Kiriman Puan My1981 (Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com)
Resepi mee udang ini merupakan kiriman Puan My1981. Nampak sedap dan menyelerakan resepi mee kiriman puan my1981 dan juga peserta yang lain. Tentu sedap kan. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Mee Udang
BAHAN RESEPI A (KUAH)
500gm kulit udang
150gm cili kisar
2 ulas bawang putih (saiz besar) – tumbuk lumat
1 labu bawang merah (saiz sederhanar) – tumbuk lumat
1 liter air
garam dan serbuk perasa
BAHAN RESEPI B
500gm mee kuning (celur)
isi udang (rebus) – udang yang sama dgn bahan A (bhn A guna kulit manakala bahan b guna isi)
2biji telur (rebus)
2keping tofu goreng (celur) – potong dadu
2keping fish cake (celur dlm air panas/rebus seketika) – hiris
=sayur (ikut sayuran kegemaran masing2)
*proses penyediaan sayuran bergantung pada sayur tersebut.klau perlu celur,celur,kalau sayur itu perlu direbus,kena lah rebus.
*bawang goreng
*daun bawang
*cili merah
*limau kasturi
Cara-Cara Membuat Resepi Mee Udang:
1) Bakar kulit udang dlm oven seketika. Ini bertujuan utk mendapatkan bau yang lebih sedap.
2) Panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih sehingga naik bau.masukkan cili kisar, masak sehingga pecah minyak.
3) Masukkan kulit udang dan kacau sebati. Kemudian masukkan air dan biarkan mendidih. Masak sehingga kuah menjadi pekat.
4) Masukkan garam dan serbuk perasa.sesuaikan rasa. Tutup api.tapiskan kuah. Kemudiankan kuah mee udang di curahkan kea atas bahan B iaitu mee kuning celuar, isi udang rebus dan lain-lain.
5) Taburkan daun bawang, cili merah dan bawang goreng ke atas mee udang anda. Resepi nie memang sedap.
6) Perah limau (jika suka) ke atas mee anda dan.sedia untuk dinikmati.
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan my1981 Kerana sudi berkongsi resepi mee udang