Masa sekolah dulu, selalu sangat kena kekejangan pada otot kaki nie. Memang tension laa bila tiba-tiba kaki kejang. Kena pula masa tidur. Lagi lah sakit jiwa. Jika anda menghadapi masalah kaki krem, jangan risau. Kerana saya ada petua terbaik tanpa sebarang ubat kekejangan kaki. Yang penting jimat wang kak oiii..
Pada mulanya saya gunakan cara yang diajar cikgu senaman. Cara cikgu tu ialah luruskan kaki dan tekan hujung jari kaki ke dalam. Walaupun cara ini berkesan, namun menyebabkan masalah kaki kejang atau krem sering berulang. Syukur alhamdulillah saya menjumpai cara yang lebih baik. Dengan cara ini, saya jarang sangat mengalami kekejangan otot ini lagi. Tak perlu ubat kaki kejang atau kekejangan pun.
Caranya, mulakan dengan merehatkan belakang kepala, bahu dan tulang belakang. Untuk detail, turunkan bahu dan tulang belakang dan belakang kepala. Cuba rasa ketegangan otot di tulang belakang dan cuba kendurkan atau rehatkan atau turunkan. Seterusnya cuba rasa ketegangan pada otot tangan dan kaki. Seterusnya kendurkan atau rehatkan otot tersebut. Kendurkan dan rehatkan juga jari tangan dan jari kaki. InsyaAllah masalah kaki dan perut kejang akan berkurangan dan ia akan jarang kembali lagi.
So jika ada masalah otot perut atau kaki kejang cramp, jangan lupa cara ini. Tak perlu sebarang ubat taw. Ia bukan sahaja menyembuhkan kekejangan otot, malah meningkatkan kesihatan tubuh dan wajah anda. Bila otot anda sentiasa rehat, wajah anda pun akan kelihatan muda remaja..
akubiomed says
Tempoh hari 2 kali kena kekejangan otot ketika hendak bangun dari tidur. Sakitnya amat sangat. Terima kasih berkongsi tip ini boleh diamalkan.
Hairul Hissam says
TErima kasih kembali bro… mmg tension bila kaki kejang secara tiba2..
oh satu lagi tips tambahan.. kalau kena kekejangan, cuba senyum dan bawa senyuman tu ke dalam tubuh kita. Perubatan ini dikenali inner smile. ia juga berfungsi merehatkan otot tubuh.. 😀
onlajer says
saya kekadang lama sangat duduk bersila pun boleh berlaku kekejangan, jadi mungkin panduan ini saya boleh gunakan
Hairul Hissam says
InsyaAllah mujarab bro dengan IzinNya. selamat mencuba 😀
titan says
yap.
kalau kaki kejang..biasanya aku kasi kendur badan dan tarik nafas beberapa kali secara perlahan-lahan.
Ok dah biasanya lepas tu.
Hairul Hissam says
Oh dah biasa buat rupanya bro titan 😀 …
bagus juga cara tarik nafas panjang.. ia menambahkan oksigen dlm badan yg membantu penyembuhan kaki kejang.
wazy says
Terima aksih bro , dengan adanya petua ni senang la saya nak hilangkan kekejangan otot kaki
Hairul Hissam says
Terima kasih kembali bro. Semoga dapat membantu bro mengurangkan masalah kejang kaki dan juga kejang perut 😀
Manan Qayyim says
boleh la try lepas ni… yg penting rehat
Hairul Hissam says
Betul tu. mcm satu lagu tu… rilek brother.. brother rilek.. 😀
Hani says
Tengah memandu kereta pun boleh kejang kaki, kes teruk ni tapi petua yang Hairul syorkan akan ku praktikkan. TQ
Hairul Hissam says
Boleh accident tu kalau kejang masa bawa kereta. Kena selalu kendurkan otot tubuh agar ia tidak berulang lagi 😀
puteri kasih says
selalunya puteri pun kan rehatkan diri..memang cepat elok 🙂
Hairul Hissam says
Oh puteri pun tahu cara nie.. so far mmg berkesan.. 😀
ema says
selalu kena kejang orang yang preggy ni…memang sekali terkena jangan buat keras…kena rileks dan slow-slow kawal..
Hairul Hissam says
Mungkin juga bila ada kandungan, stress yg dialami berganda dan menyebabkan kerap kaki kejang..Spt kata kak ema, jgn melawan kekajangan tu tapi rilek dan kendurkan otot tubuh..:D
Myra Jay says
MJ baru je beli semalam stokin utk legakan kekejangan kaki.. hehee
Dah puas ngurut bagai, lepas pakai stokin tu alhamdulillah lega DD
Hairul Hissam says
Saya baru tahu ada stoking utk kaki kejang…
sebenarnya kena banyak relek kan badan.. insyaAlalh ia tidak akan kembali… 😀
Sya Isya says
Haah, memang ada stokin untuk kaki kejang.
Hairul Hissam says
saya baru taw 😀
Sya Isya says
wah! ilmu baru ni. Terima kasih bro Hairul. Nak amalkan lah lepas ni. Selalu rasa kaki kejang masa tidur.
Hairul Hissam says
Terima kasih kembali…. Cubalah amalkan di setiap masa.. insyaAllah kesihatan pun akan bertambah baik 😀
Hafizul says
Terima kasih kongsikan..leh amalkannya nanti..hehe..isteri selalu kejang kaki ni..
Hairul Hissam says
Mungkin Isteri bro kena banyak berehat dan rilek…. insyaAllah akan berkurangan nanti 😀
faizal says
bagus tip ini..pengalaman memang penting, sekurang-kurangnya di masa-masa terdesak kita boleh aplikasikannya
Hairul Hissam says
Sebenarnya lagi elok buat setiap masa utk kesihatan tubuh lebih baik 😀
CIK TOM says
alamak terlambat baca tips ni..time kat korea byk kali gak kejang otot kaki…
tapi takpelah boleh praktis petua pasni..thanks bro!
Hairul Hissam says
Oh nie mesti byk jalan di korea tu…
kalau stress pun, boleh guna petua nie utk kurangkan.. 😀
jeffery says
Wahhh..petua yang bagus. 4 star jer.
Hairul Hissam says
semoga bermanfaat.. 😀
Same SHT says
Alhamdulillah terima kasih. Saya dah bertahun mengidap kekejangan otot kaki dan pinggang bermacam2 obat dan urutan dah dibuat tapi masih belum reda. Terutama masa bangun tidur , nak mandi pun tak tahan berdiri lama2, nak solat pun kena duduk atas kerusi. Insyaa Allah saya akan cuba petua ini semuga sakit ketegangan otot saya akan sembuh.
Terima kasih .
Hairul Hissam says
Wslm, saya doakan cepat sembuh yaa.. Yg penting sentiasa rilek kan diri 😀
kalsom atan says
Assalam. Terima kasih ya kongsi petua ni. Selalu jug kejang kaki ni. Insyaa Allah , kalsom akn amal kn.
Hairul Hissam says
Wslm. semoga bermanfaat dan dapat membantu puan kalsom, insyaAllah..
suhailey says
nak nangis pun ada.memang tak tahan kena kejang kaki ni
Hairul Hissam says
cuba amalkan cara dlm artikel nie.. insyaAllah kejang akan jarang menyerang lagi.
Azeni Ahmad says
Ada orang panggil tarik mengkarung bila jadi kejang kaki kan.
Kadang2 tengah tidur tertiba tertarik.
Jadi keras kaki sekejap. Tapi memang takleh meronta. Relakskan pastu normal kembali.
Lepas tue mesti rasa macam kebas kan.
Hairul Hissam says
First time saya dengar… Mmg penting utk relaks untuk menghilangkan masalah kaki kejang.