Tapi sebelum tu, tengok dulu komen bisnes pizza yang lumayan.
Seronok akak ni dapat buat bisnes pizza dari rumah semasa pkp nie. Duit tetap masyuk walau duduk di rumah. Inilah untungnya bisnes makanan. Anda juga boleh belajar bisnes pizza, bun dan pau di www.rahsiabun.com <<< Klik link tu.
Resepi Kuih Seri Muka
Resepi Pulut Kuih Seri Muka
500gm Beras Pulut
300gm Air
20gm Susu Cair
150gm Santan Pekat Kotak
1 sudu besar Garam
25gm Minyak Masak Saji
Penting: Susu cair elok guna brand saji. Boleh tengok gambar lagi terbaru brand saji dengan klik>>> Susu Cair Saji Utk Seri Muka
Cara membuat Pulut Kuih SeriMuka
Langkah 1: Basuh beras pulut terlebih dahulu. Kemudian campur semua bahan-bahan lapisan bawah ke dalam loyang dan kacau hingga sama rata dengan sudu.
Seterusnya masuk ke dalam periuk pengukus dan kukus selama 30 minit. Gunakan api yang sederhana. Biasanya untuk penutup pengukus, kita balut dengan kain untuk mengelakkan air menitis ke dalam loyang.
Resepi Lapisan Atas Kuih Seri Muka
120gm Tepung Gandum
30gm Tepung Kastard
30gm Tepung Ubi
4 Biji Telur
220gm Gula Pasir
400gm Santan Pekat kotak
50gm Susu Cair
350gm Air Panas (Elok guna air panas)
3 cubit garam
Pewarna Hijau
Size loyang bulat: 30cm diameter.
Nota: Kalau anda suka lebih manis, anda boleh tambah sukatan gulanya.
Cara Membuat Lapisan Atas Kuih SeriMuka
Langkah 2: Sementara menunggu lapisan bawah (pulut) masak. Campur kesemua resepi bahan-bahan lapisan atas kuih seri muka ke dalam bekas dan pukul sehingga gula hancur sahaja.
Boleh kacau guna mixer atau blender atau whisk atau senduk sahaja. Yang penting kacau hingga sebati dan gula hancur. Untuk pewarna, anda boleh letak seberapa banyak yang anda mahukan. Letak sikit-sikit pewarnanya sehingga warnanya menarik.
Nak kuih serimuka lagi sedap guna pes pandan. Lepas kacau, cuba rasa dengan lidah. Jika nak lebih manis, boleh tambah sukatan gula.
Kalau lapisan pulut kuih serimuka kurang masak pun tidak mengapa kerana akan dikukus lagi.
Langkah 5: Selepas 1 jam masak, bolehlah dikeluarkan. Ok gambar disebelah kiri tu, kuih seri muka yang baru masak. Ia kelihatan seperti lembik dan berair sedikit. Jangan risau kerana selepas dibiarkan sejuk, ia akan keras seperti gambar di sebelah kanan tu.
Ada sedikit gelembung pada permukaan kueh serimuka kerana pulut kurang dipadatkan atau dimampatkan. So udara di dalam pulut akan naik ke atas.
Elok guna santan kotak seperti saya kerana lebih pekat. Sebab ada pembaca menghadapi masalah kuih lembik sebab guna santan perah yang lebih cair. Tapi kalau guna santan segar memang lagi sedap. Selamat mencuba.
Sangat di alu-alukan share kepada rakan atau group dengan share url atau link web resepi ini. Supaya mereka boleh baca disini. Thanks.
titan says
dulu pernah buat serimuka..sekarang dah malas buat. hehe..
Hairul Hissam says
Nie mesti rajin beli kuih seri muka je. he.he.he.. 😀
Azzwan says
Hello is me kuih hijau
Hairul Hissam says
Kuih seri muka .. lepas makan .. berseri muka…
Lisa says
Assalamualaiku, saya nak tanya resipi kuih seri muka ni pakai 1 resipi ke
Hairul Hissam says
wslm..ya betul. selamat mencuba kuih seri muka tu..
Wira Chomel says
terima kasih bagi resepi nie..nanti nak try buat..
Hairul Hissam says
Selamat mencuba Wira Chomel 😀
Rosnah Long says
Suami sya mmg suks kuih,saya selalu buat,cara saudara buat sama cam sya.kadang-kadang sya suka campurkan dgn beras pulut hitam,sedap tak caya cubalah.caranya 1 pulut putih 3 pulut hitam yang smua sama.
Hairul Hissam says
Tima kasih atas tips tambahan tu.. boleh cuba nie letak pulut hitam.. tentu lebih sedap kan..tqvm Puan Rosnah…
mahani says
Salam Hairul, Kalau ditempat saya, kuih ni namanya Pulut Salat. Dulu mak saya memang suka buat kuih2 melayu ni; buat kuih minum petang. Skrg dah uzur, kita mcm kawan kat atas tu….. beli aje. Mungkin nak cuba buat juga, lepas tengok tunjukcara Hairul yg agak mudah tu… InsyaAllah. Terima kasih Hairul.
Hairul Hissam says
First tima saya dengar Pulut Salat. tqvm cik mahani atas info tu…
mmg mudah sebenarnya.. cubalah buat cik mahani..
semoga ibu cik mahani cepat sembuh ya..tqvm..
suri says
kuih kegemaran saya..suka letak macam2 warna ibarat pelangi..mak saya ckp ini kuih bukan pelangi warna eeee..
Hairul Hissam says
Nie lagi hebat… tentu lebih menarik dan menyelerakan dengan pelangi pelbagai warna kan….
Jupiter says
Thank you bro 🙂
Hairul Hissam says
terima kasih kembali.. 😀
zurina says
tu adunan untuk dulang besar mana? berapa cm?
tq
Hairul Hissam says
yg saya guna tu lebih kurang 28cm.diameter loyangnya…
zurina says
sorry, bukan dulang, tapi Loyang besar mana?
Hairul Hissam says
lebih kurang 28cm cik zurina…
Mohd Rujhan says
saya suke makan kuih ni…sedap…selalu beli je kat kedai…heee
Hairul Hissam says
Lepas nie boleh lah buat sendiri En Rujhan.. 😀
Mohd Rujhan says
ye lah,tapi takut tak jadi je…hee
Hairul Hissam says
Kena berani En rujhan.. Cubalah dulu..
InsyaAllah confirm jadi punya la..he.he.he
Zila Dickey says
nk resepi yg guna sukatan cwn blh x?
Hairul Hissam says
Beli la penimbang cik zila.. byk kegunaanya… 😀
Nazariah says
Terima kasih kepada En. Hairul kerana tidak putus-putus menghantar resepi kepada saya disini.Saya dah cuba resepi kek batik yang En.Hairul bagi sedap dan mudah utk membuatnya.Nanti nak cuba pula kuih seri muka untuk minum petang sekeluarga pulalah. Semoga En.Hairul berjaya di dalam apa jua bidang.
Hairul Hissam says
Terima kasih kembali cik nazariah kerana masih setia membaca dan mencuba resepi dari saya.. Begitu juga buat cik nazariah.. semoga berjaya ya.. 😀
mskdon says
nampak menarik dan sedap…
memang lain dr yg wife sy buat…selalunya tk menjadi…lembik sesangat..
nnt nk suruh dia try wat cam bro has punya cara plak..
tq bro
Hairul Hissam says
Resepi saya nie guna tepung ubi. tu yg buat keras sikit….
selamat mencuba ya En Mskdon… 😀
tehr says
aku biasa je dengan seri muka ni
biasa beli, bias makan
nak buat tak reti
Hairul Hissam says
Cubalah buat En Tehr..
nanti boleh makan sepuas2nya…. 😀
Juan says
serius aku nak buat la mcam yg ko buat hairul, tp masa x mengizinkan, tahniah pada ko hairul
Hairul Hissam says
Nanti kalo dah ada org rumah.. boleh minta tolong dia buat kan En juan… 😀
hatiputera says
bab makan tu aku suka tapi kalau nak buat kuih seri muka nie aku macam malas sikit,,,
Hairul Hissam says
Bab makan mmg paling best kan 😀
mahzatul says
sy nak cuba resepi ni lagi satu knpe guna minyak ? kalau kite nak sukat bahan2 guna cawan mcam ne? tq
Hairul Hissam says
Biasa kalo kita makan makanan berpulut mesti rasa berminyak kan… tujuannya untuk tidak mudah melekat …
beli lah alat penimbang digital.. byk kegunaanya… 😀
fiezaradzi says
saya lagi suka tepung talam.. ada resepi tak? hari tu dah try, tapi sebab pakai susu jadi lain sikit rasa die..
soklan, apa jadi lau kita terlebih waktu mengukus?
Hairul Hissam says
SAya pun belum pernah buat kuih talam :D. Bergantung juga apa yg kita kukus.. Kalau seri muka rasanya tiada masalah… 😀
resyah says
Assalamualaikum… saudara hairul
terima kasih banyak2 jujur nyer saya memang pernah cuba wat kuih ne tapikan x jadi berapa sedap ler…dengan cara2 yg d berikan pasti boleh wat lg..
terima kasih yer.
Hairul Hissam says
InsyaAllah dengan cara nie lebih mudah menjadik Cik Resyah.. selamat mencuba…tqvm 😀
kd says
sngt menarik.kuih nie jarang sesekali dibuat mahupn dibeli melainkan pada zaman sekolah2 dlu… mak sngt rajin buat kuih nie, n seingt saya, saya cuma akan makan pulutnyer sahaja dan bhagian atasnyer akan dibuang, mak saya selalu marah. pernh sekali mak masak kuih seri muka nie tapi tanpa bahagian atas tu, memandangkan anak nyer sorg nie xmakan… tp malang nyer kuih tu xdisentuh kerana atasnyer tiade,agaknyer kurang menarik kot… akhirnyer tpaksela mak masak smula kuih tu n redho jer bler bhagian atas nyer dibuang… heheheee… :). terima hasih atas resepinyer, next time nk mencuba buat jak untuk emak…
Hairul Hissam says
Dari mata datang ke hati…. kalau tak de atasnya… tak berserilah kan……
jadi kuih pulut la..ha.ha.ha…. Selamat mencuba Kd
fitrah says
salam dek hairul, akak mmg minat sgt kuih ni, dan satu lagi kuih ni yg atasnya warna coklat, org pangil kuih seri ape ye? yg tu pun sedap gak, lapisan atasnya dibuat dgn gula melaka+gula merah… boleh tlg bagi akak resepinya.? atau sama je cara dgn buat kuih seri muka hijau ni?
Hairul Hissam says
Wsalam cik fitrah.. tak silap saya kuih talam tu…
dan kalau tak silap saya lebih kurang sama je cuma ada yg menggunakan tepung beras 😀
ina says
Wow…terima kasih diatas sharing…tak pernah terfikir plak nak bungkus penutup periuk dengan kain….patutlah serimuka yang saya buat selama ini bahagian atasnya tak berapa cantik..he he he he…nanti saya akan cuba teknik ni plak..
Hairul Hissam says
Kalo tak bungkus cik ina.. bertakung lah air dalam loyang… jadi la tiga lapisan…..selamat mencuba… 😀
irma says
salam,sya dh cuba resepi ni…alhmdulillah mnjadi…kwn2 pun kata sedap, x terlalu manis. tp sya nk syer ptua d cni…selain membungkus tutup pengukus tu, ble gak guna aluminium foil, tutup kt atas loyang tu, cnfirm air xkan msuk dlm loyang. tkasih tuan punya resepi.
Hairul Hissam says
wsalam….tima kasih cik Irma atas tips tersebut…
tak terfikir saya guna aluminium foil.. mmg confirm tak masuk air… tqvm ya 😀
ShashaCahaya says
Satu usaha yang baik… Keep up the good job.
Hairul Hissam says
Tqvm cik shasha 😀
maz says
aslm hairuk,TQ kongsi tip kuih seri muka.jika nak buat kuih2 talam yg beranika,boleh x ikut mcm bahan2 lapisan atas seri muka ni?
Hairul Hissam says
Tak silap saya lebih kurang sama je.
cuma ada yg menggunakan tepung beras dan pes perasa tiruan 😀
MEKAR says
Salam Hairul.
Mudah je cara nak buat seri muka ni ya. Sya xberapa suka makan sebab ada pulut kt bawah tu. Kadang2 makan yg hijau saje..hehe. Tapi kalu buat jamuan makan2 pun sesuai jugakan buat hidangan ni. Tq krn kongsi resepi dan cara mbuatnya.
Hairul Hissam says
wsalam cik mekar… kalo buat jamuan.. mmg bertambah serilah jamuan dgn kuih serimuka ini… tq kembali cik mekar….
shasha says
Hairul klau x nak pakai telur blh ke?saya x tahan bau telur yg d campur dlm kuih muih ni,
Hairul Hissam says
Kalu tak tahan baunya.. gunakan perisa vanilla utk kurangkan baunya… 😀
ita says
terima kasih atas resepinya. ini memang kuih kegemaran keluarga saya.. lain kali bolehlah saya cuba. kalau ada lagi resepi yang menarik bolehlah dikongsikan lagi.
Hairul Hissam says
InsyaAllah, kalo ada resepi lagi..nanti saya masukkan.. selalulah masuk ke blog ini ya..tqvm.. 😀
Din says
Hairul,
keliru la, santan kotak tu 200ml, tp resepi atas pakai gram. mcam mana nak kira tuh?? Sbb saya ingat nak pakai santan segar beli timbang 1 kg.
Hairul Hissam says
Rasanya tak jauh beza gm dan ml utk santan.. lagipun kalo terlebih atau terkurang sikit santan tidak menjejaskan sangat kuih serimukanya.. selamat mencuba ya.. 😀
cik tom says
wah nampak sedappp!!
ciktom mmg suka kuih seri muka.
fevret tp xpenah plk cuba…
maybe blh cuba nanti..
kt umah sewa ni mmg xdpt la byk menda xde..
Hairul Hissam says
Mmg kena cuba nie cik tom.. barulah puas makan kan..
Oh kesian cik tom.. brg2 rumah sewa semua kena angkut.. 😀
Mila says
salam,
dah buat kuih ni semalam..jadi!!
sedap & senang je nk buat..
kek batik pun sedap!
Hairul Hissam says
Tahniah kerana berjaya buat cik Mila 😀
p/s: org baca diblog nie sudah la…he.he.he
chii says
nmpk mudah dan sedap..tp org2 kt umh..x mkn sgt kuih ni…
Hairul Hissam says
tak berserilah muka kalo cam tu cik chi.. 😀
isyak says
TQVM ATAS SUMBANGAN ANDA MOGA MDAPT DRP ALLAH
Hairul Hissam says
Tq kembali En Isyak. Selamat mencuba 😀
Mai says
sy dh buat..alhmdulillah jadi..famili komen,sedap…waaa suke sgt! tqvm bro hairul..
Hairul Hissam says
Saya pun tumpang gembira. Tahniah cik Mai 😀
Jie Halim says
Bila tgk cara dalam ni… macam mudah jer nak buat. Banyaknya resepi dalam ni yg mudah2 nak buat. Just perlukan sedikit kerajinan utk laksanakannya. Buat la resepi kek coklat sama yer…. Reaaly love it!
Hairul Hissam says
Selamat mencuba cik jie….. insyaAllah berbaloi. Kena rajin sikit je. 😀
Jie Halim says
Bro Hairul jangan lupa letak resepi kek coklat kukus dan bakar sama yer…. 🙂
Hairul Hissam says
tak janji ya.. 😀
Tina aris says
Thank bg resipi kuih srimuka ni…mmg kegemaran saya sekeluarga…mmg kena buat ni… Resipi kuih lain ada x?
Hairul Hissam says
Oh… resepi kuih lain kena tunggu turn cik tina… selamat mencuba ya.. 😀
sarina sutar says
saya suka setiap resepi yng dipaparkan senang dan mudah,…. Kalo ada lg resepi yng best2 boleh ler brkongsi.
Hairul Hissam says
InsyaAllah kalo ada resepi best2.. akan di share disini.. :D…
siti khadijah says
Assalamualaikum,
Ada tak resipi kuih talam nyonya, atas lapisan hijau n bawah putih..
terima kasih
Hairul Hissam says
wsalam.. tak pernah pula saya buat lagi cik siti 😀
Salma Beach says
Thanks for sharing. You made it look soooo easy:)
Hairul Hissam says
u welcome cik salma. Not only easy but so delicious 😀
Wizyn Widy says
Nmpk mcm senang kan…. Saya pun suka Mkn kuih ni. Lagi satu favorite saya cucur badak Dan kuih koci. Ada resepi tk?
Hairul Hissam says
InsyaAllah mmg mudah dan sedap… selamat mencuba… 😀
Kak Rem says
Nampak macam senang je nak buat, Inshaallah nanti K Rem cuba, En. Hairul ada tak resepi kuih talam yang coklat atas dan putih lemak di bawah, kalau ada boleh lah share… tk
Hairul Hissam says
Selamat mencuba kak rem.. tentu keluarga kak rem sukakanya 😀
Farina says
salam, thank you for the sharing the recipe and step-by-step pictures! pernah cuba buat sebelum tapi recipe lain. Nanti nak try your recipe pulak.
Hairul Hissam says
Cubalah resepi ini pula Cik Farina.. ramai yg dah buat dan menjadik 😀
sharifah says
blh tk klau kita gunakn gula tepung daripada gula pasir?klau tk ade mixer blh guna kn pengisaar utk lapisan atas
Hairul Hissam says
Kalau tiada pengisar, guna senduk pun boleh.. Yg penting kacau hingga sebati. Boleh kot guna icing sugar tu.. gula juga kan 😀
BADARIAH says
Dah makan seri muka ini yg dibuat oleh adik lelaki saya ternyata sedap. tp rasanya garam patut dikurengkan skit.
Hairul Hissam says
Tahniah cik badariah kerana berjaya buat serimuka…
mungkin cik badariah guna sudu besar yang melengkung kebawah kot.. tu yg byk masuk garamnya..
tapi elok juga saya kurangkan resepi dari 1 sudu besar ke 3/4 sudu besar… tq atas feedback nie ya 😀
Pulut mmg perlukan byk garam.. kalo tak .. tak terasa…
balqis says
dah lama tak buat resepi kuih ini, biasanya saya beli aje tapi kalau buat sendiri rasanya lebih sedap dari dibeli dikedai.
Hairul Hissam says
Benar tu cik balgis.. buat sendiri lebih sedap 😀
june says
dah cuba,..sedap macam yg aruah atuk buat.Saya guna santan fresh,s
lebih ori…hehe.Saya memang penggemar kuih-muih asli.Aruah atuk memang pakar buat kuih tapi,..x sempat nak belajar ngan dia.Harap chef sudi kongsi resepi yg lain2 ya.TQVM.
Hairul Hissam says
Tahniah cik june kerana berjaya.. bila dengar pembaca berjaya membuatnya.. bersemangat saya nak buat lagi tutorialnya.. tapi skrg nie sgt sibuk siapkan pakej aneka cakoi dan aneka pau le.. 😀
Haza Halim says
A’kum, alhamdulillah… saya dh try kuih seri muka ni… kali ni yang terbaik pernah saya cuba, terima kasih…. macam mana nk dapatkan rasepi cakoi ek…?
Hairul Hissam says
wsalam…tahniah kerana berjaya membuat kuih serimuka..
ramai juga yg bertanya resepi cakoi… saya tengah tambah lagi modul resepi donut..
akan dilancarkan akhir bulan nie.. sorry buat menunggu 😀
azi om says
Akak bukan kaki buat kuih tp dgn resepi ni pertama kali buat dan jadik!!! Sgt sedap..cuma if x kuat masin kurangkan grm pd pulut tu..tq dik bg resepi..apa lg yg best? Share yea..
Hairul Hissam says
tqvm puan Azi krn sudi mencuba resepi di sini.. 😀
Berkenaan sudu garam tu.. mungkin saya guna sudu besar jenis yg rata…
tapi saya dah tukar pada resepi pada 3/4 sudu besar….
insyaAllah nanti saya bagi lagi 😀 ……skrg tengah busy buat http://www.resepicakoi.com
anis says
nk tyr la.. air dgn santan tu kena timbang ke? kalau dlm ml brpa ml??
Hairul Hissam says
Santan, terlebih atau terkurang, tidak mengapa. Boleh guna sukatan yg sama utk ml atau gm..
p/s: saya lebih suka timbang bahan cecair:D
Kam says
Kawan says mat saleha (pompuan) nak cuba, Ada in English tak?
Hairul Hissam says
Maaf.. tiadalah en kam…. 😀
k.nani says
terima kasih, nanti boleh cuba, selalu main redah je …tak ada sukatan pun hehehe
Hairul Hissam says
Sebenarnya sukatan boleh ditambah atau dikurang mengikut selerah kita.. redah je cik nani.. 😀
Rumiah Kamarudin says
Makcik baru buat semalam tapi ikut blog kongsi resepi. okey jugalah, cuma makcik ni tak suka manis, jadi dia ni termanis sikiiiit je. Orang yg nak makan takde rumah, tapi buat juga, kepuasan tu ada sebab buat sendiri.
Hairul Hissam says
Oh.. makcik rumiah hanya perlu kurangkan gula sahaja.. boleh diubahsuai resepinya mengikut citarasa kita… 😀
ibnu muhamady says
Terimakasih banyak mr. Hairul,… Insya Allah saya coba juga, karena terlihat mudah membuatnya… sukses selalu mr. Hairul..
Hairul Hissam says
Semoga berjaya ya Puan Muhamady…
lynn says
saya sedang buat kuih en. hairul nie…. tapiiii.. tepung ubi x da lak kat uma.. saya gantikan dengan tepung jgg.. agak2 menjdi x? hehe
Hairul Hissam says
Kalo guna tepung jagung cik lynn.. confirm lembik..he.he.he..
elok ge beli tepung jagung ya… 😀
lynn says
memang lembik sangat2 en. hairul..
hari nie saya nak try lagi..
geram nye bila x menjadi…
so petang nie try lagi sekaliii….
Hairul Hissam says
tu la.. kalo guna tepung jagung mmg lembik.. so kena ge beli tepung ubi spt dlm resepi diberi ya…. selamat mencuba lagi 😀
Hairul Hissam says
Tambahkan lagi tepung ubi untuk mengelakkan ia kurang lembik. Sebab bergantung juga pada kualiti tepung ubi kita dan juga sudu. Kalo guna sudu yg jenis rata, kena letak lebih la… Untuk pulut itdak melekat, tambahkan lagi minyak. Semoga membantu 😀
zaza iman says
assalamualaikum hairul
sy secara x sengaja terjumpa website hairul sbb cari recipe air soya, Insya Allah sy akan beli ebook tu, plan nk beli soya, roti canai dan cakoi….memandangkan baru diberhentikan keje oleh majikan sy due to closure of business unit, sy plan nk berniaga frozen food kt kwn2 off…sy tgk roti canai dan murtabak tu mcm menarik….
kalau beli 3 set ni RM150 jekan…berbaloi blh tgk berulang kali kalau x faham…lg satu minat jgk nk cuba kuih seri muka ni….garam tu satu sudu besar dan myk masak utk apa ya….masuk skali masa kukus pulut tu ke…blh tahu fungsi dia utk apa…hehe x pandai masak sgt…tp dh byk masa ni blh ler cuba…
tksh byk ats jwpn yg diberikan…wassalam.
Hairul Hissam says
Wsalam. Mmg bagus belajar bidang masakan ini kerana mempu menjana pendapatan yg stabil dan menguntungkan. Oh tujuan menggunakan minyak masak tu untuk menjadikan pulut tidak mudah melekat pada loyang. Dicampur sekali sebelum kukus… semoga berjaya membuatnya ya… 😀
Yatee says
setengah orang guna tepung jagung. Apa bezanya tepung jagung dan tepung ubi. Mana yg lebih baik?
Hairul Hissam says
Kalo guna tepung jagung, bahagian atas akan lebih lembik… 😀
wan says
Best ne..
Mcm mana ek klu nk letak nyiur kt tgh lapisan antara pulut dan lapisan atas tu?
sebab sy penah try makan yg ade isi kelapa parut kt tgh2..lg best..:)
Hairul Hissam says
Tak pernah pula saya makan. Tapi dengar macam menarik. Tentu lebih sedap. Boleh cuba.. lepas kukus pulut, letakkan nyiurnya.. kukus sekejap lagi dan barulah masukkan tepungnya.. Tapi elok nyiurnya di tambah sedikit tepung… 😀
Siti Hajar Muhammad says
Salam Ha1rul,
Ingat lagi tak? Saya yang made payment melalui Western Union dari Singapore. Saya dah cuba Putri Salat ni… memang sah – MUDAH, cuma saya replace air paip dengan air yg dikisar dengan daun pandan dan kali kedua kali saya buat, saya tak pakai minyak makan sama sekali dan gantikan tepong ubi dengan tepong jagong… tetap best. Saya tak pakai warna, jadi tidak begitu hijau. Terima kasih kerana berkongsi resipi. Semoga jasa mulia anda diberi ganjaran dari Allah. Amin.
Hairul Hissam says
Wsalam.. sudah tentu saya ingat.. Tima kasih diatas pembelian pakej saya sebelum ini. Mmg bagus, buat ubah suai lagi. Sebelum ini pernah juga saya guna tepung jagung, tapi lembik sedikit. Mungkin kena tambah sukatannya dibandingkan tepung ubi. P/s: sebenarnya kuih muih melayu ini mudah 😀
aishah says
Assalamualaikum,
En. Hairul,
Terima kasih kerana telah memberi resepi kuih seri muka, pertama kali buat terus jadi…hem hem memang sedap dengan rasa lemaknya… tapi cuma perlu kurangkan garam dibahagian pulutnya…
Hairul Hissam says
Wsalam cik aishah.. tima kasih atas maklum balas tersebut…. hari tu saya buat guna sukatan grm mcm tu ok je… tapi elok juga dikurang sukatan garam utk kesihatan.. .. 😀
Afifah tang says
Hairul, terima kasih, saya cuba resepi seri Muka ni Dan saya tak sangka ianya mudah sekali Dan sedaaaaap.
Hairul Hissam says
Tima kasih kembali puan Afifah. alhamdulillah puan dah berjaya membuatnya.. Senangkan dan sedappppp 😀
emely adlieyn says
hmm,,mesti sedap kuih tu..tapi,saya x suka makan..hehe..saya makan kuih tu pon pulut je..hehe
Hairul Hissam says
Kalo mcm tu.. kena buat pulut je la.. he.he.he
Najwa says
Teringin nak try buat,,,hope jadi la kalau buat nnt,,hehe
Hairul Hissam says
Selamat mencuba dan semoga berjaya ya…… 😀
Hafizul says
seingt sy,hidup ni tak pernah mkn lagi kuih mcm ni..sedap ke??wahh untung pandai buat kuit..hehe
Hairul Hissam says
Kuih seri muka ini agak popular dan byk dijual terutama di pasar malam. Tentulah sedap bro.. he.he.he
Aida ida says
Assalam,dh lama saya cari resepi yg simple & nmpk sedp,rasa x sabar nk cuba,tq ya..
Hairul Hissam says
Selamat mencuba dan semoga berjaya cik aida 😀
Hairul Hissam says
Mungkin santannya cair kot.. elok guna santan kotak seperti dalam resepi serimuka ini 😀
insyirah says
air yang untuk lapisan atas nk buat apa??tk de tulis dalam cara2 pun..
Hairul Hissam says
campur sahaja bahan-bahan lapisan atas termasuk air 😀
maz says
Salam..
Saya mmg suka resepi2 yg sdr kongsikan..ada yg sy dah buat pun..mmg jadik..cuma masa je yg buatkan saya tak sempat nak buat semua..cuma nak tanya bahan atas untuk kuih seri muka ni boleh tak guna blender je..kuih ni mmg fav sy..
Hairul Hissam says
Wsalam. terima kasih kerana sudi mencuba resepi disini.. Boleh juga guna blender. Tapi kalau guna whisk lagi baik.. 😀
maz says
slm…en hairul boleh tak sukatan gm tu di tukar kpd cawan ke atau mug..boleh jadi tak kuih..boleh tak sdr nyatakan 1 cawan tepung atau 1 cawan air sama dgn berapa gram..?
Hairul Hissam says
wsalam… mmg boleh tapi biasalah.. bentuk cawan nie berbeza2. Boleh juga tukarkan 1 cawan dengan 200gm atau ml.. nanti kalau terlembik atau terkeras, kurangkan atau lebihkan airnya untuk cubaan kali kedua.
Arif Faishal says
Nak try lah.. Mohon share 🙂
Hairul Hissam says
selamat mencuba. boleh share url link sahaja 😀
katmina says
Senangnya Hairul. resipi serimuka pernah saya cuba. Thk u
Hairul Hissam says
Cubalah resepi saya pula.. semoga berjaya… 😀
ciknor says
baru terbaca plak resepi ni. kegemaran saya nih. nak cuba lah
Hairul Hissam says
selamat mencuba dan maju jaya.. 😀
shida says
Salam ..resepi yg menarik. Sy nk cuba sbb suami suke sgt mkn kuih ni. Belah utara depa panggil pulut sekaya. Hope ada byk lg resepi kuih2 lama ni ye brother hairul.. Sy nk belajar n try sbb feveret suami sy.. Tq
Hairul Hissam says
Selamat mencuba Puan Shida.. First tima saya dengar pulut sekaya.. tima kasih puan shida….
jariah says
as salam…..mohon untuk share resepi ini. memang dah lama nak cuba tapi rasa belum dapat resepi yang berkenan. Tengok resepi ni berkenan pulak. bahan semua dah ada. in shaa allah nak cuba. terima kasih…..:)
Hairul Hissam says
Maaf, resepi disini hanya boleh share url atau dgn button2 share yg disediakan sahaja… 😀
jariah says
ya, saya faham….salin serba ringkas saja, nak cuba buat esok. apa2pun terima kasih.
Hairul Hissam says
bagus lah.. selamat mencuba dan maju jaya… 😀
shahrinn says
Salam,
Blh saya tahu bila pakej putu piring/bambu akan siap?
Wasalam
Hairul Hissam says
saya tak berani nak janji bila 😀
fie says
salam sy nk tnya kn pd hairul,blh x sy dptkn no tel? sbb bos sy mcari org yg blh wt kuih2 trdisioal..skiranya bos sy bminat die akn call dn mtak tok wt kuih dn mgikutnya bkak satu gerai tok funtionnya.. scra xlgsung blh wt duit poket kit..blh x sy dptkn no tel hairul?
Hairul Hissam says
Oh maafkan saya, saya mmg tak buat supply kuih muih. hanya beri resepi seri muka sahaja… 😀
fie says
ow yeke..tp boleh x sy nk emil dn no tel hanya tok wt simpanan dn rekod kje sy..??
Hairul Hissam says
Oh dalam laman web produk saya mmg ada no tel dan email saya.. 😀
jamalia says
kalau kita ganti dengan tepung custard boleh ke untuk serimuka itu
Hairul Hissam says
saya tak pernah pulak cuba.. 😀
wansyarida says
Salam en.hairul….saya pernah buat serimuka ni tp tak jadi.tapi tiba-tiba terbuka blog en.hairul ni membuatkan semangat saya kembali berkobar-kobar nak buat kembali serimuka ni..hehehe harap-harap berjaya dgn resepi ni…tq
Hairul Hissam says
Saya doakan cik syarida berjaya buatnya nanti ya… 😀
nur.ainamira12@yahoo.com says
wlaupon saya baru brumr 13 thn , tapi saya teringin nk buat kuih serimuka . terima kasih sbb bagi resipi ……
Hairul Hissam says
Selamat mencuba dan maju jaya.. bagus ada minat tu 😀
cik tom says
cik tom suka kuih ni..emak biasa masak..ciktom xpenah try lg…hehee
Hairul Hissam says
Saya pun suka kuih serimuka nie.. kalau ternampak kat pasar malam, confirm beli.. heee
kak long says
Dah try resepi kuih seri muka ni, jadik n sedap.
Hairul Hissam says
Tahniah kak long kerana berjaya membuat kuih serimuka ini… semoga resepi di blog ini menceriakan keluarga. 😀
min azz bte azmin says
terbaik
Hairul Hissam says
selamat mencuba.. 😀
MamyCicil says
Sy dh try,,1st tme buat trus mnjadi . Tq Hairul…
Hairul Hissam says
Semoga menceriakan keluarga Mamycicil 😀
ina says
As salam hairul, nak tanya telur tu guna gred apa ye..nak cuba esok, hrp2 menjadi…tq
Hairul Hissam says
Boleh guna gred A. selamat berjaya dan maju jaya..
riza says
Assalam Hairul, k.Riza dah lama tak buat kuih seri muka ni..dah 10 thn…baru ni beli kuih ni utk berbuka, habis dibedal sorang anak lelaki ni…maknanya kena buat sendiri…nak cuba resepi Hairul…hari ni juga.
Hairul Hissam says
Kalau buat sendiri, mesti puas makan sekeluarga…
riza says
Assalam Hairul, k.Riza berjaya buat kuih seri muka, spt mana resepi Hairul…
K.Riza suka pulutnya..lembut dan berlemak..yg atasnya tak manis sgt..cuma k.Riza tak guna pewarna, guna daun pandan blend ambik air hijaunya…bau daun pandan asli…anak2 makan puas…:-)
Hairul Hissam says
Tahniah kak riza kerana berjaya membuat kuih seri muka.
Mmg bagus cara kat riza guna daun pandan asli.. Tentu lebih sedap dan menyihatkan.. 😀
kak zie says
Baru msuk blog hairul…resepinya yg membuatkn saya tertarik nkmencuba..tq keran ikhlas memberi ilmu..kalau bole hairul masukkn resepi talam lapis..
Hairul Hissam says
selamat mencuba kak zie.. semoga berjaya.. 😀
hayanahanny says
terimakasih resei yg menarik…saya dah cuba..pertama tak jadi tak ikut arahan encik..ke 2 pula ada bubble..rupenyer pulut tak mampat…ke 3 alhamdulillah…ayah saya cukup suka,,,anak dara dia dah pandai buat kuih sesedap arwah mak saya…
Hairul Hissam says
Tahniah kerana akhirnya berjaya buat kuih serimuka dengan resepi seri muka disini. Kalau kita ada semangat tidak mengenal erti putus asa, insyaAllah berjaya… 😀
Suzaini Ismail says
Wahhh..boleh cuba weekend ni. Kebetulan ada lagi stok beras pulut. Kesukaan saya & anak ni. Senang nak rujuk sebab gambar step by step.
Hairul Hissam says
Selamat mencuba dan maju jaya.. 😀
Noriza Rahman says
Sedapnya, dah la mudah ja nak buat..bulan puasa boleh la buat sikit untuk berbuka …
Hairul Hissam says
Anak2 mesti suka nanti puan noriza. Boleh la buat serimuka perisa durian, banana, strawberi dan lain2. Guna perasa dan pewarna je kat bahagian atasnya. 😀
Azri says
Betul2.. kuih ni memang sedap, asal ada pulut je saya confirm suka. Lagi satu kek pandan lapis kegemaran saya.
Hairul Hissam says
Lepas nie bolehlah buat kuih seri muka nie selalu… mmg puas makan buatan tgn sendiri..
asni says
tgh didih air nk kukus.?
thku en hairul
Hairul Hissam says
semoga berjaya membuat kuih seri muka tu..
Yat salleh says
Alhamdulillah…
saya try menjadi..
Dlm banyak2 resepi…ini yang terbaik…
Saya guna santan fresh tapi ikut gram dlm resepi ini…
Gula pun saya tambah 3 sudu…memang terbaikk…
terima kasih hairul…?????
Hairul Hissam says
Tahniah kerana berjaya buat.. mmg boleh adjust resepi mengikut citarasa kita…
Azhan says
kuih klasik.. memang sedap
Hairul Hissam says
selamat mencuba resepi seri muka ini.
nazim says
Greetings
Tq en hairul.. mmg sedap..
Hairul Hissam says
Tahniah kerana berjaya buat..