Petua ini kiriman dari Cik Rozimariati (Azriey amrie) dalam Kuiz Kongsi Petua dapat hadiah
Zaman sekarang macam-macam kes⦠Kes ragutlah, Kes Bunuhlah, Kes Samunlah, Kes Penipuanlah.. Kadang-kadang nak keluar rumah pun rasa tak selamat. Jd, sy nak berkongsi tips macam mana nak mengelak diri dari jenayah.
.
Petua Cara Mengelak Diri Dari Jenayah
1 Elakkan berjalan ditempat sunyi dan gelap. Kalau terpaksa juga, pastikan kita ada teman yang boleh dipercayai.
2 Kalau boleh, sediakan brg2 keselamatan mcm alat penggera, spray lada sebagai langkah keselamatan. Simpan dalam handbag. Manalah tau, saat2 kecemasan, akan jadi sgt berguna utk melindungi diriβ¦
3 Berhati2 mengeluarkan wang di ATM. Pastikan tidak ada org yg mengekori sewaktu kita mengeluarkan wang di mesin ATM. Elakkan mengira wang ditempat yg terbuka.
4 Jangan mudah terpedaya dgn pujuk rayu dan janji manis lelaki yg kita tak kenal. Dan jangan terlalu teruja dengan janji manisutk jd kaya sekelip mata. Sama ada kita akan terjebak dengan Skim Cepat Kaya atau jd mangsa Keldai Dadah
5 Kalau berjalan sambil membawa handbag, pastikan kita memegang beg tersebut dlm keadaan yg sukar utk dicapai. Begitu juga klau menunggang motorsikal.. Elakkan meletakkan handbag di dalam bakul motor walaupun destinasi yang kita nak tuju, Cuma berdekatan sahaja.
Zaman sekarang, semua org berlumba-lumba nak jadi kaya dengan sekelip mata. Hidup mudah tanpa berusaha.. Jadi, kita kna pastikan keselamatan diri kita dan keluarga kita dari bahaya kes2 penipuan dan jenayah. Semoga Kita akan sentiasa dilindungi Allahβ¦
Admin: Terima kasih Cik Azriey atas kiriman petua cara mengelak diri dari jenayah ini π
P/s: Jangan lupa membaca artikel sebelum ini iaitu Petua cara menjadi individu cemerlang. Tapi sebelum itu, kliklah button Like, jika sukakan artikel ini.
Choco Nila says
Huhuhu .. kene beli spray lada ni
Petua Emak says
bagus juga beli utk keselamatan diri π
tehr says
memang kena hati2 sepanjang masa
selebihnya banyak berdoa dan tawakal
Petua Emak says
benar tu bro.. berdoa.. bertawakal dan redha akan ketentuan Ilahi.. π
'Izzah says
Ape2p0n kita perlulah berwaspada d dalam setiap waktu.Allah sentiasa melindungi hambanyer,,Insyaallah… π h0h0~~
azrie amriey says
Insya Allah…. Beringat sebelum kena
Petua Emak says
kena selalu juga berdoa.. kerana Qoda dan Qadar di tangan Allah .. π
nizamghazi says
Salam Mak π
Wuaa petuamak semakin rancaklah.
Byk juga petua yg pelbagai leh baca kat sini.
Gud Job.
Petua Emak says
Kalo ada bro nizam.. lagi meriah petuaemak nie… he.he.he…
tqvm bro…
azrie amriey says
Pernah terjadi kes, kawan sy tunggang mtr, berhenti kt lampu isyarat, handbag kena ragut… Sekelip mata je.. padahal handbag 2 dah disorok bawah timbunan buku… Konon nk pegi kedai dekat je… Mujur xjatuh atau dicederakan…
Petua Emak says
kalo kena samun atau ragut.. bagi je…
duit boleh cari.. nyawa.. tu satu je la.. π
azrie amriey says
betul 2… nyawa 2 yg utama… kdg2 sedih sgt, sbb duit 3-4 ringgit, nyawa melayang….
ayang asar says
Pernah terjadi pada diri sendiri 2 hari peragut ikut dari tempat kerja kebetulan pada hari kejadia terlajak untuk singgah ke rumah kawan.masa berhenti untuk berpatah balik peragut dapat ambil beg dalam bakul motorsikal.saya kejar dia dengan menjerit dan horn motor tidak berhenti masuk 2 taman siap masuk ke bagan ikan dan siap lalu depan rumah mak saya akhirnya dia berhenti di rumah kosong, masa 2 dah takut nak ukut masuk rumah 2…beg saya terjatuh dan hp tercicir…terus call balai polos.n
Petua Emak says
Mmg beranilah cik ayang kejar…
sekurang2 dapat tahu lokasinya..
apa2 pun jgn bertindak sendirian..
serahkan pada pihak berkuasa…… π
Mohd Rujhan says
kita mestilah berjaga-jaga ketika berada di mana-mana kerana malang tidak berbau.
Petua Emak says
Benar tu en. rujhan… persedian dan langkah berjaya mesti ada….
Adif Fida says
sesungguhnya mencegah itu lbh baik drpd berhadapan dengan sebarang jenayah…namun jdg2 malang itu memang tak berbau & tak mengenal mangsa…
Petua Emak says
Dlm islam mengajar.. berusaha.. bertawakal dan berdoa…. itulah yg terbaik dlm apa keadaan.. π
gloryatie says
paling penting kena ada ilmu pertahankan diri. orang perempuan sekarang banyak yang ada ilmu dah. seeloknya kalau ada kesempatan belajar ilmu pertahankan diri macam taek-wan-do, karate, silat dan macam2 lagi.
dan paling penting juga latih suara supaya nyaring supaya senang nak menjerit minta tolong bila berlaku kesulitan hihihihihi (*,~)
Petua Emak says
Mmg best petua tu.. mudah dan jimat.. jerit je kuat2 π …. tapi nak praktis kena tengok tempat juga.. tak pasal2 polis mai… π
gloryatie says
nak selamat praktis kat pantai je uhuhuhu
confirm orang tak kesah kite jerit kuat2 pon (*,~)