Selam mesra semua. Saya bercadang untuk membuat kuiz dengan hadiah best di blog www.petuaemak.com. Baru sahaja terfikir. So nak minta pandangan anda.
Setakat ini, hadiah yang terfikir di kotak fikiran saya ialah hamper makanan, wang tunai, coklat homemade buatan tangan, keychain sulaman benang buatan tangan. Atau anda mempunyai cadangan hadiah yang lebih menarik untuk diberikan. Cadangkanlah melalui komen box dibawah. Manalah tahu nanti anda menang dan dapat hadiah tu.
Manakala pertandingaan yang akan dijalan mungkin 1. Pemberi komen terbanyak di www.petuaemak.com melalui comment fb. dan 2. Artikel atau petua yang ditulis oleh pembaca yg akan disiarkan di blog www.petuaemak.com. Atau anda mempunyai cadangan pertandingan lain yang sesuai dijalankan. Berikan cadangan anda melalui ruang komen dibawah. Banyak pertandingan, banyaklah hadiah akan dimenangi.
Kuiz ini merupakan cadangan awal. Jika ramai berminat, barulah dijalankan. Kalau anda berminat, kliklah button like. Untuk saya tahu berapa ramai yang berminat menyertai pertandingan ini. Kalau ramai berminat barulah akan dijalankan. Jika tidak, tidak perlulah dijalankan kan 😀
Ropidah Mohd Tajuddin says
Assalamualaikum,
Cadangan En. Hairul itu memang baik.Pemberian hamper dan sebagainya adalah sebagai suatu penghargaan dan galakkan. Bagaimanapun ianya memerlukan modal yang perlu difikirkan sebelum ia dilaksanakan. Cuma saya cadangkan juga supaya hadiah yang diberi itu boleh juga pakej yang telah En. Hairul sediakan
Hairul Hissam says
Wsalam, tima kasih atas cadangan tersebut. Berkenaan hadiah hamper tu, bagi saya tiada masalah cik Rapidah :D.
Tapi berkenaan hadiah pakej, rasanya tidak boleh lah cik rapidah… nanti org tak mahu beli pakej sebab tunggu menang hadiah.. 😀
Maisarah says
Saya cadangkan mengadakan pertandingan teka – teki, resipi terbaik, petua terbaik, cerita terbaik dan sebagainya… Hadiah pula saya cadangkan wang ringgit, buku novel, makanan, cd game, hp, laptop(kalau cukup duit la…) dan sebagainya…
Hairul Hissam says
Tima kasih cik maisarah. mmg bagus idea tu… boleh juga ditambah teka teki.. best gak tu 😀
bagus juga tambahkan buku dalam hadiahnya.. tq ya
tapi laptop tu.. mahal sangat la.. 😀
sharen hassan says
Asalamualaikum.. cadangan Encik memang bagus…selain cadangan yang Encik berikan izinkan saya memberi cadangan hadiah bagi kuiz tersebut..=
Cadangan saya ialah 🙂
1.set alat tulis
2.satu set produk kecantikan
3.baju t-shert
4.novel menarik
5.seutas jam tangan berjenama
6. alat elektrik seperti kipas meja,pembakar roti,rice cookker dan kelengkapan dapur..
7. kraftangan.
…moga bermanfaat idea saya..
sekian terima kasih
Hairul Hissam says
Terima kasih atas cadangan tu. mmg bermanfaat…. InsyaAllah akan dipertimbangkan… 😀
Zailani Bin Zolkiple says
Salam sdr hairul hadiah yg sdr tawarkan nampak menarik khasnya Wang Tunai.
Bagi saya kuiz ini akan menjadi lebih menarik jika sdr tawarkan E-book sdr yang mendapat jualan tertingi sebagai hadiah.
Hairul Hissam says
Wsalam terima kasih diatas cadangan tersebut….
Oh pakej tidak dapat diberikan sebagai hadiah…. nanti org tak mau beli pakej sebab tunggu menang hadiah… 😀
azrie amriey says
salam….
cadangan yg sgt baik….. mungkin boleh diadakan petua terbaik bulanan ke, resepi erbaik bulanan ke.. hadiah pulak, mungkin diskaun 20% dri produk En. Hairul ke, buku masakan ke, buku petua2 ke………….
Hairul Hissam says
Terima kasih atas cadangan tu cik Azrie.. tapi pakej mmg tidak dpt diberikan sbg hadiah walaupun dgn diskaun. maaf ya:D
azrie amriey says
xpe, sekurang2nya, boleh beri hadiah lain yg mmberi manfaat kpd pemenang tersebut, xkisahlah hadiah apapun…. 🙂
Hairul Hissam says
tima kasih cik azriey…. benar tu.. yg penting memberi manfaat kpf pemenang nanti 😀
Irawati Abd Manan says
Assalamualaikum en.Hairul,
Bagi pendapat saya,lebih baik jika bagi hadiah selain makanan,bagi buku lagi elok,selain tahan lama,lagi bermanfaat,contohnya buku resepi ker, buku petua-petua ker,,buku motivasi ker,,bleh juga dijadikan panduan. Modal pun tak banyak yang digunakan.
Wassalam.
Hairul Hissam says
Wsalam cik irawati… bagus juga diberi buku.. spt kata cik irawati.. tahan lama dan menjadi kenangan yg berharga 😀
'Izzah says
Assalamualaikum~~~
ni cdgn hadiah….
>>sulaman keychain ttpi d dlm bahasa arab
>>bahan2 untk membuat keychain yg lengkap..
(conth : guli air plbagai warne,bng keychain plbagai warne,plastik keychain dll
>>hamper mknn p0n bleh juge
>>t-shirt(untk lelaki) kalau untuk perempuan,t-shirt yg labuh hingga paras lutut
ni hanya cdgn…tp yg izah plg nk skali ialah yg mula2 uh…sulaman keychain d dlm bahasa arab..nama kita akan ditulis dlm bahasa arab….okeyla itu saje….
aslmkum….~~~
Hairul Hissam says
Wsalam.. terima kasih cik izzah atas cadangan tu..best jugak tu… keychain sulaman benang dalam bahasi jawi… tapi mmg mencabar utk membuat.nya.. tq ya 😀
Ajieda Ajis says
Salam. Cik hairul….
Bestnya cadangan cik hairul. Saya mesti akan join kuiz tu nanti. 🙂
Hairul Hissam says
Wsalam cik ajieda….. tima kasih kerana sudi menyertai…. 😀
nurqaseh says
Salam Mesra..cadangan yg menarik tu..bagus jugak..disini saya juga ingin memberikan cadangan jika diterima..
Utk Pertandingan:
1)Resepi Terbaik – ramai yg minat
2)Petua Terbaik – masakan, penjagaan bayi, rumatangga,wanita,anak-anak
3)Kisah@pengalaman peribadi yg menarik-pengalaman dlm negeri atau luar negeri
4)Motivasi Terbaik – Nasihat@Agama
Utk Hadiah:
1)Buku Motivasi,Novel
2)Majalah (yg sesuai utk pemenang lelaki@wanita)
3)Apron
4)Keronsang
5)Keychain
itu saja cadangan dari saya, jika saya juga ada petua atau resepi2 yg menarik saya akan sumbangkan..InsyaAllah..Wassalam..
Hairul Hissam says
Tima kasih cik nurqaseh atas cadangan tu…. mmg ramai yg cadangkan resepi terbaik tapi pertandinganya untuk blog petuaemak…. tapi tak mengapa, akan dipertimbangkan juga… cadangan hadiah tu pun bagus.. tq ya 😀
maz says
asslm.w.b.t hairul.bagus sekali cadangn nk buat kuiz ni.sekurang2nya kita dpt brkumpul jmp rakan2 fb(trutma yg suka blog hairul).cuma nk tau,ada bayarn ke?brkenaan hadiah,sy setuju spt yg hairul cadangkn,terpulang pd penaja..kn..:)lagi satu utk erat kn silaturrahim n luaskn pngthuan,luaskn bisnes iya jgk.kemudian agar latih minda agar terus aktif n kreatif.SEMOGA BERJAYA N MENJADI.
Hairul Hissam says
Wsalam cik maz… bagus juga tu.. disamping menyertai kuiz.. dapat juga mengeratkan silaturahim dan berkenalan dgn rakan fb yg lain… Oh.. tiada bayaran.. sudah semestinya percuma sahaja…. tima kasih cik Maz kerana sudi menyertai.. 😀