.
Resepi sayur kailan ikan masin ini merupakan kiriman pembaca iaitu Kak Raja. Wah nampak menyelerakan dan berkhasiat sayur kailan ikan masin ini . Jom kita pelajari cara membuatnya.
.
Resepi Sayur Kailan Ikan Masin
Bahan-Bahan Resepi Sayur Kailan Ikan Masin
300 gram kailan
50 gram ikan masin
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji cili merah
1 camca besar sos tiram
1/4 cawan air
Cara Membuat Resepi Sayur Kailan Ikan Masin
1. Cuci sayur kailan, asingkan tangkai dan daunnya dan kerat daun sayur kailan tadi. Manakala batang kailan dihiris nipis.
2. Ikan masin, dicuci dan dipotong dadu kecil dan ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan masukkan ikan masin yang dipotong dadu. Goreng sehingga garing.
4. Kemudian terus tambah hirisan bawang merah, bawang putih dan cili merah, kacau rata dan tuang sos tiram.
5. Masukkan air dan batang sayur kailan.
6. Bila batang nya lembut sedikit, masukkan daunnya pula, kacau, masak hingga layu sikit dan tutup api. Siap resepi sayur kailan ikan masin
Hairul.com: Terima kasih kak raja kerana sudi berkongsi resepi sayur kailan ikan masin special ini. Jom kita mencubanya.
TehR says
aku memang suka kailan ikan masin ni
tak ada lauk lain pun aku boleh je makan dengan nasi
hehe
Hairul Hissam says
Masakan feveret bro rupanya.. heeee
puteri kasih says
memang membuka selera..makan dengan nasi panas pun dah sedapppp..hehe
Hairul Hissam says
Kena pulak makan berdua dgn yg tersayang… mmg syok.. heee 😀
UmmiKami says
Salam kuih bakul 😀
Susur jalan ke Pekan Jasin,
Lumpur segantang kenalah pijak;
Sayur kailan ikan masin,
Dicampur udang bagaimanalah pulak.
Hairul Hissam says
boleh kak umi.. nak letak sotong atau seafood yg lain pun boleh.. tentu lebih sedap… 😀
akubiomed says
Sayur Kailan pahit dan dimasak bersama dengan ikan masin memang saling compliment. 🙂
Hairul Hissam says
Mungkin tu yg membuat ia lebih sedap…..