Nak kongsi pengalaman membuat resepi goreng pisang semasa bekerja di hotel. Jangan tak percaya, hotel pun ada pisang goreng taw. Ia di goreng secara live di stall yang terletak berhampiran dengan buffer.
Tapi sebelum tu jom tengok komen video belajar masakan saya dulu.
Akak nie mula-mula beli pakej puff di www.rahsiapuff.com . Lepas tu, beli lagi pakej loaf di www.rahsialoaf.may.my pula. Ramai juga yang beli lagi dan lagi pakej lain. Ada yang sampai beli 3-4 pakej. Lega hati bila tengok ramai puas hati dan suka video belajar tu.
Memang seronok bila roti yang dibuat sendiri menjadi gebu. Mesti keluarga dan rakan puji melambung-lambung sampai ke atap. ha.ha.ha. Barulah bersemangat nak buat bisnes roti. Anda juga boleh belajar di www.rahsialoaf.may.my.
Ok.. Jom kita mula belajar buat resepi goreng pisang
Bahan Resepi Goreng Pisang
Bahan Utama
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 Kiub Pati Ayam
1/2 sudu besar baking powder
1 Biji Telur
2 sudu besar marjerin yang dicairkan
Air masuk sikit demi sikit.
Bahan Optional
1/2 sudu kecil serbuk kunyit (optional)
Garam tak perlu sebab kiub pati ayam dah masin.
Penting: Guna baking powder brand royal yee. sebab lain brand kurang power. Untuk gambarnya klik link nie >>> Baking Powder Utk Goreng Pisang .
Tips Peniaga: Kalau nak resepi goreng pisang ranggup tahan lama, biasanya peniaga tidak guna telur. Dan peniaga guna seratus peratus tepung beras sahaja. Untuk jimat biasa peniaga gantikan marjerin cair dengan 5 sudu besar minyak masak saji.
Untuk brand kiub pati ayam yang disarankan: Klik link ini: Kiub Pati ayam
Cara Membuat Resepi Tepung Goreng Pisang
Langkah 1: Cairkan marjerin di dalam periuk dengan api yang kecil. Setelah marjerin cair letakkan periuk di tepi agar ia sejuk sendiri.
Kepekatannya adunan goreng pisang sama macam santan kotak. Kalau cair sangat, anda boleh tambah tepung beras untuk pekatkan ia semula.
Masa saya kerja, memang gaul & ramas adunan dengan tangan jee. Lagi cepat bercampur.
Langkah 3: Setelah adunan benar-benar pekat, masukkan marjerin cair. Pastikan marjerin tidak lagi panas. Dan kacau menggunakan tangan sehingga sebati.
Siap. Dah celup dengan pisang dan goreng.
Celup dan Goreng. Memang Rangup
Anda juga boleh guna adunan tepung goreng pisang ini untuk cendawan, cempedak goreng, tempe, keledek dan sebagainya.
Nak celup adunan goreng pisang dengan ayam, sotong, udang dan kepingan ikan (fish fillet) pun boleh. Cuma goreng ayam di rumah di lambat masak. So elok goreng ayam setengah masak dulu, kemudian baru celup dengan tepung.
Jom Pelbagaikan Aneka Resepi Goreng PIsang.
Kali ini kita pelbagaikan hidangannya dengan karipap goreng pisang peanut butter dan karipap sosej. he.he.he pernah dengar?.
Cara buat amat mudah dan simple. Kita hanya celup roti sandwich dalam adunan tepung goreng pisang. Dan kemudian goreng. Jom kita mula membuatnya.
Jika tiada pencetak karipap, tekan aje bahagian tepi sandwich dengan benda keras seperti garfu. Ok siap.
Seterusnya tekan roti tersebut seperti dalam gambar. Jangan risau, kerana rotinya akan kembang semula apabila digoreng nanti.
Semoga resepi goreng pisang ini menceriakan lagi hari anda. Selamat mencuba.
watie says
as salam encik hairul..
terima kasih sudi share resepi2 yg kelihatan sungguh menyelerakan, insyaAllah sy akan try nnt..encik hairul mmg xlokek dgn resepi, semoga Allah Taala murahkan lagi rezqi & mempermudahkan segalanya buat encik hairul, Amin
Hairul Hissam says
Tima kasih kembali cik watie…
semoga doa cik watie dimakbulkan.. tq ya..
selamat mencuba 😀
p/s: tadi komen cik watie masuk spam… nasib baik perasan … tq ya 😀
ROSLIM BIN MAN says
tahniah kepada encik hairul dan erima kasih banyak-banyak kerana sudi untuk berkongsi ilmu yang baik. semoga usaha sebegini berterusan dan diberkati olwh ALLAH S.W.T
Hairul Hissam says
Terima kasih kembali en. Roslim. Hanya sekadar sedikit ilmu dikongsi bersama….
selamat mencuba ya.. :D..
Jai says
Macam menarik je ni.. GUna mentega?
Hairul Hissam says
tak pernah pula try guna mentega(butter) Jai…. biasa saya guna marjerin cair…
selamat mencuba ya 😀
Mohd. Noor says
… hendak cuba juga agar ia nya menjadi.
Terima kaseh Hairul.
Hairul Hissam says
InsyaAllah menjadi en noor.. selamat mencuba ya 😀
Juan says
insyaallah, boleh cuba di rumah ni, aku selalu pakai tepung gandum jer, kalau nk sedap pakai tepung goreng pisang, x sangka plak boleh buat sendiri guna tepung beras, marjerin dan baking powder, nanti aku try, hehe
Hairul Hissam says
Try.. jgn tak try en. Juan.. :D… memang sedap kalo tepung goreng pisangnya ranggup…
cubalah pelbagaikan lagi resepinya.. tentu seronok kan..
djumaidametto says
time kasih bt resepiy……..petang ni nak cuba bt buka posa……..
Hairul Hissam says
tima kasih kembali :D…. Memang meriah juadah berbuka puasa dengan resepi ini..
selamat mencuba 😀
nurqaseh says
boleh cuba resepi ni, mesti grg yg saya buat nanti akan jadi lebih raggup.terima kasih kerana sudi share resepi ni ye..semoga mendapat keberkatan atas segala amal jariah yg dilakukan.Amin..
Hairul Hissam says
InsyaAllah goreng pisang cik nurqaseh akan lebih ranggup…
tima kasih kerana sudi mencuba 😀
zai says
saya mmg gemar mkn pisang goreng, selalu mintak mak buatkn sebb buat sendiri x jadi macam yg mak buat.lepas ni boleh la cuba buat guna resepi batter yg en hairul kasi.nampak sungguh mudah x payah la saya nak susahkn mak lgi.
Hairul Hissam says
Benar tu en. zai.. sebenarnya mudah je membuatnya…
tentu mak zai suprise tgk pisang goreng zai yg rangup nanti..
selamat mencuba ya..tq..
zealazala says
salam terima kasih en Hairul dgn resipi tadi boleh tak kita simpan beter itu kalau terbuat banyak?
Hairul Hissam says
saya pernah juga simpan dalam peti sejuk dan buat keesokkan harinya…
masih rangup tapi kurang sikit dari yg baru buat…
titan says
boleh pula guna bekas karipap tu ye. hehe..
Hairul Hissam says
ha.ha.ha. dalam masakan nie en. titan, apa yg ada boleh digunakan.. janji sedap mata memandang.. 😀
adele says
wah3..dia lg pandai bab masak nih..mana belajar.. 😀
Hairul Hissam says
ha.ha.ha… perli ya cik adele…
tak de lah pandai sgt.. tapi boleh la cari makan..
selamat mencuba ya cik adele..
zira says
Assalamualikum en Hairul…
selamat berpuasa…Saya nk ucapkan ribuan terima kasih banyak ye kerana sudi kongsi resepi yg sangat berharga ni…dah la sedap,mudah belajar pulak….saya suka sangat…hihi..nanti kalau ada resepi lagi kongsi la lagi…semoga Allah murahkan lagi rezeki en Hairul…Amin…..
Hairul Hissam says
Wsalam, selamat berpuasa juga buat cik zira.
gembira saya cik zira sukakan resepi di blog nie..
InsyaAllah akan terus buat yg terbaik… tq ya 😀
Dulu Lain Sekarang Lain says
Menarik.. menarik.. Ada kepelbagaiaan dalam resepi. Boleh jadi Chef ni one day. Btw, kalu kawe dapat pujuk dinda isteri cuba resepi di atas, dapat ler tahu mcm mana rasanya. Kalu sendiri buat sure, jadi pisang hangus! erkkk…
Hairul Hissam says
Cuba lah dulu, yakin boleh :D.. Mesti nanti isteri dan anak2 tercengang bangga ngan ayahnya….
“Ayah buat lebih sedap dari mak la” ha.ha.ha….
fauziah m. noor says
Terima kasih banyak2 hairul, banyak pahalanya menyalurkan ilmu pada orang lain. Saya pun dah jadi murid hairul sekarang…. Tips daripada chef2 hotel memang terbaik….
Hairul Hissam says
Tima kasih kembali.. hanya sedikit ilmu dikongsi bersama…
semoga resepi ini menceriakan keluarga cik fauziah ya… 😀
miza says
assalamualaikum en hairul..thanks sudi kongsi resipi, walau simple tapi bestt..slmt menjalani ibadah puasa 🙂
Hairul Hissam says
wsalam, terima kasih juga kerana sudi mencuba resepi ini..
selamat berpuasa juga buat cik miza 😀
Maz says
Salam en Hairul…
Terima kasih kerana berkongsi resepi..saya selalu guna baking powder shj utk rangupkan tepung..tapi yang ini tentu lebih sedap..insyaallah saya akan cuba.. boleh tak batter itu di guna untuk goreng udang atau sotong?? batter yg tak habis boleh tak disimpan dalam freezer?? TQ..
Hairul Hissam says
Wsalam cik maz.. memang benar baking powder menjadikan tepung lebih ranggup.
boleh digunakan pada sotong.. tiada masalah..
saya pernah juga simpan batter keesokan hari di peti ais..
masih rangup tapi kurang sedikit dari yang baru buat…
selamat mencuba…
hafizmd says
as salam,
wah…mmg kreatif sungguh…nampak sedap dan menarik…
akan dipraktis di dapurku nanti…
terima kasih bro 😀
Hairul Hissam says
Wsalam, selamat mencuba en. hafiz. Mesti kagum org2 dirumah nanti.. 😀
junaidah abu saman says
terima kasih atas resepi yg diberi.Saya akan mencubanya sebagai resepi baru juadah berbuka puasa nnti.
Hairul Hissam says
Selamat mencuba cik junaidah.
InsyaAllah menceriakan lagi juadah berbuka puasa nanti.. 😀
siti jamilah says
wow bestnya, teruja nak mencubanya,mesti anak2 suka,raya dah nak dekat boleh hidang kepada tetamu,tq c.hairul,semoga bertambah rezeki kerana sudi berkongsi ilmu dgn kami
Hairul Hissam says
Amin. tq puan siti..budak2 mmg suka sebab rangup. selamat mencuba.. 😀
salbiah othman says
As-salam. terima kasih resepi tu yek. Insyaallah saya akan guna resepi tu utk goreng
cempedak utk bawa kat masjid moreh nanti. tentu best kan. biasanya mak mertua saya pakai beras yg direndam kemudian blend. he he cuba cara baru le nampaknya. harap2 menjadi.
Hairul Hissam says
Wsalam.. wah kalo pakai beras ori yg diblend tentu lebih keras kan..
semoga Allah memurahkan rezeki cik salbiah atas amal jariah tersebut 😀
rosita says
Alhamdulillah dah lama ,akak cari resepi ni.Inshaallah hari ni berbuka pisang n cempedak goring.Semoga allah murahkan rezeki dan sehat selalu.AMIN
Hairul Hissam says
Tima kasih kak rosita, semoga resepi nie menceriakan lagi keluarga kak 😀
Sue says
Macam ni boleh cuba buat kat rumah lah… mcm senang ja…
Hairul Hissam says
Mmg boleh dibuat dirumah cik Sue. Selamat mencuba 😀
Razif says
En. Hairul mmg Allah bg byk kelebihan,semoga berguna utk semua yg berkongsi dengannya 🙂 Sy pn sedang brainstorm utk uruskn sikit bisnes makanan, dan En.Hairul telah byk m’beri inspirasi pd sy,taufufah,tepung goreng rangup & sebagainya. Sungguh sy b’terima ksih pd En.Hairul dan semoga Allah SWT merahmati usaha kita semua dlm mendapatkan keredhoanNya 🙂
Hairul Hissam says
Tima kasih kembali. semoga Allah s.w.t menambahkan lagi ilmu kita bersama yg bermanfaat untuk kita bersama. Saya doakan bisnes en. razif akan berjaya nanti. Yang penting, jangan berputus asa. InsyaAllah rezeki ada dimana-mana dengan keizinanNya. 😀
Shuhadah says
sama mcm resepi mak sy…
tp mak sy dya guna marjerin letak dalam kulit karipap….
s0 karipap mak sy jd ranggup n sedap….mmg sedap giler la….
tp nie baru sy taw dlm tepung g0reng pisang p0wn b0leh letak marjerin…
nk try la….c0nfirm jd nie…n_n.
Hairul Hissam says
Benar tu cik shuhadah, karipap juga gunakan marjerin untuk jadikan ia lebih ranggup.
lepas ini, boleh lah cuba untuk goreng pisang pula…. 😀
arissa sofia says
terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu… semoga Allah memberkati usaha En. Hairul
Hairul Hissam says
terima kasih kembali…. semoga Allah menambahkan lagi ilmu kita bersama 😀
maz says
aslm en hairul.menarik buat karipap gune roti,begitu jg sosejroll.TQ so much xlokek idea n kongsi ilmu.moga melimpah rezki,sihat sejahtra n pnjng umor.wassalam.
Hairul Hissam says
Wsalam cik maz.. yelah dah mcm sosej roll :D…
amin.. semoga dimakbulkan doa cik maz tu.. tq ya 😀
mekar says
Hairul…
Maaf tak sempat nak singgah. malam raya ni baru ada masa :-p
Terima kasih byk2 hairul atas resepi ni. baru tahu boleh letak santan dan baking powder tu. Sya memang betul2 tertarik dgn resipi ini & pasti akan mcubanya krn suami saya SANGAT menggemari pisang goreng. Tq sekali lagi sbb sertakan gambar2 yg lengkap. (mcm panduan ebook pula)
Anywy, Selamat Hari Raya buat anda sekeluarga 🙂
Hairul Hissam says
Selamat hari raya juga buat cik mekar….
resepi ni agak leceh sikit tapi hasilnya insyaAllah berbaloi..
selamat mencuba cik mekar…. 😀
MEKAR says
hairul,
sya dah cuba buat. akhirnya berjaya juga sya buat pisang goreng yg rangup hasil tunjuk ajar ini. selama ni sya xpakai sukatan tepat(sbb main agak2)itu sbb pisang sya xrangup. Memang cara ni agak leceh sbb byk guna bahan dlm kuantiti kecil, ttpi hasilnya memuaskan. Ia Sedap tambahan kalu guna pisang yg manis 🙂
Hairul Hissam says
Tahniah cik mekar kerana berjaya membuat goreng pisang yg rangup.
Semoga menceriakan keluarga cik mekar 😀
p/s: Saya pun tak pernah menyukat untuk buat batter goreng pisang nie.
yg penting cukup bahan-bahannya. InysaAllah rangguplah goreng pisangnya..
kak latifah says
terima kasih bagi resepi goreng pisang rangup.Semoga dimurahkan rezeki dan panjang umurnya. Amin
saya akan mencubanya. saya rasa satu hari nanti saya buat bisnes dengannya
Hairul Hissam says
Amin. Tq kak Latifah… 😀
Saya doakan Kak latifah berjaya buat bisnes tu nanti..
semoga berjaya 😀
juanita says
Ooo ginih caranye nak bg rangupppp…
Hairul Hissam says
Mudah kan cik juanita 😀
hayazi says
salam dan selamat hariraya, terimakasih atas resepi tepung goring pisang rangup tu ye
sudah lama saya mencari baru sekarang dapat , minta izin ye saya nak buat berniaga,terimakasih dan moga usaha en diberkati ALLAH…AMIN.
Hairul Hissam says
Wsalam dan selamat hari raya buat En Hayazi…
mmg sangat dialu-alukan untuk en. hayazi menjana pendapatan melaluinya….
saya doakan en hayazi berjaya…. 😀
bEe says
Ehem…
Rajinnyer buat kuih…
hehehehe
Boleh try gak ni kan! 😉
Hairul Hissam says
sekali sekala buat memang syok Puan Bee :D…..
try la buat puan bee.. mmg ranggup..
nurul ain says
saya nak tahu apekh menu yang paling menarik utk di jual di pasar malam dan menu makanan dan minuman
Hairul Hissam says
menu yg paling sudah tentu air soya dan taufufah…
yummy.. mmg mendapat sembutan ramai…
kalo berminat dapatkanlah pakejnya di http://www.rahsiataufufah.com 😀
teknik pengiraan kos pun ada ditunjukkan dgn jelas.. tq…
sartika says
sya blum cuba g la.. pas ni sya cuba nak rsa sndri..
Hairul Hissam says
selamat mencuba… 😀
Mazlini Omar says
byknya resepi awak en hairul…
mana awk dpt?
mmg suka buat eksperimen kuih2 baru ke???
untung org yg dpt awk…
blh sy cubalah klu mcm ni…
mcm senang je…
Hairul Hissam says
Kebanyakkan dari pengalaman bekerja dibidang masakan dulu cik Mazlini :D… Memang benar cik mazlini, kebanyakkan resepi yg saya beri telah diubahsuai berdasarkan percubaan yg saya buat….
siri saadiah says
assalamualaikum w.b.t.. saya berminat sgt dengan resipi En. Hairul nie.. tahniah… kerana berjaya mempelbagaikan resipi… anda salah satu idola saya.. tahniah lg sekali
Hairul Hissam says
Wsalam… tima cik Saadiah…
mmg seronok mempelbagaikan resepi nie.. 😀
beth says
dah cuba buat…hasilnya memang memuaskan…anak2 dan suami suka…
Hairul Hissam says
Tahniah Puan Beth…. semoga resepi ini menceriakan lagi keluarga Puan Beth..
belognisa says
wah..dah cuba. pisang2 sume jadi gumuk! huhu. tq ye kongsi resepi. 🙂
Hairul Hissam says
Pisang jadik gemuk tak pe cik Nisa…
jgn kita makan jadi lagi gemuk atau obesiti 😀
syiema says
~ kalu wt niaga msti laku nie .. maceh en.hairul sudi share resipi ini .. insyaallah akak akan cuba plak resipi2 en.hairul yg laen nnt ..
Hairul Hissam says
tima kembali Puan syiema….
InsyaAllah laris sebab belum ada dipasaran untuk sosej gulung tu……
selamat mencuba lagi resepi yg lain cik syiema… :D.
chor says
Time kasih hairul..nampak nya impian saya nak jual goreng pisang ni mungkin tercapai
krana ada nya resipi yang bertuah ni….memang menarik ni..alhamdulilah le saya ucapkan moga allah memanjangkan umur dan rezekituan sekluarga
Hairul Hissam says
Semoga berjaya en chor membuat goreng pisang yg ranggup.. begitu juga en. chor.. semoga dimurahkan rezeki…
Meera says
As-salam En Hairul… Maaflaa lambat nak reply. Minggu lepas saya dah cuba buat goreng pisang guna resepi En Hairul. Memang sedap sampai taksempat sy nak goreng dah habis. T/Kasih..sy nak cuba utk keledek pula minggu ini..
Hairul Hissam says
Wsalam cik meera.. tahniah kerana berjaya membuat.
suka saya mendengar pembaca mencubanya…
semoga ceria dgn resepi tepung goreng pisang ya 😀
Linda Muncak says
sedap betul rasanya sebab saya sudah cubanya…. Jazakallaahu khair…
Hairul Hissam says
tima kasih kembali cik linda atas maklum balas tu….
semoga keluarga cik linda bertambah ceria dgn hidangan ini.. 😀
Azibah says
Memang betul resipi yang Hairul hantar. Saya memang ikut langkah demi langkah. Cara macam inilah sesuai dengan jiwa saya. Anak saya sangat suka dengan batter ini. First time cuba terus jadi. SEDAP!! Terima kasih kerana share resipi yang tidak menipu semoga allah memberkati kerja saudara Hairul.
Hairul Hissam says
Terima kasih cik azibah.. gembira saya mendengarnya
semoga resepi ini terus membantu menceriakan keluarga cik azibah. tq ya… 😀
Aimi says
dah try! jadi..alhamdullilah ,moga Allah permudahkan rezeki anda sbb sudi kongsi resepi =)
Hairul Hissam says
Amin…. begitu juga dgn cik Aimi semoga dipermudahkan segala urusan dan rezeki kita…amin 😀
Nur Asiah says
Salam en.Hairul…
Saya dah pun mencuba resepinya . Saya buat karipap sandwich goreng tepung isi mayonis telur , memang sedap . Saya buat masa rumah terbuka di blok kondominium saya .Baru saja di letak habis orang ambil , untung untuk suami dan anak2 ada di asing kan .Suami dan anak2 pun menyukainya .Terima kasih en.Hairul atas resepinya . Resepi2 yang lainpun saya ada cuba .Sedap dan mudah resepi dari en.Hairul.
Hairul Hissam says
Wsalam Cik Asiah.. Wah hebat cik asiah. .pelbagaikan lagi dengan inti mayonis telur.. saya pun nak cubalah.. mesti sedap tu.. tq ya cik asiah..
Eyna says
Tepung ni kalau wat goreng cendawan bila sejuk keras tak
Hairul Hissam says
Insyaalah tidak keras.. selamat mencuba cik eyna..
Fidah says
Assalamualaikum en.hairul.. nampak sedap resepi-resepi tu,insyaallah saya ingin mencubanya satu hari nanti.
Hairul Hissam says
Wsalam, Selamat mencuba cik Fidah…
RUSNI BT. ABU NAWAR says
T/KASIH BYK2 KRN MEMBERI INFO RESEPI BANCUHAN TEPONG UTK GORENG PISANG. NAMPAK LAIN DR YG SELALU BUAT TU. PASTI AKAN DICUBA LPS NI. T. KASIH…..
Hairul Hissam says
Mmg lain dari yg lain cik rusni. special utk pembaca blog ini…
selamat mencuba 😀
ana says
nmpak cam sdap jer…akak nk try lar..klau mnjadi nk meniaga goreng pisang pn bgus gak…ok x enck hairul 🙂
Hairul Hissam says
Di alu-alukan kan akak ana. Nanti dah jadik tauke goreng pisang berjaya.. jgn lupa saya ya 😀
alia says
nak resepi cup cake yang mudah dan sedap leh tak?
Hairul Hissam says
resepi seterusnya di blog saya akan diberikan kerabu telur thai kot.. tapi lambat lagi… 😀
Iza Akma says
Assalam en.hairul..
hari ni kebetulan sy nak goreng pisang..cari resepi bater yg rangup..bertemu resepi di sini. sy akan cuba resepi ni sbb biasa mkn kat hotel goreng pisang ke keledek ke sedap baternya..rangup. terima kasih bnyk2 sudi kongsikan resepi..bukan senang nk dpt resepi dr hotel nih.
Hairul Hissam says
wsalam cik Iza…. InsyaAllah ranggup nanti goreng pisangnya. anak2 pasti sukakannya…. selamat mencuba 😀
RAZALI says
Terima kasih atas sumbangan ilmu yang bermanafa”at ini tambahan lagi kepada mereka yang berminat di bi dang masakan khas nya.Saya pernah menjual goreng pisang tapi belum dapat resipi dan ramuan tepong seperti diberi .InsyALLAH saya akan cuba !
Hairul Hissam says
Selamat mencuba en. razali…. semoga hidangan tersebut menceriakan keluarga en. Razali ya 😀
nor hidayah says
setelah sekian lame wat pisang goreng tak penh lagy gunekn santan,telur,serbk kunyt
selameni pown jus wat yg ringkas jewk..tpung gndum,air,grm ckup rse…nak rngup..goreng lam minyk yg tol2 pans…tp rsepi ni akn ku cube..sbb lain dwi laen..hehehe
Hairul Hissam says
cubalah.. semoga berjaya… 😀
meesiput says
mmmg nampak mudah, tapi kena cari rajin tu dulu…:D
Hairul Hissam says
Selamat mencuba 😀
minney says
Salam Hairul,
Boleh tak adunan batter tu digunakan unt menggoreng kuih kacang/kasturi?
Hairul Hissam says
Wsalam cik minney… boleh cuba.. pastikan bancuhannya pekat ya…….. 😀
Zarina says
Assalamualaikum Encik Hairul….
Terima kasih sbb sudi berkongsi ilmu dgn saya…saya akan mencuba resepi ini kerana saya adalah peminat setia goreng pisang..sebelum ini telah mencuba pelbagai jenis bancuhan goreng pisang..namun masih kurang berpuas hati..mungkin resepi ini akan memuaskan hati saya…saya mesti mencubanya…
Hairul Hissam says
Wsalam En. Zarina. Selamat mencuba resepi ini. Pastikan bancuhan benar-benar pekat ya… tqvm..
ju_mammytwin says
aslm en.hairul.
saya nak tanye.. lau marjerin tu kt gantikan ngan minyak masak @myk jagung leh x?
dpt hasl yg sama atau sebaliknye..
tima kasih… 🙂
Hairul Hissam says
Wsalam. boleh.. tiada mslh cik ju.. tapi marjerin cair lebih sedap.. 😀
ju_mammytwin says
ok… tima kasih… 🙂
Hairul Hissam says
tq kembali 😀
ju_mammytwin says
saya dah cuba… tapi knp x rangup ye? lagi satu knp lemau…
Hairul Hissam says
So far saya buat OK.. mungkin batternya kurang pekat…
batter nie bukan butter taw.. ia bancuhan tepung tu kena pekat..
Baking powder pun jgn guna stok yg terlalu lama… 😀
sha says
tma kasih daun keladi ..insyALLAH nk cuba nnti pasal anak dan hubby mmg suka mkn ..nk tanya yg karipap peanut butter dan sosej gulung tu nk kena celup dgn bahan asas tpg dan butter tu ke
Hairul Hissam says
tq kembali.. Puan salah paham nie.. Bancuhan kesemua bahan tu dipanggil batter… bukannya butter.
Hanya perlu celup dengan batter sahaja dan goreng.. mmg ranggup dan sedap.. 😀
ayu.. says
salam…pertama skali..t.kasih atas resepi yg nmpk sgguh sdap….
agak2 klau buat dlm kuantiti yg byk mcm mn tu…x yah pakai sukat cwn kira pakai 1bgkus mcm mn tu,,,
Hairul Hissam says
Boleh agak-agak je. Yang penting tapung beras lebih banyak dari tepung gandum.. Kalo nak guna tepung beras je lagi ranggup. 😀
Hamdan says
Terima kasih atas resepi2 yg dikongsikan di sini…
InsyaAllah saya akan cuba utk hidangan keluarga.
Smga usaha2 En. Khairul diberkati Allah Taala…
Hairul Hissam says
Amin.. Tqvm ya en hamdan. Semoga ceria dengan resepi disini ya 😀
Ella says
Berminat sangat bila baca resepi ni tapi saya x boleh nak copy resepi dari blog u ni la.. hurmmm… kecewa3 sgt2… 🙁
Hairul Hissam says
Boleh salin guna kertas dan buat.. selamat mencuba… 😀
Ella says
adoiyai… bab tu yg letih tu hehehee… selalunye sya copy & paste kat word, lebih senang & trus simpan dlm laptop. Bila2 nk wat just buka je laptop… 🙂 apa pun thanks yer sbb kongsi resepi ni…
Hairul Hissam says
aduhai.. lemah saya dengar… saya punya la berjam2 siapkan tutorial ngan gambar..
tak kan la nak tulis cikit pun letih..he.he.he.he… kalo lupa.. mai je ke blog saya http://www.hairul.com...
salah satu cara utk org kembali ke blog saya… next week nak bagi resepi baru la… 😀
Ella says
ehehehe.. Takpelah kan, tapi klu bleh copy paste lgi kerap sya jenguk blog u. Anyway thanks yer, resepi bru jgn lupa yer..
Hairul Hissam says
Ok cik ela… 😀
Sufi says
Nampak sedap tu..terima kasih sebab sharing..
buleh tak campurkan kelapa yang telah dimesin..bukan santan kelapa…adakah ia akan mengubah rasanya?terima kasih..
Hairul Hissam says
Boleh.. tiada masalah…
saya pernah sekali makan goreng pisang guna kelapa di perak.. sedap gak…
selamat mencuba 😀
nashar says
salam en.hairul,thanks for share resepi goreng pisang.saya nak tanya bancuhan tepung tadi boleh goreng berapa banyak pisang?kalau 1 tandan pisang berapa sukatan bancuhannya….
Hairul Hissam says
saya pun tak pernah buat utk berniaga..
tak pasti la pulak 😀
Sumartini says
Salam En. Hairul,
Jutaan terima kasih kerana sudi mencurah ilmu resepi tepung goreng pisang yang ranggup ni. Saya telah mencuba dan sememangnya inilah resepi tepung goreng yang terbaik. Sedap, ranggup dan lazat. Semoga bertambah berkat hidup En Hairul.
Hairul Hissam says
Terima kasih kembali cik sumartini.
Semoga resepi goreng pisang ini menceriakan lagi keluarga cik ya 😀
yus says
resepi yang mudah.. tak pernah terfikir lak.
terima kasih sebab sharing…
Hairul Hissam says
Tima kasih kembali en Yus 😀
selamat mencuba…
Maizan says
Salam En.Khairul,
Terima kasih berkongsi resepi tu… saya dah cuba buat..Alhamdulillah memang sedap dan rangup. saya ikut sama sukatan yang ditulis. Cukup untuk goreng sebiji cempedak.lebih kurang 40 ulas isi cempedak yang bersaiz M hehehhe. Adik-adik saya semua suka. Mereka cakap” Wah bestlah bang..adik suka…nanti boleh goreng lagi”…begitulah kisahnya.
Terima kasih sekali lagi kerena berkongsi resepi.
Semoga Allah akan memberi lebih ilham pada En.hairul untuk mencipta resepi baru dan tentunya sedapppp…tq
Maizan
Hairul Hissam says
Tima kasih cik maizan krn berkongsi pengalaman membuat tepung goreng pisang ini.. dan tahniah
tentu keluarga cik maizan gembira menikmati pisang goreng ini.. saya pun tumpang gembira 😀
Maizan says
Insyaallah…jika ada kelapangan nak cuba buat taufah dari resepi En.Hairul tu. Saya akan kongsi pengalaman buat air soya dan taufah…
Terima Kasih
Maizan
Hairul Hissam says
InsyaAllah sangat berbaloi ilmu membuat air soya dan taufufah dlm video ebook tersebut 😀
miko says
tak berbahayakah pisang goreng untk owg yg gmuk???
Hairul Hissam says
Setahu saya tidak bahaya selagi tidak makan berlebihan cik miko 😀
aisyah says
sy bru wt semlm tp tk menjadi pon.waaa:((tp sy da ikut sukatan tu btul2.tpung tu jd tebal n mcm tk rangup bila msk lama dia berubah jd coklat gelap tk kuning mcm gmbr diatas.
Hairul Hissam says
Saya pun heran gak.. utk resepi goreng pisang nie. ada yg buat ok.. sedap dan ada juga yg sebaliknya……
marjerin cair tu mestilah dah sejuk.. kalo panas.. mmg tak jadik… dan baking powder gunakan yg brand mcm gambar tu 😀
aisyah says
mgkin jgk baking powder yg lain.tp boleh la mkn.alih2 sy nk ambik pisang tu buat cekodok jela.hihi senang skit.
Hairul Hissam says
Elok cari baking powder brand tu… sbb lain kilang.. lain kepowerannya.. 😀
baking powder yg wat di kembang dan ranggup………
hassenah says
saya dah buat seperti resipi yang diberi. memang crispy dan sedap. t kasih. semuga ilmu yang diberi menjadi amal jariah bagi tuan.
Hairul Hissam says
tahniah kerana berjaya membuat tepung goreng ranggup ini. Semoga mengembirakan keluarga… 😀
Eda says
Cara membuat donat dan cakoi
Hairul Hissam says
Maklumatnya ada di dalam laman web http://www.resepicakoi.com
nasuha says
sedap, dah cuba tp xder santan sesuka hati ganti ngan tepung susu formula anak (2st jer), xsuka marjerin so ganti mentega, dan tambah gula sikit. sedap, pasni xbeli dah pisang goreng, goreng sendiri lagi sedap rupanya. nak cubalah semua resepi kat sini, manalah tahu en. hairul pandai makan jd kot2 resepi semua sedap
Hairul Hissam says
Oh.. resepi disini khas utk mereka yg pandai makan.. he.he.he.. InsyaAllah jadi dgn panduan step by step nie.. Wah hebat cik nasuha, mempelbagaikan lagi resepinya… bagus tu.. 😀
hairum says
teringin berniaga goreng pisang la secara kecil2an..blh kasi panduan motivasi??tq
Hairul Hissam says
Biasanya kalo kita terdesak.. motivasi tu akan datang dgn sendirinya…. 😀
hairum says
sy mesti mempunyai bisnes sendiri.BIAR KECIL ASALKAN BERHASIL.. KEUSAHAWANAN KERJAYA PILIHAN..tq en hairul
Hairul Hissam says
Bagus semangat tu.. permulaan tu penting dlm perniagaan. Kesilapan pada permulaan perniagaan sebenarnya batu loncatan untuk kejayaan dalam bisnes seterusnya. Yg penting jangan berputus asa.. 😀
jaatsiahjohan says
salam en hairul….
resepi yang menarik….blk keje nnt blh try ni..minta halalkan resepi ni utk jualan kami dhari minggu yerk….mudh2an grg pisang kami dpt smbutan….insyaAllah…amin2…
Hairul Hissam says
Sudah tentu saya halalkan resepi2 di sini En. Johan. Semoga berjaya ya 😀
jaatsiahjohan says
bkn johan
saya jaatsiah….hehehehe….johan ayah saya….
Hairul Hissam says
Opppsss sory.. cik Jaafsiah… he.he.he,….. .
jaatsiahjohan says
en hairul,sy dh cuba resepi ni…mmg rangup giler…cuma ‘sampah’ kurang kn???betul x….tuk bykkn ‘sampah’ sy asingkan bekas lain n tambah lg air suam….mmg jadi….hehehe…thank en hairul…
Semoga Allah murahkan rezki en Hairul….amin
Hairul Hissam says
Tima kasih Cik jaatsiah. kalo guna jenama royal.. memang ranggup.
Wah siap bagi tips tambahan guna air suam.. tqvm ya cik jaatsiah 😀
jaatsiahjohan says
🙂
Nani says
Saya 1st time buat. Memang sedap la. Best lak.hehe. Tapi, napa time sejuk agak keras sedikit? Mungkin sy guna bp jenis lain kot.
Hairul Hissam says
Mungkin la tu kot 😀 . Ada santan.. mmg sedap kan cik nani..
Nani says
hehe…sedap.Kebetulan pula time tgh masak kawan dtg rumah.Langkah kanan la dia.Dia puji sedap la. Encik Hairul biasa guna pisang apa? Saya guna pisang Raja.
Hairul Hissam says
Saya biasa guna pisang kepuk. Pisangnya manis.. Kulitnya tebal sikit :D..
mohd azim says
time kasih en.hairul.sy dh try resepi nie,seriusly mmg cdp n ranggup..mak sy trus mintak ajarkan.hehe
Hairul Hissam says
Tentu emak en. azim suprise kan. Anak lelakinya masak lagi sedap.. 😀
Nora Alani says
saya suka la resipi ni
Hairul Hissam says
selamat mencuba.. 😀
nor.laila00@yahoo.com says
nampak mcm sedap…….bolih try nnti.tq.
Hairul Hissam says
Selamat mencuba cik laila.. 😀
Latifa says
Terima kasih chef…..harap jadi sebab dah ada step by step
Hairul Hissam says
InsyaAllah. yg penting gunakan jenis baking powder yg berkualiti spt gambar diatas. semoga berjaya… 😀
nurmisnan says
Surprise.. memang look superb..
selalunya guna tepung beras + gandum + gula + garam saja
tetap rangup dan sedap.. kena cuba.. tinkiu
Hairul Hissam says
Cubalah cara ini pula puan nurmisnan… rasanya lebih lemak krn ada santan.. 😀
love life says
wow thanks, memang duk wonder cemana nak bagi goreng pisang tu rangup. Tahu tak cemana nak buat cekodok bawang rangup?
Hairul Hissam says
boleh juga tambah sedikit baking powder yg brand kat atas tu bagi dia lebih ranggup.. kat hotel dulu guna cara inilah… dah siap adunan, tambah sikit minyak masak. 😀
Fikri says
Assalamualaikum en hairul.. tumpang tanya.. berapa lama agaknya tepung g dibancuh bleh diguna?? sy peniaga so nak kena bancuh banyak la tuk memudahkan kerja…
Hairul Hissam says
Wsalam en fikri. sehari masih tahan lagi bergantung juga pada cuaca.. 😀
khafizah says
Alhamdulilah.. memang menjadi.. terima kasih sudi berkongsi ilmu..
Hairul Hissam says
Tahniah kerana berjaya buat cik khatizah. semoga menceriakan keluarga ya.. 😀
nurul says
salam…terima kasih utk resepi tepung goreng pisang nih..saya dh cuba utk berniaga grg pisang menggunakan resepi ni…alhamdulillah blh tahan dan ramai yg komen ok ,x payah tukar tepung lain dh.asalnya saya juga guna santan..tapi satu hari tu terlupa letak…tapi masih ok …so,esoknya saya pun x letak dh la santan…hehe kurang kos…
Hairul Hissam says
Wsalam Puan Nurul. Tahniah kerana dah mulakan bisnes goreng pisang dgn resepi ini. Gembira saya dapat membantu puan nurul mulakan bisnes menambah pendapatan keluarga. Mmg jimat tanpa santan.. heee 😀
nurul says
saya budak baru blajar..kalau salah tolong tunjukkan…walaupun secara kecil2lan namun pengalaman yg sy dapat itu yg paling berharga…bukan semua orang berani mencuba…saya juga bukan seorang yg berani..tapi saya cuba memberanikan diri saya..alhamdulillah Allah bg saya keberanian itu.
Hairul Hissam says
Betul tu. .Pengalaman yg paling berharga….. Semua kejayaan bermula dgn tindakan dan usaha tanpa mengenal erti putus asa. Saya doakan Puan Nurul berjaya dalam bisnes ini. Mana taw, suatu hari nanti boleh buka francais goreng pisang 😀
nurul says
InsyaAllah…aamin semoga kita sama2 berjaya dlm apajua bidang selagi ada usaha.terima kasih banyak2…
nurul says
salam….saya nak tanya kalau saya berniaga goreng pisang dan keropok lekor boleh tak saya goreng menggunakan minyak yg sama?
Hairul Hissam says
Mmg ada peniaga gunakan minyak terpakai dalam jualannya.. 😀
nurul says
ok …saya dh cuba hari ni…nampak ok xdak memberi kesan negatif kpd grg pisang saya.alhamdulillah.terima kasih
Hairul Hissam says
terima kasih kembali.. semoga ceria dgn goreng pisang panas 😀
zara says
salam…en.hairul …biasa mak2 kita masukkan kapur sirih/ makan dalam batter….en. gantikan ngn baking powder tu ehh?
Hairul Hissam says
Mak saya pun masukkan kapur.. cuma di hotel dulu mmg diajar gunakan baking powder 😀
kakanie says
Salam hairul,
Alhamdullah hairul telah banyak menanam saham akhirat. Berkongsi ilmu dan membahagiakan orang lain adalah saham terbaik yang akan dituai diakhirat nanti. Dengan ini boleh memulakan penghidupan orang-orang yang susah dengan modal yang kecil. Iaitu asas berniaga kecil-kecilan akhirnya boleh menjadi besar. Amin
Sume e-book hairul saya cube, sume menjadi. Alhamdullah, saya dah buat taufufah, roti canai dan saya dah pun berniaga kecil-kecil dirumah. dah 4 bulan ni saya suka buat roti, pelbagai roti, saya tengok you tube. teringat hairul, mungkin ada resepi buat bun. Alhamdullah jumpa. insyaAllah saya pasti akan beli segera. tk hairul
Hairul Hissam says
Amin kak Anie.. terima kasih.. dan terima kasih kerana telah membeli pakej saya sebelum ini
Wah dah mula bisnes kecilan.. tahniah saya ucapa….semoga bisnes kecilan ini memberi byk idea kpd bisnes yg lebih besar nanti.. 😀
kakanie says
salam hairul,
susah betul nak dapat rahsia tepung goreng pisang rangup pada orang2 lain. Bila tanya tak penah bagi yang betul. Kesian diorang nak kaya didunia lupa kaya untuk akhirat. InsyaAllah petang ini akak kena cuba segera sebelum suami dan anak2 pulang kerja. bagi suprise…Jeng-jeng…
Hairul Hissam says
wsalam.. selamat mencuba dan semoga menceriakan keluarga kak anie.. cuma gunakan baking pwoder yg direkomenkan.. baru menjadi.. 😀
Lell says
terima kasih….jazakallah
Hairul Hissam says
Terima kasih kembali.. 😀
hapipah says
TQVM,semoga dimurahkan rezeki.
Hairul Hissam says
Terima kasih dan selamat mencuba.. 😀
nabihah bt mohtar says
As salam. Encik hairul, saya tak dapat nak lihat gambar bahan2 yang encik gunakan. Saya teringin hendak mencuba. Jika tidak keberatan boleh en.hairul listkan nama brand yang en.hairul gunakan. Terima kasih en.hairul.
Hairul Hissam says
oh yg baking powder, saya gunakan brand royal.. yg lain boleh gunakan apa sahaja jenama. selamat mencuba 😀
Maz says
Kalau guna butter bagaiman? Boleh tak?
Hairul Hissam says
boleh, no problem cik maz.. 😀
WAN AIDI RAHMAT says
….tk ats resepi yg amat brguna pendek kata semua jadi lah moga Allah membalasnya
Hairul Hissam says
tahniah kerana berjaya membuatnya.. semoga terus ceria dgn resepi di blog ini..tqvm.. 😀
jesita says
thank you
Afridams says
salam.terima kasih bagi resepi ni.boleh buat untuk anak2;-)
Hairul Hissam says
Semoga menceriakan keluarga puan afridams.. 😀
SALAMAH JOHARI says
Asskum En Hairul. TQVM dengan resepi goreng pisang ni….saya dah buat utk hidangan petang family. Semuanya puji sebab kerangupan hidangan ini. Alhamdulliah semuga En Hairul berjaya dlm menghasilkan lain-lain resepi yg disukai ramai. Terima kasih dengan resepi SAGUN tu ye…
Hairul Hissam says
Wsalam.. Gembira saya mendengarnya.. semoaga anak2 dan keluarga puan salamah ceria dgn goreng pisang rangup..:D
rosli bakar says
mudah dibuat dn mnyelerakan.sya akan cuba buat utk fmly sya.tq
Hairul Hissam says
selamat mencuba en rosli 😀
Mohamad Ali Hanaffiah bin Jeraee says
Terima kasih atas resepi yang menyelerakan. Insya Allah saya akan mencubanya.
Hairul Hissam says
Selamat mencuba dan maju jaya 😀
Foziah Taib says
Terima kasih, kongsi resipi hebat.
Hairul Hissam says
selamat mencuba dan semoga berjaya buat 😀
mai has says
orang kata ada orang jual letak plastik bg rangup.huhuh…harap saya x pernah terkena…
Hairul Hissam says
SAya ada buat artikelnya di blog ini.. kebanyakkannya adalah fitnah.. 😀
Nur Azmanie says
Bestnya pandai msk..syukran ats prkongsiannya..
Hairul Hissam says
Selamat mencuba dan maju jaya.. 😀
umi harnani says
Assalam,saya jual goreng pisang danselama ni saya beli tepung dari kedai yg dah siap bancuh,rupanya cik hairul ada resipi yg lbh murah dan blh buat sendiri,tq.
Hairul Hissam says
selamat mencuba resepi niee.. cuma pastikan minyak benar2 panas, baru mengoreng pisng dgn resepi nie..
jannah ps low says
Jap lagi nak try 🙂
Hairul Hissam says
selamat mencuba dan maju jaya..
AkimFuso says
asalamulaikum encik, wah, rata2 bg komen yg positif, encik xde buku kan ke resepi2 encik ni?
Hairul Hissam says
wslm.. peroduk saya semua ada dibawah artikel… tqvm..
Osman says
Terima kasih kerana En Khairu sudi turunkan resepi kepada ramai. Saya sedang mencari resepi goreng pisang sarong. Semoga dipermurahkan rezeki EN Khairul dan dipermudahkan segala urusan.
Hairul Hissam says
Terima kasih kembali.. semoga bermanfaat.. yg penting minyak kena betul2 panas, baru menjadi…
Rusmah says
Mintak halal ilmu chef butter prawn dan tepung ranggup.Resepi kita sama cuma saya tak guna santan dan baking powder.
Hairul Hissam says
Cubalah letak santan dan baking powder,, lagi sedappp goreng pisang nya..
Anuar says
Salam tuan hairul,
Terima kasih diatas kesudian tuan postkan resipi-resipi pelbagai jenis masakan dan tunjuk ajar yang yang sangat-sangut berguna ini. Saya akan mencuba untuk mempratiknya., insyaallah. Semoga dengan usaha tuan ini akan dirahmati dan berkati Allah dan dimurahkan lagi rezeki tuan hendaknya, amin
Hairul Hissam says
Terima kaish.. semoga berjaya membuat goreng pisang dan menceriakan lagi hidangan keluarga..
Shashikin says
Karipap pernah buat dah tapi peanut xtry lagi nanti boleh try ni
Hairul Hissam says
selamat mencuba resepi goreng pisang peanut butter…
Alam Maya says
ingat semua resepi goreng pisang same je.
Hairul Hissam says
ciptaan manusia bro.. tentulah byk yg berbeza.. heee
abasozora says
baru tadi malam saya dimasakin pisang goreng tepung oleh istri
Hairul Hissam says
bolehlah isteri cuba resepi nie pula nanti..
Siti Norhidanah Mohd Miswan says
pernah juga terjumpa orang share pasal resepi tepung untuk goreng pisang gini… tapi nya saya yang malas ni selalu guna tepung beras je atau guna tepung gandum je, bancuh dengan air sejuk lepastu masa nk goreng masukkan minyak panas 2 sudu dah goreng… selalunya memang ranggup dah tahan juga untuk 2-3jam masih lagi ranggup
Hairul Hissam says
terima kasih krn share respei puan tu.. senang utk dibuat.. tq
NA says
Buka resipi rahsia hotel untuk adunan tepung. Hehe boleh cuba. Terima kasih kongsi ilmu.
Hairul Hissam says
semoga berjaya membuatnya. he.he.he
ciktom says
nati nak cubalah..
byk kali try komen..asyik failed…td taip panjang tp asyik xberjaya je..ni pendek jelah..haha
Hairul Hissam says
oh yee kee.. mungkin sbb captcha math tu kot… nanti saya disable kan.. kesian pengunjung datang jauh2 tak boleh boleh komen..heee
tq cik tom krn bagitaw.. kalau tak saya pun tak taw…