Terlebih dahulu, nak ucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin pada pembaca blog nie. Dan terima kasih juga pada bekas pembeli yang menghantar bermacam-macam gambar ucapan raya melalui whatsapp. Syok juga tengok gambar2 tu. Terasa juga dihargai dan diingati. Ok sebelum saya bercerita tentang tajuk artikel nie jom tengok dulu testimonial pembeli pakej www.bisnesair.com melalui screenshot whatsapp dibawah nie.
Tahniah saya ucapkan kepada pembeli pakej www.bisnesair.com yang berjaya memulakan bisnes air di bazar ramadhan. Semoga selepas ramadhan nie, dapat di teruskan lagi. Margin keuntungan bisnes air memang tinggi. So rugilah kalau peniaga makanan tidak menjual air sekali. Kalau anda ingin belajar bisnes air, boleh belajar di www.bisnesair.com
Kesilapan Bukan Untuk Difikirkan, Tetapi Untuk Dimaafkan
Ok, kita kembali kpd tajuk artikel nie. Best pulak tajuknya: “Kesilapan bukan untuk difikirkan, tetapi untuk dimaafkan”. Memang sesuai untuk hari raya nie. Dapat juga mengikis saki baki kebencian dalam diri ini. Jika diterapkan dalam diri, ia menjadikan kehidupan lebih ceria, gembira dan bahagia. Bila ceria, muka pun akan bertambah muda remaja taww.
Namun ia perlu dimulakan dengan memaafkan kesilapan diri sendiri. Ini akan membuatkan hati kita jauh lebih tenang dan ceria. Percayalah, selagi anda terlalu memikirkan kesilapan diri sendiri, selagi itulah sukar maju kehadapan. So mulakan dengan memaafkan diri sendiri dan menyayangi diri sendiri.
Seterusnya memaafkan kesilapan orang lain. Angaplah kesilapan orang lain sebagai ujian yang diberikan oleh Allah s.w.t. untuk menilai hati kita. Samada hati kita nie teruk sangat atau sebaliknya. Kerana Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa kalian dan harta kalian akan tetapi Dia melihat kepada hati-hati kalian dan perbuatan-perbutan kalian.” (HR. Muslim). So kalau dah sedar hati tu teruk sangat dan susah nak memaafkan orang lain, kenalah perbetulkan. Dan tak usahlah memikirkan kesilapan orang lain kerana ia menjadikan hati kita lebih teruk.
Semoga artikel ini menjadi peringatan berharga buat diri saya sendiri. ‘Andai kata kebencian dalam diri ini membuak kembali, semoga titisan tinta ini mampu meredakannya kembali’. Semoga artikel ini menceriakan kehidupan kita semua. Memang benarlah. Apabila kita ceria, wajah pun akan kembali muda remaja. Semoga artikel ini bermanfaat.
akubiomed says
Memang produk bisnes air dipercayai terbaik.
Hairul Hissam says
soo farrr sooo good. heee
abidin says
Selamat Hari Raya Idul Fitri 1436 H
mohon maaf lahir dan bathin
semoga dipertemukan kembali dengan ramadhan tahun depan
Hairul Hissam says
Selamat hari raya dan maaf zahir buat bro abidin dan keluarga… amin..
Noriza Rahman says
Selamat hari raya juga kepada brother Hairul..semoga bisnes semakin maju
Hairul Hissam says
amin dan selamat hari raya juga buat Mom Noriza. 😀
Sani says
Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf zahir dan batin….tuan Hairul….:-)
Hairul Hissam says
Selamat hari raya dan maaf zahir batin juga buat bro sekeluarga…
Hafizul says
Terima kasih atas nasihat yang diberikan..memang tak dinafikan..memang susah nak memafkan orang apatah lagi kesalahan yang dibuat memang menyakitkan hati..tapi siapa kita untuk tidak memberi kemaafan pada orang lain sedangkan kita sendiri juga buat salah, buat silap dengan orang lain..
Hairul Hissam says
Saya pun selalu baca semula artikel nie dan ia menjadikan hati lebih tenang dan ceria, insyaAllah..
daud mohamad says
tak lama lagi raya haji pulak..:)
Hairul Hissam says
Mmg sekejap masa berlalu….