Resepi Ayam Goreng style KFC ini adalah kiriman Kak Raja. Tentu ramai yang meminati ayam goreng seperti di KFC. Rasanya yang rangup dan menyelerakan. Kelazatannya memang tak terkata. Tapi tentu lebih puas dan berkhasiat jika dibuat sendiri di rumah. Tak perlu lah hari-hari ke KFC. Boleh makan sepuas-puasnya.
Di dalam artikel ini saya telah sediakan resepi untuk membuat ayam goreng kfc dari kiriman Kak Raja. Rasanya lebih sedap dari ayam goreng di kfc. Jom kita pelajarinya.
Bahan Resepi Ayam Goreng KFC
1/2 ekor ayam (potong 8)
2 cawan tepung kentucky (ade jual kat pasaraya)
1 cawan breadcrumbs yang dibeli di kedai bahan bakery.
2 sudu besar jus lemon
3 biji telur
sedikit garam dan serbuk lada putih secukup rasa.
sedikit Cili serbuk
Cara Membuat Resepi Ayam Goreng KFC
1. Mudah sahaja membuat resepi ayam goreng macam di jual di kfc nie. Gaul ayam dgn jus limau, 1 biji telur, lada putih, garam dan 1/2 cawan tepung kentucky.
2. Perap ayam kfc dalam peti sejuk chiller selama 1 jam
3. Masukkan ke dalam 3 mangkok berbeza iaitu 1. tepung kfc, 2. Telur, 3. breadcrumbs (masukkan serbuk cili ikut suka bagi menjadikan ayam goreng kfc lebih pedas atau spicy).
4. Ambik seketul ayam kfc, lumur dengan tepung. Kepal atau tekan kuat2 supaya tepung melekat kat ayam. Seterusnya celup dlm telur. Lps tu golek kat breadcrumbs pula
5. Terus goreng ayam dalam minyak yang banyak (deep frying) dan betul-betul panas.
6. Bila ayam goreng kfc dah agak perang, tutup kuali dengan penutup dan kecilkan api. Ia menjadikan ayam goreng kfc masak sekata.
7. Biar ayam benar-enar masak baru angkat dan tos. Senang kan resepi nya.
8. Hidang ayam goreng semasa panas-panas bersama kentang lecek/putar atau makan begitu sahaja.
Hairul.com: Terima kasih kepada Kak Raja kerana sudi berkongsi resipi ayam goreng kfc ini
akubiomed says
Sukanya saya akhirnya rahsia resepi tepung goreng ala KFC sudah diketahui.
Hairul Hissam says
Abislah KFC… rahsia resepi ayam gorengnya terbongkar…. 😀
harlina bt mahmood says
Salam en.Hairul , makcik dah cuba petua untuk kempiskan p.erut .alhamdulillah adalah kesannya…..terima kasih banyak2. kini makcik dah sampaikan ilmu tersebut kepada rakan2 terdekat.
Hairul Hissam says
Tahniah puan harlina, semoga dapat mengurangkan masalah perut buncit puan 😀
lieza says
sedap..lps ni tak pyh lagi g kfc..jimat2..tq hairul
Hairul Hissam says
Mmg jimat kan cik fieza buat snediri ayam goreng nie.. resepi nya pun mudah.. 😀
Encik Joe says
sedap ker brader… nk try r
Hairul Hissam says
Rugi kalo tak cuba resepi ayam goreng kak raja nie brother.. 😀
nita says
macam sedap jer macam lazat jer….
InsyaAllah kalau ada kesempatan ingin mencuba resepi ayam goreng ini.
terima kasih sudi berkongsi resepi ^_^
Hairul Hissam says
InsyaAllah sedap.. tak cuba tak taw . heee
selamat mencuba..
ana says
tima kasih atas resepi ayam goreng kfc tersebut, insyaallah ada masa nak cuba buat….mesti nak cuba buat………
Hairul Hissam says
selamat mencuba 😀
Selvarajah Murugesan says
nampak senang cara membuat. Nanti I cuba buat untuk anak. Tkasih hairul
Hairul Hissam says
SElamat mencuba..mesti keluarga sukakannya 😀
jeffery says
semuga dimurahkan rezeki ….resepi yang sedap-sedap!!
Hairul Hissam says
selamat mencuba 😀
Maiza says
Syukran en.hairul…saya dah buat ayam goreng ala kfc tu.
Memang rangup dan sedap dan kalau nk pedas letak serbuk lada kit…makan pun puas. Kalau gi mkn kat kfc maunya rm50..hihihi…
Syukran atas resepinya.Terbaik.
Hairul Hissam says
terima kasih kerana sudi bagi maklumbalas ttg respi ayam goreng kfc nie… tentu lebih ramai ingin mencubanya nanti.. tqvm
delliema says
Salam,
Sy nak bertanya, breadcrumbs tu nak guna yang warna kuning ker atau putih? Coz breadcrumbs ni ada 2 jenis, breadcrumbs kuning dan breadcrumbs putih..resepi ini guna yang mana? Atau pun mana2 pun boleh asalkan breadcrumbs..;)
Hairul Hissam says
masa kerja masak dulu, guna yg kuning… 😀
ida says
rupanya kena letak breadcrumbs juga. terima kasih atas resepi
Hairul Hissam says
Yap, breadcrumbs menjadikan ayam goreng lebih rangup mcm kat kfc..
hazlina binti haji buddin says
Sedap la…saya da cuba buat…lepas ni tak yah da p k.f.c…buat sendiri lg bgs…tima ka c en hairul…
Hairul Hissam says
Lepas nie, hari2 boleh makan ayam goreng ala kfc. heee
Nadia says
Serbuk cili tu nk cmpur kat mana? Tepung, telur atau breadcrumps?
Hairul Hissam says
Boleh campur kat tepung ayam goreng kfc
Olie says
Tq…sharing yang bagus
Hairul Hissam says
selamat mencuba resepi ayam goreng nie..
jihan says
tq en hairul..lpas ni bole cuba resepi ni
Hairul Hissam says
selamat mencuba…