Hari ini, hari yang paling mengembirakan buat saya. Hari yang paling bertuah. Yess, pinjaman perumahan saya dah berjaya. Alhamdulillah, Allah s.w.t mempermudahkan urusan saya. Berkat doa emak yang baru balik umrah kot.
Baru je tengahari tadi selesai tandatangan semua dokumen untuk pinjaman perumahan dengan pihak RHB. Tima kasih tidak terhingga buat En Muhamad Hafiz Ariffin, staff RHB Bank cawangan Johor Jaya yang sangat peramah. Best la brother nie.(Sekarang en hafiz dah berpindah ke RHB cawangan Taman Sentosa, JB). Next week saya kena jumpa lawyer untuk sign S&P dokumen. Lagi dua bulan, boleh lah masuk rumah sendiri. Yahoooooo. Syukur alhamdulillah.
Kisahnya bermula pada awal tahun nie. “Hairul, adik kau bulan sebelas nie nak bersanding. Mak ingat nak jadikan bilik kau tu sebagai bilik persandinganya”. Dalam hati saya, kalo macam nie. Susah sikit la saya nak run bisnes online. “Ala kau duduk la bilik adik kau”. Fikir punya fikir, elok beli rumah sendiri. Lagipun saya ada plan nak buat bisnes offline.
Bermulalah episod mencari rumah sendiri. Berbulan-bulan juga mencari. Tiada yang berkenan dihati. Akhirnya terjumpa satu iklan di mudah.my. TQ so much mudah.my. Iklan tersebut dari owner rumah tu. Rumahnya empat bilik tidur dan dua bilik air. Tengok pun dah berkenan.
Saya terus dapatkan alamat rumah dan ke bank untuk mengetahui nilai rumah tu.Β Selepas dapat nilai rumah, barulah saya negotiate harga dengan tuan rumah. Seterusnya saya apply pinjaman perumahan di RHB dan CIMB. Alhandulillah Kedua-duanya berjaya. Cuma CIMB boleh bagi loannya 80% dari nilai rumah. Manakala RHB 90% dari nilai rumah. So mestilah saya pilih RHB.
Dokumen bank yang diberikan ialah salinan ic saya, salinan geran rumah dari pemilik rumah, 6 bulan bank statement, sijil pendaftaran perniagaan, income tax bisnes online dan penyata pendapatan bisnes online. Nasib baik la ada declare income tax untuk tahun 2011. Kalau tak, susah juga. Panyata pendapatan bisnes, saya buat sendiri. Siap bagi tracking number penghantaran pembeli. Walaupun cawangan bank tak minta tapi saya rasa perlu untuk menyakinkan HQ bank.
Semasa saya survey rumah, saya dapati ramai broker rumah menggunakan RHB bank. Oh rupanya pihak RHB lebih mudah meluluskan loan dibandingkan bank lain. Dan urusannya lebih smooth dari bank-bank lain. Kalau duduk di JB. Elok guna RHB cawangan Johor Jaya. Brother Muhammad Hafiz memang peramah la melayan customer. Semoga artikel bermanfaat ya.
p/s: Rumah yang saya beli nie bukan rumah baru dari pemaju tapi rumah terpakai dan owner rumah tu. Rumahnya kurang 10 tahun didiami.
tehr says
wah, tahniah
selamat naik rumah baru
aku tiada pengalaman beli rumah sebab rumah yang ada ni kami buat sendiri [beli tanah dan upah orang buat]
Hairul Hissam says
Sebelum beli rumah nie. byk juga cawangan bank dan org saya tanya.
First time beli rumah, risau juga.
WAh mmg untung la en tehr beli tanah dan bina sendiri. π
suri says
klu dpt rumh kg best gak bro
Hairul Hissam says
betul tu. rumah kampung mmg best.. π
chii says
wahh..tahniah..boleh la dikongsikan gambar rumah tu skali..nak gak tgk rupa rumahnya π
Hairul Hissam says
Tima kasih. InsyaAllah cik chii.. Nanti dah masuk rumah.. bolehlah tayang gambar.. π
Mekar says
Betul..betul.. Nak jugak tengok gambar rumah alang2 dah cerita
Hairul Hissam says
Kena tunggu lagi dua bulan la… π
Cikgu Hairul says
RHB memang mantap buat kerja. Rumah pertama saya guna RHB memang cepat je lulus. Rumah kedua guna CIMB, macam2 songeh dia nak. Kenapa RHB tak bagi percuma legal fee tu ye? Saya rasa kalau rumah harga atas 100K legal fee tu dia bagi free je.
Hairul Hissam says
Mmg terbaik RHB kan..Eh ye ke legel fee utk rumah atas 100k free.. Sebab byk juga cawangan cimb, rhb dan broker rumah yg guna RHB saya tanya… Semua kata mmg kena bayar legal fees.. Tak tahulah kalo mereka dah upkan lagi harganya atau ada pakej khas π
Jebeng Otaiβ’ says
tahniah bro..dh ade rumah sendiri..rhb johor jaya ker?..ok leh riki2 pas ni..hehe
Hairul Hissam says
Yap.. rhb johor jaya. bro. Mmg peramah staff disana.. terumatanya En Hafiz π
anif says
Tahniah. Dan bermulahlah komitmen kewangan yang agak berat ni. Semoga semuanya smooth!
Hairul Hissam says
Betul tu En anif.. satu komitment yg perlu diuruskan dengan baik. Duit standby dan bisnes offline kena get ready jika bisnes online nie drop… Semoga semuanya smoooottthhhhh.. aminn.. π
akubiomed says
Tanniahlah sudah ada rumah sendiri. Apabila sudah berkeluarga ada tempat untuk isteri dan anak berteduh.
Hairul Hissam says
Betul tu en akubiomed.. kalau ada keluarga nanti…. tak perlu pening2 cari rumah lagi kan π
suri says
130k mahal juga bro… sy ejen jualan tanah rumh kilang bagai dpt agak berpa kira2nya heeee..
btw ada rumah sndri kita lebih selsa dri duduk dg kluga yg adik2 sedia utk mmbesar hee
Hairul Hissam says
Dah ramai sangat agen broker rumah. Cari keja lain je la .he.he.he..
Yap. mudah sikit nak buat decision kat rumah sendiri kan π
suri says
alhamdulillah satu hasil yg berbalio mmg ras apuas di hati.tu nmpk benar bro suka masa terbetikan entri ini heee…
blh bt kendri kecil2 utk rumah tu ski dg kenduir nak smabut puasa ni
Hairul Hissam says
Bagus juga tu buat kenduri masuk rumah… Tapi masuknya lepas bulan puasa la.. π
ayis says
alhamdulilah, kerna dapat memiliki rumah idaman, semoga rezeki akan bertambah-tambah. Amin.
Hairul Hissam says
Tima kasih En ayis. syukur kerana dipermurahkan rezeki.. π
titan says
wahh..dah ada rumah baruu..
Hairul Hissam says
alhamdulillah… tima kasih en titan… π
Mekar says
tAHNIAH Hairul..
Rumah dah ada. Nampaknya lepas ni kena cari “orang rumah” pula. hehe.. (jgn mare).
Hairul Hissam says
he.he.he.. nanti saya tampal iklan.. “Orang Rumah diperlukan.. ada yg berminat tak”.. ha.ha.ha
shani says
Tahniah, dah dpt beli rumah sendiri, seronok nyer dengar….saya pun blm ada rumah sendiri lg, info ini amat berguna utk rujukan saya..tq
Hairul Hissam says
Semoga info ini bermanfaat buat cik shani. π
shani says
Insyaallah..
suri says
TIMA ?? terima heeee…bro dh siap2 ke ruamh baru tu utk diduduki?
Hairul Hissam says
Org johor moden.. kata tima… he.he.he..
eh.. nie bukan rumah dari pemaju.. nie beli dari owner..
kalo dari pemaju, mana boleh minta kurang….. π
so kena tunggu proses tukar hakmilik. Bank kata paling lambat pun dua bulan…
Cik Anna says
Hairul, interest RHB tetap atau berubah2???
Hairul Hissam says
ada juga tanya kat RHB.. semua interest mana2 bank akan berubah2.. tapi perubahannya tak dela ketara kecuali bila kegawatan ekonomi… cuma islamic loan ada had maksimumnya..
fiezaradzi says
tahniah. tahniah.. dah de rumah sendiri.. bagus.. bagus.. rhb mmg senang sikit skg ni.. biasa lau rumah lama (subsale) mmg kena bayar dlm 10-15%, bergantung lah kan..
apa pun, tahniah sekali lagi..
Hairul Hissam says
tima kasih cik fieza…. tak sabar nak masuk rumah sendiri …. rumah tu baru je 6 tahun diduduki.. Yg untungnya rumah subsales nie boleh cepat masuk tetapi risiko boleh kena ditipu… π
den says
salam tuan,
salam tuan, saya berhajat untuk membeli rumah second hand dalam lingkungan harga RM 180,000. berapakah total kos termasuk lawyer, S&P dan y len len?lawyer kita kita cari or bank provide?
Hairul Hissam says
Untuk harga lawyer, kena tanya dgn lawyer.. sebab harganya mengikut jumlah pinjaman.
Untuk lawyer S&P, boleh guna lawyer sendiri atau gunakan lawyer bank. terpulang pada kita.
den says
tima kasih tuan….Lawyer perlu ada orag org?
Hairul Hissam says
Saya kurang paham en den.. π
den says
maaf tuan. mksud saya lawyer perlu ada 2 org ke?
Hairul Hissam says
Terpulang pada kita. Boleh dua orang.. boleh seorang sahaja. Mcm saya guna satu lawyer yg sama untuk perjanjian bank dan S@P dan guna lawyer bank.
gloryatie says
tumpang tanya ye…
pinjaman berapa tahun?
berapa sebulan kena bayar?
thanx
Hairul Hissam says
Saya ikat maksimum 30 tahun. bayaran bulanannya enam ratus lebih… π
gloryatie says
sewa rumah pon cecah rm600 – rm1000
memang bagus beli umah sendiri kan
finally jadi hak sendiri (*,*)
Hairul Hissam says
Betul tu. Tapi ramai juga yg tak berjaya buat pinjaman walaupun mampu bayarnya.. π
Min says
boleh saya tahu berapa BLR dan interest untuk home loan ni?
Hairul Hissam says
Utk Islamic Bank tiada BLR.. dia panggil IBR.. IBRnya 6.6percent.. dan ditolak dgn fixed rate 1.8percent. so jumlahnya: 4.8 percent.. tapi IBRnya akan berubah mengikut keadaan semasa..
sha says
Salam.hi bro.just nak tanye.mase awk g bank sbb nak org bank nilai harga umah tu,awk hant bawa copy iklan kat mudah.com tu ke?n mmg trus g rhb johor jaya tu ea?
Terima kadih.:)
Hairul Hissam says
Oh tak perlu. Saya cuma bagitahu info tentang rumah tu
Dibawah ini info yg perlu diberikan
1. Alamat rumah
2. ada renovate atau tiada
3. keluasan rumah dan berapa bilik
4. lot bumiputera atau international
5. pajakan atau pengangan bebas
ya, saya buat pinjaman di rhb johor jaya.. cari en. hafiz..
menurut en hafiz pinjaman atas 100k lebih rendah interestnya dibandingkan pinjaman bawah 100k.
Skrg en Muhammad Hafiz Ariffin dah berpindah ke RHB cawangan Taman Sentosa, JB.. Untuk hubungi beliau, boleh call center 1-300-88-8742 dulu dan kemudian minta mereka sambungkan ke cawangan taman sentosa, jb utk bercakap dgn en hafiz berkenaan pinjaman perumahan.
man says
salam tuan,
agak2 kalau gaji bersih rm1800 brapa loan boleh dapat? rhb ni ada tgk ke rekod ctos or ccris macam bank2 len? nak beli rumah tapi blur2 lagi…huhu
Hairul Hissam says
Wsalam tuan, saya kurang pasti pula. Elok tanya direct di cawangan RHB. Tiada masalah untuk berjumpa dengan pegawai mereka untuk mendapatkan nasihat π
suzy says
Salam,
En. Hairul, sy ada tanya 2 loan bank. 1 bank islam, 1 bsn. pd mulanya 2-2 bank bg sy -2.00. bile loan dah approve, bank islam bg -1.70 sahaja menjadikan 90% drpd 135k setiap bulan(35 tahun) ialah 620.41 (tp bank islam kata fixed rate, sampai bulan ke 420 bayar 620.41), manakala bsn sy ambil islamic gak, dia bg -2.00 menjadikan 90% drpd 135k setiap bulan(35 tahun) ialah 603.00. tp dia x fixed even islamic. pegawai tu kata loan bsn islamic, floating. ikut keadaan ekonomi. tp ramai yg kata loan islamic mmg fixed rate, x kire apa jadi. tp sy ada dgr dr seorg kwn sy, dimana kawan sepejabat dia yg ambil cimb islamic, installment dia x fixed juga…
sy dlm proses nak sign letter offer..cuma sy x tau nk wat pilihan mana…boleh x en. hairul bg sedikit pandangan pada sy..benarkah bank islam yg mengatakan rate dia fixed sampai habis byr tu betul wlu keadaan ekonomi merosot? sekian, tqvm.
Hairul Hissam says
wsalam, setahu saya dari rhb bank, rate -1.7 atau -2.0 tu yg fixed tapi Islamic Bank Rate (IBR) berubah. Mcm di rhb IBRnya 6.6 dan fixed rate -1.8. So kadar interestnya utk pinjaman saya ialah 6.6-1.8 = 4.8. IBRnya akan berubah. Elok double check dgn bank islama samada bayaran 620.41 tu fixed atau yg dimaksudkan -1.7 tu fixed. Tapi kalo betul byrn 620 tu fixed, elok ambil yg tu π
suzy says
TQVM En. Hairul…sy try kol 2 org pegawai yg menguruskan housing loan dr bank islam tp mereka bg sy jawapan yg berbeza. yg wanita kata, fixed sampai bulan yg ke 420..maksudnya sampai habis. pegawai lelaki lak kata “mana ada bank yg menawarkan fixed rate”…waaaaa…sy pun x tau nak percaya ckp siapa…dah lah owner rumah yg saya beli tu x sabar2 nak jual rumah dia….
Hairul Hissam says
Biasanya fixed rate untuk loan kereta sahaja. Mungkin ada kesilapan penerangan dari pegawai bank. Setahu saya IBR mmg akan berubah2 tapi perubahannya tak lah jauh ketara.. π
hairi says
salam
ck hairul installment setiap bulan tetap ke sehingga 30 tahun atau ade perubahan ??
sebb sy ade tye cimb die punnye installment xtetap ,die akan bg thu jika ade peruahan tengtg interest.die berpandukan bank negara..
Hairul Hissam says
Wsalam.. Interest untuk pinjaman perumahan mmg berubah2. Tapi kadar perubahannya tidaklah jauh berbeza. π
rainie says
Bisnes offline apa ye. Boleh ajar x?
Hairul Hissam says
untuk bisnes offline, ada di ajar di dalam pakej saya spt bisnes bun di http://www.rahsiabun.com
Ucop says
Sy dok kL, dan sy tgh nak beli rumah. tapi loan belom approve mane2 lagi. da try Cimb Bank, tp reject.
Sy beli dgn Agent. Loan X taw mane2 lagi,,tapi agent dok paksa sy sain borang SnP. Siap suroh byr Ballance !0 Percent + bayar SNP pd Lowyer agent Lak..
1) Mcm mane sy nak wat supaya Deposit sy x Burn!! Pening..?? x_x Agent mcm nak main duit lak ngan sy..
2) Agent Ckp, Lau sy wat deckline latter, sy kena Denda.. Btol kew??
Hairul Hissam says
Nasihat saya jangan sign apa2 dokument dan minta nasihat dari pihak bank di atas masalah ini. Mereka mmg tak boleh denda sekiranya en. Ucop tak sign apa2 dokumen. Nak lagi bagus, elok ke tribunal tuntutan pengguna. Mana taw boleh dapat balik deposit.. Mereka takut sikit dgn tribunal pengguna ini
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,
Aras 5, Podium 2,
No. 13, Persiaran Perdana,Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya.
Toll Free : 1-800-88-9811
Telephone No. : 03-8882 5822
Fax No. : 03-8882 5831
Fida says
Salam. En hairul, sy nk tny berapa lawyer fee n s&p yg en hairul kena byr pd lawyer utk hrga rumah 130k tu?
Hairul Hissam says
wsalam.. yg pihak bank cover RM3 ribu spt dalam gambar artikel.. dan yg kena tambah sendiri, saya tak ingat…. π
fazil says
boleh saya dapatkan contact bro muhammad hafiz tu tak..
Hairul Hissam says
Skrg en Muhammad Hafiz Ariffin dah berpindah ke RHB cawangan Taman Sentosa, JB.. Untuk hubungi beliau, boleh call center 1-300-88-8742 dulu dan kemudian minta mereka sambungkan ke cawangan taman sentosa, jb utk bercakap dgn en hafiz berkenaan pinjaman perumahan.a.. π
MAMA says
salinan ssm dia nak yg berniaga berapa tahun
Hairul Hissam says
Masa saya buat pinjaman tu, baru dua tahun daftar ssm. Elok check dgn pihak bank utk maklumat yg lebih tepat.. π
Adikchiek says
Sye actualy just buat kerja cuci rumah je..kerja sendiri je and tak ada pekerja. Tapi sye ada daftar ssm milikan tunggal dah 3 tahun dah..Ada buat account dan dah bayar tax kat lhdn tiap2 tahun dalam 300-500 setahun. 2tahun sebelum ni income company sye tak masuk banyak sangat dlm 2500-3500. Then 500 sye stay dlm account semasa. Balancenya sye tranfer ke acc personal mybank sebagai gaji.. But baru 3-4bulan ni income company sye ada peningkatan pendapat sikit.every Month sye boleh masukkan dalam company rm4000-4500,but caranya sama juga, rm500 stay Dlm acc semasa, lebih nya dalam rm3800 sye tranfer ke Maybank setiap 1hb. So untuk 1hb tu sye akan tranfer semua payment yg perlu dibuat mcm sewa rumah,credit card,dan 1k sye siap2 ambil simpan ke ASB. pertengah an bulan account bank Maybank sye cuma tingga rm200-400 je. Then setiap 30hb dalam Maybank tinggal 10-20ringgit je. Nak minta pendapat? Bagus ke klu wat macam ni? Atau stay dulu duit asb sampai akhir bulan,baru ambil dan simpan ke ASB. Sye tanya ni sebab untuk perancangan untuk apply loan rumah kedua nanti. Tq
Hairul Hissam says
Elok encik dapatkan nasihat dari pegawai bank yg lebih arif tentang perkara nie. TApi pada saya elok ada peningkatan wang di dalam akaun bank semasa perniagaaan. Peningkatan yg boleh menampung lebh dari bayaran ansuran bulanan pinjaman rumah. Saya rasa pinjaman saya lulus kerana ada peningkatan yg ketara dalam akaun semasa saya :D. Tapi elok check dgn pihak bank :D.
Zaza says
Mmm situasi en sama dgn sye..rumah second dan alhmdulillah dpt direct owner..kami da submit tggu col pon dr rhb.tpi tak berpeluang rhb johor jaya..;)kami rhb mount austin..harap smooth juge mcm en hairul punye story..mesti seronok!!;)
Hairul Hissam says
Saya doakan permohonan pinjaman RHB cik zaza berjaya…. memang seronok bila diluluskan.. π
Firah says
boleh tahu encik kerja kerajaan ke atau swasta? Then rumah tu encik pergi tengok sendiri dulu baru bagitahu bank ke atau terus inform ke bank tanpa pergi tengok rumah? sorry saya masih mentah bab2 loan ni.
Hairul Hissam says
Kerja saya jual video ebook sahaja :D. Oh mestilah tengok rumah dulu samada kita berkenan atau tak. Lepas tu baru pergi bank.. π
siti says
saya nak tanya sedikit tentang income ta encik declare selama setahun perkiraan sendiri ke pada LHDN n penyata pendapatan bisnes online encik buat macam mana yer…maaf saya baru nak belajar tentang ini..ada dapat perumahan prima tetapi pinjaman susah lulus kerana berniaga sendiri dan baru nak declare pendapatan
Hairul Hissam says
OH semua buat sendiri.. Buat simple jeee yg ada jualan dan senarai belanja dan keuntungan… π
zaley says
En hafis memang terbaik…saya dah jupe dia nk tanya pasal refinance rumah..tima kasih en hairul..
Hairul Hissam says
Mmg betullah en zaley.. kalau saya nak beli lagi rumah, confirm saya cari en hafiz untuk pinjaman perumahan..
amy says
Good info for me. Tgh survey bank mana yg senang nk berurusan and interest, procedures ok.
Hairul Hissam says
Semoga berjaya buat pinjaman… π
yati says
Salam saya buat pinjaman dgn rhb bank jg utk housing loan. Saya terkejut ingatkan bank berasaskn Islam ansuran fixed. Tp bulan ke-2 byrn saya perlu tambah ansuran sbb dia kata ibr bank negara umum ada kenaikan dr 6.6% kpd 6.85%. Hr ni baru thu bila baca komen2 kat blog encik. Rupanya ansuran utk rumah ni akan berubah klu ibr bank negara umum. .. terima kasih
Hairul Hissam says
wslm, Dah dua tahun juga ansuran bulanan saya sama krg IBR sama.. Tapi mulai november nie ada kenaikan IBR dan ansuran bulanan loan rumah saya, naik sedikit dlm rm24.
Nana says
Berapa lama nak tunggu proses pertukaran selepas personal banker bagitau yang loan kita dah lulus?
Hairul Hissam says
saya pun dah tak ingat.. elok tanya dgn pihak bank… π
jamaliah ali says
saya baru sign letter offer bank muamalat, tapi dlm tu tak tunjuk plk valuation fees,ngan lawyer. saya beli rumah 2nd. itu charge lain ke.sya kurang faham benda2 ni
Hairul Hissam says
Elok Puan tanya dgn pihak bank atau lawyer tersebut utk maklumat yg lebih tepat… π
Naz says
Valuation fees tu utk bayaran kepada valuer (penilai hartanah). Diaorg yg bertanggungjawab menilai harga pasaran rumah tu untuk pihak bank nilai untuk bg jumlah pinjaman. Sy kena RM500. Report ada diserahkan kepada saya.
Hairul Hissam says
Terima kasih di atas info tu puan naz…. π
nadia says
Salam awk..nak tanya brape lama nak tau loan lulus ke x?sy bru apply loan jumaat lepas (13/3/15). ble agaknye boleh tau status kite eg?xsabar nk tau..hehe..tq in advance
Hairul Hissam says
Wslm, bergantung pada pegawai bank, kalau dia cepat proses, seminggu je siap. tapi kalau diaorg busy, lambat la sikit. Kena rajin follow up dan tanya dgn mereka…
halim abdullah says
as salam..tuan saya mempunyai rumah dibina atas tanah sendiri dgn personal loan…kini saya berhajat ingin membuat loan atas rumah tersebut..soalan saya..adakah bank juga menawarkan pinjaman utk rumah begini..dan apakah dokumen yg di perlukan..saya pun dungu tentang loan rumah nii..tkasih
Hairul Hissam says
Elok tanya pegawai bank yg berdekatan..
Aqua says
Tahniah! Masa kini susah utk dpt kelulusan bagi permohonan pinjaman rumah di mana2 bank pun. Mcm ekonomi skrg byk teruk, bank pun kekurangan duit utk pinjam kat orang.
Hairul Hissam says
Mungkin sebab tu byk iklan PIDM melindungi simpanan anda.. supaya kita tak keluarkan duit yg akan membahayakan institusi bank
Safiah says
Slm,
Boleh share ke sample RHB bank 1st installment letter? mcmana isi letter tu ye. sbb in my copies ada letter statement shj. sy nk apply subsidi rumah from company tp require that 1st installment letter, statement dia tak nak.
sy dah send enquiry kt website RHB tp sampai harini takde feedback lagi.
TQ.
Hairul Hissam says
Kalau sent ke email.. memang payah nak dapat jawapan..
Elok terus jumpa pengawai bank rhb berdekatan utk bantuan…
semoga berjaya..
Dila says
Bila dah dpt pinjaman tu berapa bayaran bulanan min.?
Pastu, insuran takaful RM2.5k tu kena bayar setiap tahun ke?
Hairul Hissam says
mana ada byrn bulan minimum.. kena ikut jumplah pinjaman seklai buat…insurans takaful tu sekali byr jeee..