Kalau banyak sangat kurma di rumah, boleh buat kurma butter cookies ini. Sangat sedap dan mudah dibuat. Sangat sesuai dibuat untuk hari raya.
Tapi sebelum tu jom tengok dulu testimonial kek hari jadi ini.
Ramai betul yang berniaga kek harijadi selepas belajar di www.deco.rahsiakek.com. Krimnya memang sedap dari resepi hotel masa saya kerja hotel dulu. Boleh tengok banyak lagi testimonial dengan klik link ini: www.deco.rahsiakek.com
Bahan-Bahan Resepi Biskut Raya Cornflake Butter Cookies
Bahan-Bahan
300gm Tepung Gandum
50gm Tepung Jagung
200gm Butter
125gm Icing Sugar
1 Biji Telur
Cara Buat Resepi Biskut Raya Kurma Butter Cookies
Langkah 1: Pukul Butter dengan Icing Sugar. Seterusnya masukkan telur dan pukul lagi. Pukul macam kat gambar di atas tu.
Dalam gambar ini saya buat dua kali ganda resepi ya.
Langkah 2: Seterusnya masukkan tepung jagung dan tepung gandum. Kalau rajin, boleh lah ayak dulu tepungnya. Masukkan sedikit demi sedikit tepungnya ya. Pukul dengan gear perlahan sehingga semua bahan bercampur.
Digambar sebelah kanan tu saya bahagikan adunannya kepada empat. Iaitu adunan untuk kurma cincang, mix fruit, chocolate chip dan cornflake. So dapatlah 4 jenis biskut raya untuk hari raya.
Langkah 3: Seterusnya masukkan ke dalam paper cup mengunakan sudu atau garfu.
Seterusnya bakar pada suhu 160 darjah selama 15-20 minit sehingga bahagian atasnya sedikit brown.
Bila keluar oven, ia agak lembut sikit. So kena tunggu sejuk baru ia keras.
Inilah hasil biskut raya aneka butter cookies. Dari empat jenis tu, yang paling saya suka ialah campuran mix fruit. Dah macam kek buah. Campuran chocolate chip pun sedap.
Kalau letak lebih banyak kurma atau mix fruit, lagi menarik biskut raya nya.
Jika ada adunan yang tak sempat dibakar boleh disimpan di dalam peti sejuk dan dibakar keesokkan hari. Selamat mencuba yaaa.
ciknor says
bijaksana sungguh en hairul ni ye…terkesima jap saya.
selamat hari raya.
Hairul Hissam says
selamat mencuba dan selamat hari raya.. 😀
hafizmd says
Terbaiklah bro hairul.
InsyaAllah akan dicuba buat lepas raya ni….
Selamat hari raya bro hairul….maaf kalau ada tersalah bahasa…
Hairul Hissam says
Selamat mencuba dan selamat hari raya…. kalau biskut raya habis, boleh buat on the spot.. heee
UmmiKami says
Assalamu’alaikum dah makan ke belum… 🙂
Selamat menyambut hari raya ‘Aidil Fitri,
Buat menantu pilihan sedunia,
Semoga menjadi chef terhebat.
Hairul Hissam says
Wsalam, dah kenyang sampai tak boleh bangun nie 😛 .
perghhh.. sedunia tu. he.he.he..
terima kasih dan selamat hari raya.. 😀
Mohd Shubhi says
Sedap nampak kuih dalam gambar tu. Selamat Hari Raya Aidilfitri…moga ceria selalu. Jangan lupa posa 6
Hairul Hissam says
Terima kasih kerana mengingatkan dan selamat hari raya… 😀
puteri kasih says
menarik..satu adunan dapat buat 4 jenis biskut yang berbeza hanya dengan penambahan bahan-bahan sampingan. Terer la Hairul ni 🙂
p/s Selamat hari raya buat Hairul dan keluarga. Maaf zahir batin 🙂
Hairul Hissam says
Bukan empat je puteri.. nak buat lebih lagi pun boleh… rasanya itulah cara kilang2 yg buat kuih raya.. mereka guna adunan yg sama.. cuma bentuk je berbeza 😀
selamat hari raya dan maaf zahir batin.. 😀
puteri kasih says
sebenarnya mudah je kan nak buat biskut raya atau kek..yang penting kita tau bahan dan cara basic..yang lain tu boleh di olah ikut kreativiti kita sendiri..betul tak hairul? 🙂
Hairul Hissam says
Betul tu puteri, jauh lebih mudah dari belajar sains atau matematik form 5, heee 😀
TehR says
masuk hari ke-5 ni
molek sangat kalau jumpa resepi baru
selamat hari raya
maaf zahir batin
dunia dan akhirat
Hairul Hissam says
selamat hari raya dan maaf zahir batin bro…
kalau kuih raya habis stok, org masih dtg lagi.. boleh buat kuih raya nie… 😀
blackrosehunter says
hebat la bro buat kuih raya.. suka cornflake.. 🙂
Hairul Hissam says
Sebenarnya mudah je bro 😀
Blog Asyraf says
sedap biskut ni.. 🙂
Hairul Hissam says
InsyaAllah sedap. Ditambah lagi dgn kurma, tentu lebih berkhasiat 😀
gee nana says
assalam salam aidilfitri
en hairul tk byk2 sbb dpt gak tmbah koleksi resipi kuih raya
walau simple tp msti sedap n crunchy kan.msti cuba ni..
ok teruskan perjuangan dlm blog yg byk bg manfaat kat rakan2 yer..
wassalam n tq
Hairul Hissam says
Wsalam dan terima kasih kembali kerana sudi mencuba dan sokongan, cik nana….
InsyaAllah akan terus memberi info berguna kpd pembaca blog ini… 😀
Hafizul says
Hehe..piping tu apa bro?emm untung pandai buat kuih muih ni..nak makan tak yah tunggu raya.buat aje sendiri..hehe..saya bab masak ni rasa tak serasi la bro..rasa juga keinginan nak memasak ni..hehe..selamat hari raya bro..
Hairul Hissam says
Piping yg org guna utk menghias kek tu bro.. yg picit2 tu bro . heee..
betul la kata bro. kalau biskut raya nie boleh mengantikan gula2 atau jajan kan bagus…. boleh makan hari2…
selamat hari raya bro…. 😀
Hafizul says
ooo lagu tu yer piping..yang picit2 boleh wak bentuk2 ekk..hehe..baru tahu..
Hairul Hissam says
bila sebut picit2, tu yg syok. heeee 😀
mahani says
Terima kasih Hairul, share resepi yang simple tapi menarik ni. Bolih tambah koleksi resepi kuih raya saya. InsyaAllah, bolih cuba raya tahun depan.
Hairul Hissam says
Macam2 boleh buat dgn adunan tu cik mahani.. tentu lebih meriah.. 😀
super mak says
kagum saya…. t kasih hairul, satu idea yg sgt kreatif..
selamat hari raya.
Hairul Hissam says
Oh, nie resepi hentam sajeee.. heee . selamat hari raya super mak 😀
onlajer says
selamat hari raya bro,suka juga aku dengan biskut cornflake lagi – lagi yang bermadu
Hairul Hissam says
Selamat hari raya bro… tambah madu tentu lebih sedap dan berkhasiat.. 😀
ejah says
wah, kreatifnya en hairul…trima kasih, mesti cuba ni… ringkas & mudah:)
Hairul Hissam says
Rugi kalau tak cuba 😀
Mekar says
Tahun depan harus cuba resepi2 nih. Dah dapat 4 jenis cookies kan?..hehe
Salam Lebaran Hairul. terima kasih atas resepi2 yg di post selama ni.
Hairul Hissam says
Boleh jadi lagi 10 cookies kalau nak cik mekar.. tambah sikit warna dan bentukkan lain sikit.. so tak payah penat2 buat cookies yg berlainan.. selamat hari raya cik mekar.. 😀
kamisah says
assalamualaikum,
terima kasih kerana sudi berkongsi resepi..Insya Allah sy akan menambah koleksi biskut keluaran De’Akma.sebelum ni da mbik pakej rahsia bun dan Allhamdulillah sememangnya segala ilmu yg en hairul berikan semuanya menjadi dan telah merubah ekonomi keluarga sy..sy doakan en hairul menjadi KAYA DAN BERJAYA..Selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir & batin
Hairul Hissam says
Wsalam. Tahniah puan kamisah kerana telah berjaya dalam bisnes makanan. saya pun tumpang gembira.. Semoga rezeki puan semakin bertambah ya 😀
habsah mohammad isa says
assalamualaikum….
slmt hari raya maaf zahir batin walau pun terlambat tp syawal masih berbaki lagi.
tk krn pos resepi yg sedap ni cumanya belum try lagi.
bagus idea tu satu adunan boleh buat 4 rasa yg berlainan.
tk.
Hairul Hissam says
Wsalam dan salam syawal buat habsah sekeluarga…
terima kasih atas pembelian pakej saya dan selamat mencuba resepi di sini.. 😀
Lell says
terima kasih daun keladi…..
Hairul Hissam says
sama2 .. 😀
devi says
hanya bisa membayangkan kelezatannya saja,,hemmmmmmmm
Hairul Hissam says
cubalah.. 😀
Azizah Che Rus says
Sungguh creative dan menarik resepi2 tu.
Hairul Hissam says
selamat mencuba..:D
Index Apk says
saya pernah buat ni,, rasanya memang sedap
Hairul Hissam says
raya tahun nie kena buat lagi kuih raya nie..
Halina says
Nmpk simple dan sedap..sy pun nk try buat ne…lagipun sy mmg gemar mkn biskut….
Hairul Hissam says
Sedap dan sihat tanpa bahan kimia tambahan. Slmt mencuba..