Kalau korang nak anak yang pintar & pandai sekolah, petua dari keluarga saya nie memang terbaik. Sebab itu ramai adik beradik saya masuk universiti. Kerana ibu bapa saya mengamalkan petua mudah ini.
Saya juga pernah dapat anugerah pelajar terbaik subjek costing untuk seluruh matrikulasi UKM. (Sebelum saya kerja masak, saya kerja office di bhgn akaun).
Tapi sebelum ke petua best ni, jom tengok dulu testimonial bisnes putu dan taufufah.
Bagus cara ini. Mula-mula jual dari rumah dulu. Bila sambutan bagus, baru buka kedai. Anda juga boleh belajar buat putu di www.rahsiaputu.com
Kalau nak berniaga taufufah yang cantik seperti akak itu. Boleh belajar di www.rahsiataufufah.com
Petua Anak Pintar & Pandai Sekolah Dari Keluarga Saya
Asalnya saya terbaca rahsia orang yahudi melahirkan anak yang pintar dan cerdik. Dan saya dapati petua orang yahudi ini sama dengan cara pemakanan yang diamalkan oleh keluarga saya.
Petuanya mudah sahaja. Semasa ibu mengandung, perbanyakkan makan ikan segar. Ini kerana ikan segar sangat membantu pembentukkan terbaik otak janin dalam perut ibu.
Patutlah adik beradik saya pintar & pandai sekolah. Rupanya sebab arwah ayah saya suka masak ikan segar. Arwah ayah sangup ke pasar borong di pagi buta untuk mendapatkan ikan segar.
Saya paling suka masakan ikan merah masak tomato arwah ayah. Kalau emak mengandung, lagi lah special, masakan ikan segar arwah ayah.
So kalau korang nak anak yang pintar & pandai sekolah, beri masakan ikan segar pada isteri korang yang mengandung. InshaAllah anak-anak yang dilahirkan akan lebih pintar dan pandai sekolah.
Tapi…..
Otak pintar tak guna juga kalau malas belajar…..
Saya sendiri asalnya pelajar yang malas belajar. Selalu kena denda berdiri luar kelas sebab tak buat kerja sekolah. Pernah sekali berdiri bawah matahari.
Saya mula semangat belajar di tingkatan 4. Mula-mula tu susah juga. Teruk-teruk belajar, keputusan peperiksaan tetap teruk.
Syukur Allah s.w.t. tolong…
Nasib baik ada pelajar sains masuk ke kelas akaun. Salah seorangnya ialah pelajar no 1 sekolah itu. Meja dia pun tak jauh dari meja saya.
Hari-hari saya tanya dia. Macam mana dia belajar. Buku rujukan dia. Dan soalan-soalan yang saya tak paham.
Semenjak itu keputusan peperiksaan saya bertambah baik.
Pertengahan tingkatan empat, saya dapat nombor 26 dalam kelas. Akhir tahun tingkatan empat saya dapat nombor 10. Pertengahan tingkatan lima, saya dapat nombor 3. Dan akhir tahun tingkatan lima, saya dapat no 2 dalam kelas itu.
Cikgu sekolah tu pun bagus. Macam subjek akaun. Separuh dari kelas dapat A dalam spm.
Pengajarannya…
Apa yang saya nak bagitahu, anda kena bina keinginan yang kuat dalam diri anak anda untuk rajin belajar. Sebab tak ada gunanya otak yang pintar jika malas belajar di sekolah.
Selain itu, belajar dari orang yang berjaya juga sangat membantu dalam mempercepatkan proses kejayaan sekolah anak anda.
Dan selalu ingatkan anak anda, segala kepandaian, kepetahan dan kejayaan adalah dari Allah s.w.t. Ini mengelakkan mereka bermegah yang akan merosakkan diri mereka.
Segala puji bagi Allah s.w.t. Itulah maksud Alhamdulillah yang selalu kita sebut.
Semoga artikel ini bermanfaat dan dialu-alukan share link artikel ini pada rakan dan group.
Lama juga tak buat video masakan baru. InshaAllah nanti akan buat juga. Senarai video masakan saya ada di gambar testimonial di bawah.
Mrhanafi says
Patutlah bro boleh buat kek yang sedap dan mengajar orang lain pulak…asal best student di sekolah.
nak saya guna petua ini tapi macam terlambat.
amak-anak semua dah besar dan masuk U.
isteri pula tutup kilang hehehehe
Hairul Hissam says
Nanti anak berumahtangga, masih boleh diamalkan. Dapat cucu best student pun boleh berbangga juga. heee