Pernahkah anda terfikir sekiranya kegawatan ekonomi 1997 berulang lagi. Bagaimana jika anda kehilangan pekerjaan. Bagaimana sekiranya perniagaan anda turut lingkup. Ia pernah berlaku pada tahun 1980an. Tidak mustahil ia berulang kembali. Adakah anda cukup bersiap sedia jika ia berulang lagi?
Satu pengajaran yang sangat berharga untuk pekerja ialah memiliki wang simpanan dan ilmu untuk suvive. Manakala untuk peniaga pula ialah ilmu menguruskan risiko perniagaan. Namun sebelum itu, eloklah saya cerita dulu tentang kegawatan ekonomi 1997. Secara ringkas je ya. Sebab saya bukannya pakar ekonomi 😀
Salah satu punca utama kegawatan ekonomi 1997 ialah kejatuhan nilai mata wang negara kita. Ini menyebabkan kita terpaksa membayar lebih untuk barangan import dan hutang di luar negara. Industri pertama yang mula-mula terjejas teruk ialah perbankan. Kerana mereka banyak membuat perlaburan dan pinjaman diluar negara. Dengan kejatuhan matawang, menyebabkan hutang mereka menjadi berlipat kali ganda.
Seterusnya syarikat-syarikat gergasi yang bergantung kepada pihak bank dan bahan mentah import. Mereka terjejas teruk kerana kadar faedah pinjaman dan harga bahan mentah melambung tinggi. Apabila syarikat gergasi ini jatuh, satu rangkaian perniagaan turut jatuh. Kerana syarikat gergasi ini tidak dapat membayar hutang mereka kepada ratusan pembekal-pembekal dan subcon mereka.
Ini menyebabkan banyak syarikat atau kilang terpaksa ditutup. Pekerja-pekerja terpaksa diberhentikan. Menyebabkan ramai hilang punca pendapatan dan hilang keupayaan membeli barangan. Bila kuasa membeli orang ramai berkurangan, maka keseluruhan perniagaan akan terjejas teruk.
Ok, itulah penerangan serba sedikit tentang kegawatan ekonomi 1997. Kalau saya cerita panjang lebar tentang pengaliran wang keluar, MTEN, IMF, agenda tersusun pihak barat menjajah ekonomi kita dan banyak lagi. Tentu mengantuk anda dibuatnya.
Perkara yang penting sekali, apakah yang boleh dipelajari di sini. Kita mulakan dengan pekerja. Bagaimana sekiranya kegawatan ekonomi ini berulang kembali . Bagaimana jika anda kehilangan pekerjaan. Bagaimana dengan keluarga anda. Adakah anda sanggup melihat mereka kelaparan.
Mahu tak mahu, anda perlu bersiap sedia. Persediaan yang paling penting sekali ialah wang simpanan. Simpananlah yang akan membantu anda ketika kesusahan. Mungkin ada yang akan kata “Gaji pun tak cukup makan, macam mana nak menyimpan”.. Percayalah, jika anda diberikan gaji berjuta pun belum tentu cukup dengan selera dan kehendak anda sebagai manusia.
Ya, mula menyimpan walaupun seratus sebulan. Jika setiap bulan anda menerima gaji RM2,100. Anggaplah gaji anda RM2,000 sahaja. Dan selebihnya disimpan di akaun bank lain. Dengan adanya internet banking, memang mudah untuk transfer wang ke akaun bank lain. So setiap bulan transfer RM100 wang anda ke akaun bank lain. Mudah bukan.
Jika anda sayangkan keluarga dan masa hadapan anda. Berlajarlah menyimpan. Itulah yang dapat menyelamatkan anda dan keluarga anda apabila keadaan memerlukan.
Selain itu, ilmu untuk survive juga amat penting. Bila anda dibuang kerja, bila anda terdesak. Saya pasti anda akan sanggup melakukan apa sahaja bagi menyara keluarga anda. Kerana keluargalah yang sangat penting. Salah satu caranya ialah dengan berniaga. Perniagaan makanan lebih mudah dimulakan. Jika anda memiliki ilmu membuat kuih muih. Anda boleh menjualnya untuk mendapat keuntungan dan terus menyara keluarga anda. Jika tiada ilmu ini, mulalah berlajar dari sekarang untuk anda terus survive.
Ok sekarang kita cerita pula bagaimana kegawatan ekonomi menjatuhkan banyak perniagaan. Tiga entiti yang saya lihat sangat membantu perniagaan pada ekonomi memberangsangkan. Namun telah menjatuhkan ramai usahawan semasa kegawatan ekonomi 1997. Iaitu pihak bank, penghutang dan pembekal. Ia menjadi risiko perniagaan sekiranya peniaga terlalu bergantung kepadanya.
Kegagalan penghutang membayar hutang. Pembekal menaikkan harga bahan mentah atau memberikan bahan mentah tidak berkualiti. Dan kadar interest dari pihak bank. Ini semua menjejaskan daya saing sesebuah perniagaan. Oleh itu usahawan perlu bijak dan pantas menguruskan ketiga-tiga entiti ini. Jika tidak, usaha membina perniagaan bertahun-tahun menjadi sia-sia dan mungkin diistihar bankrap.
Rasanya cukuplah saya terangkan secara umum sahaja. Pening pula kepala anda jika saya cerita credit policy, bank guaranteed dan sebagainya. Yang penting, pengajaran disini ialah kurangkan kebergantungan kepada mana-mana pihak yang boleh menjejaskan perniagaan anda. Jangan salah paham, bukan melenyapkan tetapi mengurangkan kebergantungannya.