Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Aiskrim Coklat ini kiriman Kak Raja. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Aiskrim Coklat
2 biji kuning telur
1 biji telur
140 g gula kastor
250 ml susu penuh krim perasa coklat
400 g Non Dairy Whipping Cream
1 sudu teh esen vanila
Cara Membuat Resepi Aiskrim Coklat
1. Pukul 2 kuning telur + 1 telur dan gula sampai gebu
2. Panaskan susu penuh krim hingga suam
3. Tuang susu ini ke dalam adunan telur. Kacau hingga sebati dan biarkan sejuk.
4. Putar Non Dairy Whipping Cream sehingga kental dan gebu.
5. Campurkan susu perasa coklat, essence vanial dan non dairy tadi. Kacau dengan senduk. Dan simpan dlm tupperware dlm peti ais yg beku
6. Esoknya baru blh makan. Tp jk ade mesin aiskrim mcm akak (he he) – masukkan semua bhn dan biar dia putar sampai aiskrim membeku. Mmg lembut cam aiskrim magnolia
Sent from my iPhone
Hairul.com: Terima kasih kepada kerana sudi berkongsi resipi
Noor Pazilah bt Abdul Rahaman says
Memang sedap resepi yg di paparkan
Hairul Hissam says
selamat mencuba 😀
Achmaad says
Hee tumpang tanya,lepas putar non dairy whipping cream tu terus cmpur chocolate tu or kne putar plak dua2 tu sekali lagi?? N bila plak nk letak esen vanilla?? Hee terima kasih ?????????????????
Hairul Hissam says
Ya, terus campur dengan senduk dan campur essence vanilla sekali… 😀
Fida says
Perkongsian yang menarik.. 🙂 nak try resepi ni…
Hairul Hissam says
Selamat mencuba resepi aiskrim coklat ini…
murniey says
Halalkan ilmu ni ok,murniey akan buat untuk bisnes
Hairul Hissam says
semoga berjaya membuatnya..
NurHidayah says
terima kasih,halalkan resepi ini.
Hairul Hissam says
selamat mencuba resepi aiskrim goreng ini..
Armiza says
Salam..nak tnya pas pukul telur masuk kan susu full cream suam dalam telur..so telur tu xpayah masak la kiranya yea..
Hairul Hissam says
Yap. guna telah mentah sahaja.. selamat mencuba resepi aiskrim sedap niee…
mohd rahim says
kalau guna perasa lain boleh x?
Hairul Hissam says
apa2 perisa pun boleh en rahim utk buat aiskrim