Pelik pula bila ada orang melayu bermegah sebab boleh berbahasa english. Dia tak sedar kee… Bahasa english tu sekadar bahasa ibunda orang putih. Semua orang putih boleh berbahasa english. Takde apa yg hebat nye. Kalau orang putih bermegah sebab boleh berbahasa melayu, korang nak tergelak tak??? ha.ha.ha
Memang bagus belajar bahasa english. Tapi tak perlulah sampai bermegah. Dan tak perlulah sampai memperkecilkan orang lain. Ia sekadar bahasa ibunda orang putih sahaja. Takde apa yang hebatnya.
Tapi sebelum tu, jom tengok testimonial roti loaf dari www.rahsialoaf.may.my
Seronok akak tu, apabila roti dari hasil tengan sendiri dapat pujian keluarga. Baru bersemangat nak berniaga kan. Anda juga boleh belajar buat, roti buku ala gardenia, donut, bombalini dan roti sarang lebah di www.rahsialoaf.may.my
Org Putih Pun Tak Peduli Grammar EnglishÂ
Korang sedar tak, orang putih pun tak peduli sangat grammar. Samalah orang melayu pun tak peduli sangat tatabahasa. Ada kee, melayu sama melayu tegur, “Tatabahasa melayu awak tak betul nie”. Mampuih laa kena label ‘pembaris’ nanti. ha.ha.ha. Kalau orang putih.. entah apa mereka labelkan…. ruler kot…. ha.ha.ha.
So kalau ada orang melayu tersilap grammar, bagus perbetulkan. Tapi tak perlulah sampai memperkecilkan. Kepada yang suka memperkecilkan nie… Awak tak sedar keee… english tu sekadar bahasa ibunda orang putih sahaja. Awak tu yang patut malu. Ruler betul awak nie yeee. ha.ha.ha. Mari kita gelakkan si ruler grammer ni. ha.ha.ha
Cara Belajar Bahasa English
Kepada yang baru nak speaking english, cakap jee tanpa risaukan grammar. Anggap jee.. ia sekadar bahasa ibunda orang putih. Tak perlu malu jika tersilap grammar. Sebab takde apa yang hebatnya jika betul grammar. Orang putih sendiri pun tak peduli grammar.
Kawan Chinese Mula Cakap Melayu…
Masih ingat kawan2 chinese baru mula cakap melayu. Tunggang langang mereka cakap bahasa melayu. Sebabkan mereka tak rasa malu salah tatabahasa, akhirnya mereka boleh bercakap bahasa melayu dengan baik sekali. Samalah kalau nak pandai cakap english. Cakap jee tanpa rasa malu salah grammer. Dan jangan layan sangat spesis ruler grammer nie. Buang masa aje.
Nak pandai speaking, kena banyak dengar rancangan english. Masa dengar kena terus ulang apa yang mereka cakap. Dengar dan terus ulang atau cakap. Inilah cara semua bangsa belajar bahasa ibunda mereka, semasa mereka kecil. Iaitu dengan mendengar mak bapak mereka bercakap, ingat dan terus ulang.
Bermegah laaa Dgn Bahasa Ibunda Sendiri…
Akhir kata.. english sekadar bahasa ibunda orang putih jeee laaaa. Kalau nak bermegah… Bermegahlah dengan bahasa ibunda bangsa sendiri. Buat apeee laa nak bermegah dengan bahasa ibunda bangsa lain. Sedar laaa yeee.
Macam orang jepun. Mereka tak layan bahasa english nie. Sebab mereka sedar, apa kejadahnya nak popularkan bahasa ibunda bangsa lain. Sepatutnya popularkan bahasa ibunda bangsa sendiri. Dan Jepun tetap boleh jadi negara maju tanpa bahasa english.
Nenek moyang kita punya laa menyumpah2 dengan penjajah Inggeris nie. Kita boleh pulak berbangga dengan bahasa ibunda mereka. Pelik bin Ajaib betul laaaaaa.
mrhanafi says
dulu-dulu saya selalu guna bahasa Melayu penuh..
sekarang sudah tercampur pulak dengan speakimg..
rasa malu juga kerana mencabul bahasa sendiri
Hairul Hissam says
zaman dah berubah bro… skrg nie kalau ikut sgt tatabahasa, nanti di label yg bukan2. he.he.he..
pada saya lah.. bahasa melayu yg asli yg macam zaman hang tuah berbicara.. Itu yg asal. Dgn kata lain bahasa telah lama dicabuli..
Peter says
Hahahaha ya betul. Yang penting komunikasi dapat terjalin, tanpa memperdulikan grammar.
Hairul Hissam says
Benar tu.. komunikasi menjalinkan persahabatan tu lebih penting..
Rasanya kalau anak2 org putih tu belajar grammer dulu masa baru lahir, confirm lee mereka pun tak reti cakap bahasa ibunda mereka sendiri.. heee
Siti Norhidanah Mohd Miswan says
gunalah bahasa english walaupun kita tak pakar, practice make perfect kan
Hairul Hissam says
betul tu.. practice make perfect… selagi tak praktik.. selagi tu laaa, tak kan pandai…
waklat says
wak suka tgk matsalleh makan nasi lemak .. matsalleh ckp melayu sehh
Hairul Hissam says
Mungkin kot… org barat yg pertama dtg tanah melayu, dinamakan salleh.. tu yg sampai skrg dpt gelaran mat salleh.. heee
ciktom says
betul jugak tu buat apa nak bermegah dengan bahasa ibunda orang lain..baik banggan dengan bahasa ibunda kita sendiri..
Hairul Hissam says
mungkin juga pendidikan kita membuat kita merasakan bahasa english nie mcm bagus sgt. padahal ia sekadar bahasa ibunda biasa sama spt bahasa ibunda yg lain.
Sokong Cik Tom seratus peratus.. berbanggalah dengan bahasa ibunda sendiri kan..
Azhafizah says
Bahasa itu untuk memudahkan kita berkomunikasi. cuma lebih bagus je lah sebab boleh cakap bahasa lain.
Hairul Hissam says
yg penting orang paham dan merapatkan hubungan kan
mrhanafi says
bahasa ini medium komunikasi sahaja…
yang penting duit masyuk lebat macam bro ..baharulah hebat …
tetapi kalau ada kebolehan berbahasa English dengan baik dan boleh menjana kewangan maka itulah yang terbaik..
Hairul Hissam says
betul tu bro.. bahasa nie lebih kepada komunikasi shj. Tapi bila manusia cipta grammer, dah jadi berlevel2…
psst: jadi guru bahasa english pun lumayan gajinya. heee