Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Kuah Dal Dhal Bayam ini kiriman Puan Sumi. Jom kita pelajarinya.
Bahan-bahan Resipi Kuah Dal Dhal Bayam
100g kacang dal dhal (rendam sehingga 1 jam)
300g sayur bayam ( dicuci dan dipotong kecil bersama batang)
5 biji cili padi
5 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu makan air asam jawa
1/2 sudu kecil biji sawi
1/2 sudu kecil jintan manis
3 tangkai cili kering
garam secukupnya
Cara Membuat REsepi Kuah Dal Bayam:
1. Rebus dal dhal bersama air, cili padi dan bawang putih. Tambahkan 1 sudu teh minyak.
2. Masak dal dahl sehingga hampir empuk.
3. Masukkan sayur bayam. Biarkan masak lagi selama 15 minit.
4. Akhirnya masukkan air asam jawa dan garam secukupnya.
5. Kacau dan lecek sayur dan dal dengan senduk sehingga menjadi seperti kuah pekat.
6. Panaskan kuali dan masukkan minyak dan tumiskan biji sawi, jintan manis, cili kering dan bawang besar.
7. Masukkan Bahan ini ke dalam kuah dal dhal dan kacau rata.
8. Hidangkan bersama nasi, capati dan roti.
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan Sumi kerana sudi berkongsi resipi kuah dal dhal bayam
Reefa says
Kuah Dal Bayam ini juga dikenali dengan nama Gulai Tahi Lembu dikalangan kaum India.. Memang sedap.. i and hubby amat mengemarinya terutama dimakan dgn nasi panas-panas dan ada ikan lengat goreng…umphh mengancam
Hairul Hissam says
Tentu masakan ini, favorite masyarakat india. Saya tak pernah try lagi.. Tapi bila reefa kata mengancam.. nak kena buat jugak nie… tq.. 😀
tan kim lee says
Dah cuba masak tadi wow sedap…kak tambah sedikit santan,dan udang kering…makan nasi panas panas …dengan ikan kembung goreng sumbat nyiur cili dan serai dan kentang masak cili ….sedap!!!!
Hairul Hissam says
Teringin pula saya nak tumpang makan sekaii… tentu sedap tu…
Maziah Ab Hamid says
Awesome, baru lepas masak. Healthy food and easy to cook. Thanks Puan Sumi & Hairul.com
Hairul Hissam says
Semoga resepi kuah dal bayam nie menceriakan keluarga…