Masa kerja restoran dulu ada buat french toast ni untuk menu sarapan pagi. So nak share resepi cheese french toast dari pengalaman kerja.
Tapi sebelum tu, nak share hasil chicken pie puff berlapis-lapis dari pelajar www.rahsiapuff.com.
Alhamduillah berjaya akak ni buat chicken pie puff. Kalau masakan sedap macam di kedai, barulah bersemangat nak jual, kan. Anda juga boleh belajar di www.rahsiapuff.com <<< tekan linknya.
Resepi French Toast Cheese Tarik
Resepi french toast ni saya ubah suai sikit dengan tambah mozarella cheese jee di atasnya. Guna lima bahan sahaja. Sangat mudah buatnya.
Bahan-bahan French Toast
3 keping roti sandwich
jem kaya & butter
2 biji telur
2 cubit serbuk pati ayam
Mozzarella Cheese
Nota: Mozzarella cheese boleh dibeli di kedai bahan bakeri.
Kalau nak beli mozzarella cheese yang boleh tarik panjang, klik sini >>> Seller mozzarella cheese tarik
Cara Membuat French Toast Cheese Tarik
Step 1: Roti sandwich ni lembut sangat. Elok bakar dulu untuk hasil french toast yang menarik.
Step 2: Sapu roti dengan jem kaya. Masa kerja dulu guna peanut butter. Nak guna jem lain pun boleh.
Step 3: Tutup dengan satu roti sandwich bakar kosong.
Step 4: Sapu satu lagi roti sandwich dengan butter atau marjerin. Masa kerja dulu guna dua je roti. Tapi rotinya tebal. Dan slice/potong sendiri roti bukunya.
Step 5: Terbalikkan roti yang disapu butter. Kemudian tutup roti di atas meja tu. Kita guna tiga keping jer roti.
Step 6: Potong kulit tepi roti untuk roti yang disapu kaya dan butter tadi. Kita potong keempat-empat bahagian tepi.
Step 7: Salut roti dengan telur (2biji telur dipukul dengan 2 cubit serbuk pati ayam). Salut kesemua bahagian tepi juga.
Step 8: Masak di atas kuali dengan sedikit minyak. Masak kesemua bahagian termasuk tepi-tepinya.
Step 9: Masak mozzarella cheese di atas kuali non stick hingga cair dengan api kecil.
Step 10: Siap masak, terus tuang mozzarella cheese cair ke atas french toast.
Inilah french toast cheese tarik. Sangat sedap dimakan panas-panas. Selamat mencuba.
Kalau nak beli mozzarella cheese yang boleh tarik panjang, klik sini >>> Seller mozzarella cheese tarik
Leave a Reply