb saya mmg dah lama hoping for the next baby…anak sulung saya dah umur 6 thn…saya sekarang dah semakin sihat, dah masuk office and try lupakan apa yang berlaku…tapi bila saya berseorangan perasaan kehilangan itu tetap datang walaupun ianya hanyalah segumpal darah yang keluarnya tidak menyakitkan saya… tapi runtun hati saya tetap hiba seolah olah saya kehilangan bayi yg cukup sifatnya…saya sekarang ni berpantang seperti org yg baru bersalin…saya xminum ais, makan benda2 yg sejuk, xangkat berat. sekarang setiap kali saya melihat barangan bayi, melihat bayi satu perasaan yg halus datang dan memberikan impak yang amat pedih… saya xtahu bagaimanakah saya agaknya sekiranya saya kehilangan anak yg sudah berada didepan mata saya… dan sekarang saya fahan perasaan seorang ibu yg kehilangan anak…..

    • Hairul Hissam says:

      Simpati saya pada cik amie. Banyak bersabar dan angaplah ia satu dugaaan menguji keimanan kita. Semua org pasti akan diuji cuma cara dan masanya berbeza. Mmg kuat kasih sayang ibu terhadap anak… Semua ibu pasti merasai. Tapi kita perlu mendidik diri kita bahawa segalanya milik Allah. Bukan kepunyaan kita. Ia satu amanah utk dijaga. Bukan milik kita. Ia tetap akan dipulangkan kepada Pemiliknya. Jika kita mendidik diri kita bahawasanya semuanya milik Allah, insyaAllah kita lebih bersedia dengan kehilangannya. Banyak bersabar ya Puan, tentu banyak hikmahnya…

  15. amie says:

    lupa nak komen pasal minuman ringan…saya bukannya penggemar minuman ringan..sbb kdg2 kalau ada kat rumah pun saya akan tambah dengan air kosong …sbb manisnya sengal sampai ke otak… biasanya kalau saya ke restoren fast food saya akan tukar minuman saya kepada minuman lain seperti fresh orange ataupun fruit jus…

    • Hairul Hissam says:

      Saya pun lebih suka fresh oren dari minuman ringan nie… lagi banyak khasiatnya. Mmg bagus diamalkan minum air kosong utk pembersihan dalam badan cik amie… :D

    • amie says:

      naper yer dalam seminggu ni xder article kesihatan dalam e-mail?

    • amie says:

      Dalam minggu ni saya dikejutkan dengan 2 kematian disebabkan penyakit cancer… dua2 masih muda, umur belum mencapai 30 thn… kedua dua punca penyakit adalah disebabkan oleh pemakanan yg tidak sihat…contohnya mee segera. ibu saya adalah pegawai farmasi yg mmg particular pasal makanan segera nih, dirumah mmg HARAM makanan segera@ringan masuk… teringat kisah masa kecik2..kitorg adik beradik suka curi2 makan mee segera dalam bilik time ibu pergi kerja…time tu kitorng suka makan megi mentah yg dihancurkan …lepas tu campur ngan serbuk perasanya… rasa masinnya mmg xusah nak cakaplah..memang masin gila…nak letak air panas mmg xboleh nanti kantoi pulak….masa sekolah jer kitorng berani try dan beli makanan ringan.. tapi bila besar, dah tahu keburukan makanan ringan baru saya pandai control… dulu kita bosan bila ibu kita berleter, sekarang tabiat itu turun kepada saya bila anak merengek minta beli makanan ringan time beli barang dapur…xpun time masuk watson@gurdian…ade2 saje dia nampak makanan yang dia tahu mamanya xbagi dia makan..

      • amie says:

        lupa pulak nak cerita… saya ada seorang tok saudara yg umurnya hampir 80 thn tp badan masih sihat..mata cerah, telingan blh mendengar dengan baik… sejak dulu saya perhatikan corak pemakanannya mmg memboringkan…dia xpernah makan sardin, apa2 saja makanan dalam tin.. dia lebih suka makanan yang dimasak sendiri…apatah lg nak jamah kfc,pizza.. sistem daya tahan tubuhnya mmg baik..kalah org muda…minumpun air teh jer.. air lain xminum…

        • Hairul Hissam says:

          Menarik betul cerita Puan Amie. Jarang nampak org umur 80thn masih kuat pendengaran dan penglihatan. Info nie tentu sgt bermanfaat kepada pembaca blog ini. Saya pun ada satu lagi tips menarik dari kawan saya. Katanya saudaranya yg umur lanjut masih kuat lagi. Petuanya, dia tak makan makanan yg panas atau sejuk. Lepas masak, dia akan tinggalkan sebentar sehingga makanan tersebut tidak lagi panas. :D

      • Hairul Hissam says:

        Tima kasih puan amie atas info dan nasihat tu.. mmg ramai skrg nie mengalami pelbagai penyakit di usia muda..Salah satu punca utamanya ialah makanan. Memang bagus ibu bapa puan amie control makanan dan sekarang puan amie pula control makanan anak2 puan amie. Satu tindakan yg cukup baik. Pada sayalah,. Iklan di TV byk memberi keinginan yg kuat pada anak2 utk sukakan makanan ringan. Oleh itu kita perlu perbetulkan semula melalui kesedaran dan bahan bacaan… :D

        • amie says:

          kanak2 xkan faham kalau kita cakap hal bahaya makanan ringan nih…tapi bila ade jer berita kematian @ sakit dan anak saya akan tanya kenapa org tu msti @ sakit, saya akan jawab sebab dia xdengar kata mamanya, suka makan makanan ringan..

  16. Syarih says:

    Saya jarang minum air berkarbonat kerana terlalu manis…lebih suka minum air kosong je.

  17. ohcikgu says:

    terlalu manis. tak suka. tak suka.

  18. titan says:

    hoho..suka minum air gula. best!

  19. idrich says:

    abg dr dulu x bg famili minum air botol,air kotak & air tin,kalau nk minum pun paling kerap pun 2 bulan sekali.dh lama tahu bahaya beb………..

    • Hairul Hissam says:

      Bagus betul la abg idrich nie… semoga dapat dicontohi oleh family yg lain.. Kalau ibu bapa prihatin, insyaAllah anak2 selamat sejahtera :D

      psst: Pihak persatuan pengguna ada keluarkan satu buku kecil khas bahaya minuman ringan ini. Mmg dah lama dikeluarkan.. :D

  20. TehR says:

    memang tak sayang diri tu bila minum secara berlebihan
    sesekali memang boleh

  21. hafizmd says:

    Pendek atau pnjang cerita, mmg tak bagus…jadi pandai2lah memilih jenis minuman =)

    Terima kasih bro berkongsi entri ni. Best!

  22. Mekar says:

    Alhamdulilah semoga pembaca & sya juga mengambil iktibar atas perkongsian ni. Saya pun sejak meningkat umur, dah mengelak terus dr minuman bergas. cuma kalau jln2 luar biasa beli mineral botol. Kalu kat umah bancuh kordial cosway utk minuman manis

    • Hairul Hissam says:

      Umur semakin meningkat nie, daya tahan badan semakin berkurang.. Mmg bagus cik mekar elakkan minuman yg boleh menjejaskan kesihatan spt minuman ringan ini…. :D

  23. fiezaradzi says:

    mmg bahaya pun.. sejak ngandung anak pertama, dah jarang sngt minum, lau de pun sekali sekala je.. boleh kira la.. tapi mmg de pengemar minuman ni boleh minum byk2.. byk gula yg pastinya dlm minuman ni

    • Hairul Hissam says:

      Mmg bagus cik fiezaradzi elakkan semasa mengandung, takut menjejaskan kandungan.. Saya pun sekali sekal beli gak utk hilangkan rasa mengidam… Jangan mengandung mengidam air gas sudahlah.. he.he.he

  24. diana says:

    tapi banyak yang suka segera… biasalah gaya hidup moden… tapi nasiblah saya bukan pengemar minuman ringan… issssshhh… yerrrrr… habis gigi belum umur 50 dah tanggal semua….hehehe

    • Hairul Hissam says:

      he.he.he. mungkin salah satu sebab ramai yg terpaksa pakai gigi palsu sebelum umur 50.

      psst: kalau suka yg segera.. nanti mati pun segera.. heee gurau jeee..

  25. Amirez says:

    pernah minum air kola sampai sakit perut yang agak teruk. moralnya, minuman ringan memang tak elok.

    • Hairul Hissam says:

      Sifat air gas nie menghakis… Kalau minum byk sgt, confirm dia hakis dalam bahagian perut. tu yg mudah kena gastrik nanti…. tima kasih bro :D

  26. mcm mne ni eh…bhye jugak

  27. riza says:

    Minuman ringan dalam tin ini adalah termasuk di dalam makanan yang diproses (processed food). Bahan-bahan kimia yang dimasukkan ini bertujuan membuat makanan/minuman itu lebih menarik, lebih sedap dan bertahan lama. Ringkasnya, pewarna, perisa, pengawet dan pemanis ini adalah bahan asing kepada badan manusia. Badan manusia ‘tidak kenal’ semua bahan kimia (bahan asing) ini, menyebabkannya berkerja keras untuk membuang dari badan. Selagi kita mampu untuk buang, kita selamat…kalau dah sampai usia ia tak berdaya ‘membuang’ bahan asing ini, maka disimpanlah dalam badan kita…akhirnya dapat penyakit yang ‘diundang’ sebenarnya…Dalam keadaan sedar, kita pilihlah makanan/minuman yang bermanfaat bukan yang membawa mudarat…

  28. selalu minum minuman ringan yang dalam botol tu je tapi bukan yang bergas. itu pon sekali sekala. takut jugak kena kencing manis.

    • Hairul Hissam says:

      Saya pun sekali sekal minum juga. Kekadang teringin juga nak minum kan.. Kalau selalu tu yg bahaya kan :D

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.