Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Kari Ayam Dadih ini kiriman Puan Sumi. Jom kita pelajarinya.
Bahan-bahan Resepi Kari Ayam Dadih
1/2 ekor ayam- dibersihkan dan dipotong kecil
1 biji bawang besar
2 biji kentang
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit
3 sudu besar dadih asli
3 sudu besar serbuk kari
1 batang kau manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
minyak untuk menumis
Bahan Kisar
2 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia
Cara Membuat Resepi Kari Ayam Dadih :
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
2. Masukkan bawang besar, cili hijau, dan daun kari. Tumis seketika.
3. Kemudian masukkan bahan kisar. Tumis lagi hingga naik bau.
4. Bubuh ayam dan kacau sebati. Masukkan serbuk cili dan serbuk kari ayam, serbuk kunyit dan garam secukupnya.
5. Tuang air dan masukkan kentang. Tutup kuali dan biar kentang empuk.
6. Akhir sekali masukkan dadih dan kacau rata. Biarkan kuah mendidih sebentar sebelum diangkat dan
dihidangkan bersama nasi dan roti.
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan Sumi kerana sudi berkongsi Resipi Kari Ayam Dadih
Leave a Reply