Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Kari Ikan Sardin ini kiriman Puan My1981. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Kari Ikan Sardin:
=1 tin sardin (tin kecil)
=1 ulas bawang merah (hiris nipis)
=1 ulas bawng putih (tumbuk)
=1cm halia (tumbuk)
=kentang secukup kegunaan.(rebus terlebih dahulu)
=1 sudu makan serbuk kari ikan (bancuh dgn sedikit air)
=1 tangkai daun kari
=rempah 4 sekawan-secukup kegunaan
=sedikit air asam jawa
=garam dan bahan perasa
=tepung serbaguna-secukup kegunaan- guna utk goreng ikan
Cara Membuat Resepi Kari Ikan Sardin:
1) asingkan ikan sardin dari kuah sos(belah 2-buang tulang-gaul dgn tepung serbaguna-goreng separuh garing)ketepikan *jgn buang kuah sos sardin
2) tumis bawang merah,daun kari,rempah 4 sekawan,halia dan bawang putih hingga naik bau.
3) masukkan serbuk kari ikan.masak seketika.
4) kemudian,masukkan air asam jawa,kuah sos sardin,garam dan bahan perasa.perasakan secukupnya.
5) masukkan pula kentang yg telah direbus tadi dan ikan sardin yg telah di goreng.gaul sebati.tutup api.
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan My1981 kerana sudi berkongsi resipi kari ikan sardin
Asmah Abu Bakar says
Byk betul ilmu dlm blog ni. Tak sia2 menjengok tadi. Terima kasih byk2
Hairul Hissam says
terima kasih juga sudi baca dan singgah di blog ini