Petua ini kiriman Cik Noor ‘Izzah (Izzah) dalam Kuiz Kongsi Petua dapat hadiah
Sebenarnya,anda boleh melatih suara/mengamalkan petua tertentu untuk memerdukan suara. Tetapi yang palingg penting jangan lupa untuk berd0a. Doalah petua yang paling mujarab sebnarnye.:) Dan disini sye ingin k0ngsikan sedikit petua untuk suara lebih merdu.
.
Petua Cara Untuk Suara Merdu
1. Banyak meminum air masak/air mineral.
2. Boleh juga selalu memakan makanan yang mengandungi kandungan air yang tinggi seperti buah-buahan.Antaranya epal, tembikai dll.
3. Elakkan meminum minuman berais dan bergas.
4. Begitu juga dengan coklat.Kalau boleh,kurangkan pengambilan coklat.Mahupun air coklat.
5. Mengamalkan meminum madu asli setiap pagi.
6. Selalulah minum air asam jawa buatan sendiri.
7. Kurangkan memakan makanan bergoreng atau berminyak.
0key,berikut adelah petuanyer
Sediakan 2biji limau nipis.Kemudian belahkan kpada empat bhgian.
Perah limau nipis tadi,ke dalam cawan.
Tambahkan sedikit kapur dan sedikit garam ke dalam cawan tadi.
Seterusnye,tambahkan pula satu sudu madu asli.
Akhir skali,kacau kesemua bahan tadi dan minumlah sampai habis.
Anda bleh mengamalkan campuran bahan2 ini seminggu skali.
Insyaallah jika diizinkanNya,suara anda akan lebih merdu dan sedap.
Selamat Mencuba! 😀
Admin: Terima kasih Cik Izzah atas kiriman ini petua cara untuk suara merdu 😀
P/s: Jangan lupa membaca artikel sebelum ini iaitu Petua mengelak diri dari jenayah. Tapi sebelum itu, kliklah button Like, jika sukakan artikel ini.
gloryatie says
saya selalu minum air asam jawa je mudah sikit. tapi kalau umi masa kecil2 dulu dia guna batang keladi. caranya dia amik batang keladi dan juluk dalam kerongkong. batang keladi kan gatal, so semua kahak2 keluar. memang suara umi sampai sekarang merdu uhuhuhuhuhu
choco nila says
Jolok .. x sakit ke .. huhuh … ingat dulu waktu kecik2 kalau jolok bnde kat dlm mulut mesti rase cam nak muntah. Btw.. sedap x campuran limau,kapor,garam and madu … ni tips : Elakkan atau mengurangkan pengambilan minuman yang berkafien seperti kopi dan teh.
Mohd Rujhan says
ramai orang semestinya suka suara yang merdu kerana suara yang merlu akan membuatkan seseorang itu terkenal.
tehr says
kalau nak test suara, elok test dalam bilik air
jangan test kat luar
hehe
azrie amriey says
biasa klau kita tnya artis2, diorg kata, amalkan minum air suam, jgn minum ais, jgn mkn yg berminyak2/ yg pedas2…
azrie amriey says
Sy ada terbaca Petua tradisional lama ini selalu diamalkan oleh kebanyakan penyanyi serta qari dan qariah. Caranya ambil sebiji limau nipis dan perah ke dalam gelas berisi air suam. Air limau itu perlu dicampur dengan sedikit gula batu, kemudian minumlah sbagai minuman biasa. Sebaik-baiknya minum air itu sebelum gosok gigi di sebelah pagi. Selain itu untuk menjaga suara, jangan minum air batu atau air bergas tetapi amalkan minum air suam atau air masak sahaja.
'Izzah says
bes juge petua yg cik Azriey jumpe uh~~
Bleh cube nie… 😀
Adif Fida says
ehemm…ehem (test suare) hehhe
tang coklat tu…agak susah la sikit….sedap woo coklat…kene kurangkan ek…
Undertaker says
kapur tu kapur jenis ape??..
aqilah says
kalau x campurkan kapur boleh tak??
Petua Emak says
Boleh dicuba… 😀
Norliza says
nie kapur jenis yang boleh dimakan dengan sireh bukan tulis atau kapur kasut… yang tu tak bolehlah… Guna skit sahaja sebab kapur tu panas.
Petua Emak says
tq atas info tu..
Naim says
Saya dah cuba buat. Tapi nak telan tu masya Allah, sakit. hahahah. Rasanya ada salah kot waktu buat ramuan. Ada terlebih ke terkurang ke? Rasanya apa ekk?
Hairul Hissam says
Oh. ini petua kiriman pembaca.. saya tak pernah pula try..