Memang tension bila tak boleh tidur malam. Terbaring barjam-jam sampai ke pagi. Dah macam mayat hidup dibuatnya. Nak makan ubat tidur, risau pula kesan sampingan terutama pada ginjal. Saya sendiri manghadapi masalah tidur semenjak tingkatan tiga lagi. Tapi sekarang dah jumpa ubat tidur islamic yg terbaik. Tanpa makan apa2 pil atau ubat. Tapi sebelum tu jom baca dulu testimonial terbaru dari usahawan kek tentang video rahsia kek saya.
Ubat Tidur Islamic Terbaik Dari Pengalaman
Teruk juga masalah tidur saya sebelum ini. Pernah sampai tiga hari tak boleh tidur. Memang serious. Sampai nampak lantai bergelombang macam laut. Mmg real nampak. Saya mula ada masalah tidur nie semasa di tingkatan tiga. Pada waktu tu, selalu betul kena tindih atau ganguan makhluk halus. Pantang terlelap, mulalah kena tindih. Tu yang fobia nak tidur kot. Dan akhirnya menjadi masalah sukar tidur. Nasib baiklah tak makan apa-apa ubat tidur. Yelah, zaman sekolah semua ubat main telan jeee.
No Ubat tidur. Kisah semasa di tempat kerja
Semasa bekerja di office (sebelum belajar masak), pun selalu sukar tidur. Pagi-pagi terpaksa call manager “Mr Woon, saya masuk kerja tengahari. Ambik half day tolak annual leave “. Nasih baik manager sporting. Yang penting kerja siap. Tapi cuti sakit memang saya jarang ambik. Saya pernah dapat elaun khas untuk staff yang tidak pernah ambil cuti sakit dalam setahun. Masa kerja memasak pula, nasib baik boleh masuk kerja lambat. Sebab pastry kitchen nie boleh siapkan makanan awal-awal dan simpan dalam chiller yang besar.
Ubat tidur islamic nie memang terbaik laaa…
Oklah.. mesti anda tetunggu-tunggu apakah ubat tidur islamic yang terbaik nie. Tak perlu makan ubat atau pil pulak tu. Cara ini memang mudah dan sengat berkesan dari pengalaman saya sendiri. Saya sebenarnya baru jee amalkan. tak sampai setahun. Tapi memang terbaik dan berkesanlah. Memang membantu saya untuk tidur lena tanpa memakan sebarang ubat. Tak perlulah lagi terbaring berjam-jam sebelum dapat tidur.
Mana nak dapat ayat AlQuran mp3 tu???. Alaaa kat internet berlambak laman web yang bagi service bacaan Al-Quran secara online dan percuma. Atau boleh beli cd ayat AlQuran di kedai buku seperti di kedai buku Badan di Angsana Johor Bahru. Semoga artikel ubat tidur secara islamic nie dapat membantu anda untuk tidur dengan nyenyak tanpa makan ubat.
riangria says
ubat yang bermanfaat kepada mereka yang mengalami masalah tidur..
Hairul Hissam says
Lepas nie boleh lah tidur dgn lena..
at-tarmizi says
Saya pula mengalami masalah “sleep disc” bukan setakat sukar tidur, malah hendak melakukan kerja-kerja juga turut terbatas…..nikmat tidur ni memang satu nikmat yang berharga….. terima kasih Tuan Hairul atas perkongsian ni =)
p:s- saya dah beli panduan membuat roti canai,tak sabar tunggu posmen datang hantar.
Hairul Hissam says
Cubalah petua nie bro.. mana tahu masalah tersebut dapat dirawat dgn ayat Alquran. InsyhaAllah..
terima kasih bro. insyaAllah bro.. berbaloi…
umiadam says
Ubat yang bermanfaat.
Dulu masa duduk asrama pon tak cukup tido
Kena ganggu saja. Tapi bila dengar ayat2 alquran mudah pulak tido.
Hairul Hissam says
Saya pun sama.. bila dengar alquran, tak de pulak susah tidur dan asyik terbangun. Benyak betul kelebihan Al Quran terutama bagi org yg membacanya..
nila anggraini says
tips ni memang manjur, sy selalu tidurkan anak dengan buka ayat2 al Quran dan kejab je anak tidur…lena pulak tu..hiiih
Hairul Hissam says
Mmg bagus tu tidurkan anak dgn bacaan Al Quran.. Sambil tu dapat melembutkan hati anak dgn bacaan Al Quran. InsyaAllah..
cik tom says
ciktom pun suka tidur pasang ayat al-quran kat handphone..tidur rasa tenang je.
Hairul Hissam says
Mmg betul tu cik tom.. tidur lebih tenang tanpa ganguan…
cik tom says
lagi2 masuk umah baru kat kuarters suami ni…berbulan xde org duduk sebelumnya..hampir2 hari2 gak pasang al-quran…sambil2 buat cuci rumah dengan air bacaan yassin dan solat hajat..
Hairul Hissam says
Bagus juga cara tu cik tom… buka bacaan alquran terutama surah al baqarah untuk menghalau makhluk2 yg tak nampak tu. terutamanya di tempat2 yg baru kan…
Uncle Zuan says
alhamdulillah, terbaik perkongsian ni 🙂
Hairul Hissam says
Dapatlah tidur dengan lena…
raihanah says
ini sememannya ubat terbaik la
Hairul Hissam says
dptlah tidur tanpa gangguan…
raihanah says
syok tidur gitu. sesuatu yang kaum ibu jarang boleh dpt. hahah
Hairul Hissam says
Kalau anak ramai.. lagi lah. heee
Noriza Rahman says
Setuju dengan chef Hairul, kalau dengar alunan Alquran memang kejap ja hanyut
Hairul Hissam says
Ayat Alquran nie mmg menenangkan jiwa dan raga. tu yg cepat hanyut kot. heee
Hero Borneo says
saya agak berbeza tuan..dari sekolah lagi mudah terlelap untuk tidur..senang tidur bagi saya cuma ketika jadi blogger saya terpaksa mengurangkan masa tidur
Hairul Hissam says
Untung betul bro dapat senang tidur dari dulu.. so tumbesaran badan, emosi dan minda tentu lebih baik..
mrhanafi says
itu fakta tentang kaitan tidur dengan kesihatan …memang tidak dinafikan
Hairul Hissam says
Sama juga dengan komputer.. kalau on 24 jam tanpa rehat.. mau rosak kan bro. heee
ema says
Alhamdulillah, inilah ubat yang paling terbaik untuk masalah tak boleh tidur.
Hairul Hissam says
Bila dapat tidur lena niee.. keesokkannya tentu lebih segar dan bersemangat…
cik tom says
cantik pulak tengok design banner iklan customer hairul..
Hairul Hissam says
Design grafik tu mmg penting utk menarik pelangan….
imnajmi says
Selain pasang mp3 zikir ke, cara lain, kadang sy suke dengar ceramah agama sebelum tertido, jangan pilih ustaz yang suka buat lawak, nanti kang lagi tak tido dok gelak hehe, sekadar pilih penceramah yg tak terkenal, yg penyampaiannye mendatar… at least setidaknya kita dengar juga dan amik intipati…… setengah orang nak dengar ceramah dari penceramah famous saja
Hairul Hissam says
Bagus juga cara tu pasang ceramah2.. sekurangnya dapat juga memberi kesedaran pada diri kita utk mendekati Allah s.w.t.
Hafizul says
Ubat tidur yang paling mujarab… kan bro? terima kasih kongsikan…
Hairul Hissam says
Semoga dapat membantu bro tidur dengan lebih nyenyak .. insyaAllah..