Lama juga tak bercerita tentang tips perniagaan. Terus terang mood menulis artikel agak kurenggggg kerana kepenatan menghasilkan produk terbaru. Entah bila agaknya siap. Seperti produk sebelum ini, saya akan pastikan ianya terbaik sebelum dilancarkan.
Saya percaya ramai berminat berniaga. Yelah, duit masyuk. Sape tak mau kan π . Sebab itu, ramai yang berlumba-lumba buat bisnes. Tapi malangnya ramai juga yang gagal. Jangan kata orang baru. Orang lama dalam bisnes pun pernah tersungkur. Buktinya semasa kegawatan ekonomi sebelum ini. Disini saya berkongsi tips dari pengajaran kegawatan ekonomi dan pentingnya alternatif dalam segala aspek perniagaan.
Sebelum itu, apa yang dimaksudkan dengan alternatif. Secara ringkasnya, alternatif ialah pilihan lain. Jika tiada pilihan lain bermakna tiada alternatif. Ini menjadikan bisnes anda terlalu bergantung pada sesuatu pihak. Dan sekiranya anda terlalu bergantung kepada satu pihak, ia boleh merosakkan perniagaan anda dimasa hadapan. Itulah yang berlaku pada kegawatan ekonomi sebelum ini.
Saya bagi satu contoh yang mudah. Katakan anda membuat perniagaan Batu Permata. Dan anda mendapat bekalan dari syarikat A. Anda tiada pilihan pembekal lain dan bergantung kepada bekalan Syarikat A. Tahun pertama ok. Keuntungan lumayan π . Tapi tahun kedua syarikat A menaikkan harga bekalannya. Ini mengurangkan keuntungan anda dan menjejaskan daya saing produk anda.
Contoh lain ialah katakan anda pembekal subcon kepada syarikat Proton. Bisnes anda hanya membekalkan kepada syarikat Proton. Disini anda bergantung kepada Syarikat Proton. Apa akan jadi sekiranya syarikat Proton mengurangkan pembelian bekalan dari anda. Atau apa akan jadi sekiranya syarikat proton tutup bankrap.
Ini sebagai dua contoh. Untuk anda memahami konsep bagaimana kebergantungan boleh merosakkan perniagaan anda. Cuba tanya pada diri anda Adakah anda terlalu bergantung kepada satu pembekal atau satu pelangan. Atau anda terlalu bergantung kepada satu jenis pemasaran. ATau anda terlalu bergantung kepada satu sumber kewangan. Atau anda terlalu bergantung kepada satu jenis perniagaan. Atau lain-lain.
Oleh itu dalam sesebuah perniagaan perlu usaha mencari alternatif atau pilihan bagi mengurangkan risiko perniagaan dimasa hadapan. Ia perlukan usaha yang berterusan. Jika tidak, perniagaan yang anda bina bertahun-tahun akan menjadi sia-sia sahaja. Fikirkanlah π .
azriey amrie says
salam.. menarik tips2 ni… sedikit sebanyak mmbantu perniagaan yg sdg dan yg akan sy jalankan.. thanx ye En Hairul….
Hairul Hissam says
Semoga ia memberi manfaat kepada masa depan perniagaan cik azriey nanti ya π
akubiomed says
Nasihat yang baik. Kita perlu mencari alternatif untuk sumber kalau tidak letih kena main harga dan ketiadaan stok.
Hairul Hissam says
Dalam perniagaan, semua pihak akan cuba memaksimumkan keuntungannya. Mereka akan mempergunakan pelbagai alasan. Tapi realitinya, mereka nak untung lebih. So penting ada alternatif…
anif says
Memang perlu ada beberapa pembekal… Cuma masalah boleh wujud bila pembekal-pembekal yang ada membentuk kartel (pakatan) untuk mengawal harga!
akubiomed says
Ada kemungkinan juga pembekal akan menjadi bersekutu untuk menentukan harga di pasaran.
Hairul Hissam says
Benar tu En Akubiomed.. Itulah yg diamalkan oleh usahawan cina untuk memonopoli pasaran melalui persatuan meraka. π
Hairul Hissam says
Memang benar tu En anifβ¦. terutamanya dari pembekal yg besarβ¦. Oleh itu perlunya ada kepelbagaian perniagaan utk kita menguruskan risiko perniagaan spt ini. Dan usaha mencari alternatif atau menghasilkan bekalan sendiri utk bekalan utama.
tehr says
aku bisa dengan kedai runcit je
memang sangat perlu ada pilihan beberapa pembekal
apa2 hal berlaku pun masih boleh berniaga
Hairul Hissam says
lebih selamat memilih bisnes yg mempunyai byk pilihan pembekal kan en Tehr π
Shasha Catering says
Ya, saya setuju sangat. Tip yang bagus dan berfaedah.
Kita perlu ada alternatif. Untuk dapatkan alternatif perlukan tenaga dan masa, juga komitmen.
Selamat maju jaya dalam bisnes yang diceburi π
Hairul Hissam says
Seperti kata cik shasha. Tenaga, masa, komitmen dan kesabaran sgt diperlukan dalam mencari alternatif dan kejayaan perniagaan. Tima kasih cik shasha π
shraqs says
Kalau takde alternatif memang boleh bungkus bisnes. Sebaik-baiknya jangan malu bertanya kepada orang lain. IMO
Hairul Hissam says
Rajin bertanya mmg sangat membantu mencari alternatif. Itulah salah satu kuncinya kan En Shraqs π
shraqs says
Betul tu. Nak bisnes ni memang tak bleh malu2. Klau malu2 camana nak promote apatah lagi nak jual produk..
Hairul Hissam says
Kena belajar buat muka tebal kan en shraqs. Jangan pedulikan apa org nak kata.. Yg penting boleh dijual… π
suri says
kena tebal hee saya klu amik harga cklt org kata paling mahal..hakikatnya klu kt tmpt lagi 2 kli ganda mahal huhu…
Hairul Hissam says
Pelangan mmg mcm tu cik suri.. Dah bagi murah.. nak murah lagi.. kalo boleh.. nak free…. tapi tak semua mcm tu kan π
suri says
yelah jgn harapkan satu sahaja jalan penyelesaian..tapi cari jalan yg lain..mesti ada juga pendapat yg lebih lumayan.klu bergantung pd satu2 induk mmg susah
Hairul Hissam says
Betul tu cik suri… Mesti ada jalan penyelesaian alternatif. Plan A.. B.. C. dan seterusnya…:D
Mekar says
Bab bisnes, sya serahkan kpd mr suami utk urusan yg lebih bijak. Sya cuma myokong usaha dia je
pst: seronok sya tgk org2 yg rajin buat bisnes ni. semoga sukses kpd kawan2 dan hairul juga
Hairul Hissam says
Bagus tu cik mekar… sebagai isteri perlu menyokong usaha suami agar keluarga lebih ceria dan bahagia. Tima kasih cik mekar.. π
chii says
chii setuju..kiranya mcm back up plan..at least kalau sumthing happen..kita tau apa yg harus di lakukan..dan tidak terlalu bergantng kepada satu perkara sahaja =)
Hairul Hissam says
Betul tu.. tak delah kita terlalu tertekan bila something wrong kan cik chi π
muhamad ashri ahmad says
Baik,tip yg baik ni dapat bantu dalam bisnes yang kita jalankan..
Hairul Hissam says
Semoga bermanfaat utk bisnes en ashri ya π
Ahmad Tarmizi says
Apa-apa pun kita buat kena ada back up.Buat satu kerja dan buat sehingga berjaya.Buat pelaburan kepada perkara yang baru pula.Sentiasa meningkatkna diri dengan ilmu.
Hairul Hissam says
Benar tu.. menambah ilmu amat penting dlm memajukan bisnes kita kan en tarmizi π
Adif Fida says
hmm….betul gak tu…dlm bisnes strategi mmg memainkan peranan yg penting..klu xde strategi mmg x akan kemane lah….
Hairul Hissam says
Betul tu.. strategi sangat membantu perniagaan kita… dan strategi pun perlu ada alternatif kan π
Oh! budu says
tengah cari bisnes tetap dulu skrg. dan elemen yang disebut tu memang perlu dititikberatkan.
Hairul Hissam says
Semoga kita bersama mencari inisiatif mencari alternatif.. π