Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Kuah Yong Tau Fu ini kiriman Kak Raja. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Kuah Yong Tau Fu
Sos hitam
500ml air
1 kiub stok bilis
1 sb kicap manis
2 sb taucu
1 sb sos hoisin
2 sb gula melaka
garam
1 sb tepung jagung
Minyak
Sos cili
8 bj cili merah
2 sb bijan
100ml cuka
2sb kacang goreng kisar kasar
3 sb gula
garam
Cara Membuat Resepi Kuah Yong Tau Fu
1. Untuk sos hitam : masak air dan masukkan stok bilis, kicap, taucu, sos hoisin, gula melaka di atas api perlahan.
2. Kacau hingga mendidih, masukkan tepung jagung. Kacau hingga pekat. Tuang sikit minyak supaya nampak berkilat
3. Untuk sos cili : Kisar cili dan bijan hingga halus. Masak air, masukkan cuka dan guna api perlahan. Masukkan bahan kisar dan semua bahan lain. Selepas mendidih tutup api.
Semasa menghidang, celur semua kangkong, bebola ikan, bebola sotong, telur puyuh, hotdog, jejari ketam, fish cake, dll ( beli yg dah siap). Tos, potong kecik dan ltk di pinggan. Tuang sos hitam n sos cili atas bahan tadi. Tabur sikit kacang tumbuk n bijan.
Siap
Hairul.com: Terima kasih kepada Kak Raja kerana sudi berkongsi resipi Kuah Yong Tau Fu
siti hajar says
Teringi
n sagat nak bljar apa yg blum pdai lgi
Hairul Hissam says
selamat belajar dan maju jaya..
Helmi Aliarit says
Yong Tau Fu kegemaran saya. Biasa beli, belum pernah buat sendiri. Mungkin lepas ni boleh cuba. 🙂
Hairul Hissam says
Selamat mencuba resepi nie… insyaAllah sedap yong tau fu nyeee..