Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Apam Beras ini kiriman Cik Azriey Amrie. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Apam Beras:
2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 cwn brown sugar
3/4 cwn gula
2 1/2 cwn air
1 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam
Cara Membuat Resepi Apam Beras :
1. blend nasi dan air sehingga hancur.
2. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
5. perap selama 3 jam.
6. masukkan dlm loyang dan kukus selama 30 minit..(cucuk dengan lidi utk pastikan dah masak)
7. hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!
Hairul.com: Terima kasih kepada Cik Azriey Amrie kerana sudi berkongsi resipi apam beras
Leave a Reply