Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Bubur Gandum ini kiriman Puan Sumi. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Bubur Gandum:
1 cawan biji gandum (rendam dulu beberapa jam)
4 sudu besar sagu
1 cawan gula pasir
1 ketul gula melaka
3 cawan santan
1 helai daun pandan
sedikit garam
Cara Membuat Resepi Bubur Gandum:
1. Gandum dibersihkan dan direbus hingga empuk. Toskan.
2. Didihkan santan dalam periuk dan masukkan gula pasir, gula melaka, garam dan daun pandan. Kacau selalu tidak pecah santan.
3. Kemudian masukkan gandum dan masak lagi hingga mendidih. Enak dihidang sejuk.
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan Sumi kerana sudi berkongsi resipi bubur Gandum
akubiomed says
Antara kegemaran saya tetapi jarang-jarang sekali dapat merasa kerana selalu jumpa bubur kacang hijau.
Hairul Hissam says
Mmg jarang org buat bubur gandum nie… 😀
Che Kiah says
Assalammualaikum Puan Sumi & Encik Hairul.
Bubur peberet saya ni..terpanggil untuk mencuba resepi kat atas. Boleh saya tahu waktu bila nak masukkan 4 sudu besar sagu tu?
Hairul Hissam says
Biasanya last sekali utk memekatkan bubur 😀